Social Icons

Pages

Wednesday, December 15, 2010

PANAS !!! NIK AZIZ KATA PERJUANGAN KETUANAN MELAYU SIA-SIA !!!


Nik Aziz menyifatkan perjuangan ketuanan Melayu hanyalah perjuangan yang sia-sia,Nik Aziz berkata,tindakan melaung-laungkan ketuanan Melayu dengan mengetepikan Islam hanya akan menjadikan orang Melayu lebih hina,bukannya lebih mulia.Katanya lagi,apa yang pelik,di samping menjulang ketuanan Melayu,mereka telah terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah.hmm,rasuah yek ??? macam lah Nik Aziz ni tak bagi Rasuah yer..saya tak menuduh tapi dah ada bukti gambar tu,kira ok lah tu...

"Bolehkah pimpinan sebegini menjadi tempat bergantung rakyat ??? Bukan sahaja orang bukan Melayu, bahkan orang Melayu sendiri akan disembelih dengan slogan seperti ini.Buktinya,di Kelantan yang majoriti bangsa Melayu dinafikan peruntukan pembangunan dan royalti minyak oleh ketuanan Melayu.Hakikatnya,Perjuangan ketuanan Melayu ini hanyalah perjuangan sia-sia," itulah kata Nik Aziz semalam bersama Media.

katanya lagi,Raja-Raja Melayu berhak bimbang mengenai perkara tersebut jika benar orang- orang Melayu terancam.semua pihak perlu mencari penawar yang betul untuk mengubati penyakit yang berlaku.Tidak guna jika menggunakan ubat yang salah, penyakit tidak sembuh bahkan semakin melarat.Dalam hal ini, ketuanan Melayu ialah ubat yang salah bahkan ia sebenarnya racun yang bisa.

Nik Aziz berkata,Al-Quran menyatakan bahawa sesuatu bangsa tidak mempunyai sebarang kelebihan ke atas bangsa yang lain,sebaliknya yang melebihkan mereka hanyalah takwa kepada Allah SWT.Kemuliaan tidak pernah bergantung kepada bangsa.Ia hanya wujud apabila sesuatu bangsa itu bertakwa kepada Allah SWT. Bangsa yang melakukan hampir kesemua jenayah di dunia, akhirnya menjadi mulia apabila menerima Islam.JIka bangsa Arab yang sedemikan jahil itupun dimulakan oleh Allah SWT dengan Islam, apa peliknya jika bangsa Melayu pun boleh dimuliakan oleh Allah SWT, syaratnya berpegang dengan Islam.Justeru, bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku ??? Nik Aziz juga mendakwa, selama 20 tahun menerajui kerajaan Pas Kelantan dengan tidak pernah menyebut ketuanan Melayu, orang Melayu tetap terbela dan terjaga, manakala kaum bukan Melayu pula tidak mempunyai sebarang masalah untuk berada di negeri ini.

Justeru,Nik Aziz melahirkan kebimbangan seandainya ketuanan Melayu disebut-sebut dan diulang-ulang,ia hanya akan menyemarakkan dendam dalam diam dan membakar di dalam senyap."Di sudut lain pula,ketuanan Melayu jugalah yang telah menghapuskan tulisan jawi di sekolah-sekolah suatu ketika dahulu sehingga hari ini melahirkan generasi yang buta al-Quran. Jawi yang menjadi tulisan asal bahasa Melayu 'dikebumikan' secara terhormat oleh ketuanan Melayu.Ketuanan Melayu jugalah yang menghapuskan bantuan perkapita untuk sekolah agama rakyat dan ketuanan Melayu jugalah yang bertanggungjawab terhakisnya tanah rizab Melayu di seluruh negara. Jenayah ketuanan Melayu ini sebenarnya cukup panjang untuk ditulis.Ia menyimpulkan bahawa ketuanan Melayu tidak membawa apa-apa faedah untuk negara hatta untuk bangsa Melayu sekali pun," katanya.

POST BY WAYNE

10 comments:

AzizMostafa said...

Jawi yang menjadi tulisan asal bahasa Melayu 'dikebumikan' secara terhormat oleh ketuanan Melayu.
-
Orang Melayu harus malu menggunakan Rumi di tempat Jawi.
Membandingkan dengan Rumi:
1. Jawi lebih indah, lebih mudah, lebih menarik.
Rumi = 26 +A+B+D+E+G+H+Q+R = 17x2 = 34 bentuk berdiri sendiri.
Huruf Arab + 6 Jawi - titik-2 = Sahaja 17 bentuk yang manis + tari-menari.
Tidak seperti Rumi, Jawi suka bercantum.
Hanya ekor perubahan seperti yang ditunjukkan di sini:
http://www.arabictypography.com/ani1.html
2. BM adalah bahasa fonetik, seperti Arab.
Cara terbaik adalah ditulis (dan dibaca) dalam Jawi
-
Tetapi kebanyakan orang Melayu + Indons tidak mengetahui.

Anonymous said...

Perlembagaan Malaysia dengan jelas menyatakan bahawa orang Melayu itu WAJIB beragama Islam. Islam dan bangsa Melayu, paling kurang setelah tahun 1414, adalah tidak boleh di asingkan bangsa dan agama Islam nya - ia adalah satu doktrin bangsa Melayu itu sendiri setelah sekian lama [dari 600AD ke 1200] menyembah tahyol.

Seorang Sultan Melaka pernah di bunuh oleh rakyat Melaka kerana sultan tleah kembali ke jalan Hindu SEMASA MEMERINTAH- siapakah dia? Dia adalah sultan AlSyahid [nama yang penuh misteri kerana baginda syirik].

Jelas sgt kambing kambing bodoh Melayu tak baca konsep ketuanan dari aspek Melayu dan Islam adalah satu yg teguh dan tak boleh diasingkan, dan tidak sekali kali ketuanan Melayu itu bermakna kaum lain di hambakan di Malaysia- ini adalah satu pandangan politik cetek yg boleh di tepis, anytime anywhere.

Silalah ke www.rajamenangis.blogspot.com

Dimana buku bertemu ruas.

--Shali

rahman said...

apa yg panasnya.... walaupun aku ni bukan org pas...dlm hal agama. pendapat nik aziz ni boleh diterima... aku setuju...
Allah s,w,t jadikan manusia berbangsa-bangsa berbeza warna kulit untuk kita kenal megenali....
dengan itu Allah s,w,t telah pun menurunkan Agama islam untuk seluruh umat manusia... kita org islam perlu menjadi contoh pd org kafir dan berdakwah menyambung apa yang rasulullah lakukan dulu... kalau kita terlalu berbangsa dgan ketuanan melayu, pribumi. bangsa lain meliat melayu ni terok... kebetulan melayu beragama islam... secara tak langsung imej islam pun buruk pd pandagan org kafir ni...
cuma yg menjadi masalah melayu sekarang adalah ekonomi bangsa yang semakin terpisah jauh dari cina... itu yg patut kita perjuangkan membantu bangsa melayu kita..
janga hanya pandai berpolitik... bangsa sendiri hancur

Anonymous said...

org tua ni bangsa apa ya...?? nak ngaku melayu pun malu. tuka la bangsa tu jadi arab ke. tgk ...arab nak terima dia ke?? bodo nik aziz ngaji tak abis. byk hadis nabi suruh sayangkan bangsa. nik aziz saja nak kelirukan melayu utk justify politik sempit dia.

Anonymous said...

alahh...mulut berbuih2 ckp ketuanan islam tapi dia sendiri yg nak jual nama Allah ke kapir. mangkuk.

Anonymous said...

cah kepiting....

Anonymous said...

BOLEH LAH DIA (NIK AZIZ )TAK AGUNGKAN KETUANAN MELAYU....SEBAB DIA SUDAH SENANG DAN KAYA RAYA,BERPANGKAT SERTA BERKEDUDUKAN.....CUBALAH DIA NI SIMISKIN ATAY HAMBA RAKYAT KEBANYAKAN PASTI DIA MENGAGUNGKAN BANGSA DIA..DAN MINTA BANGSA MELAYU DIBELA DAN DIJAGA......TAK PAYAH NAK SEBUT AGAMA DIDAHULUKAN SEBAB DI KELANTAN PUN PERKEMBANGAN AGAMA ISLAM TIDAK SEHEBAT MANA,TAK PAYAH NAK SEBEUT PASAL TANAH RIZAB M,ELAYU BANYAK HILANG.....CUBA PERHATI DAN LIHAT DI KELANTAN SENDIRI BERAPA BANYAK LAGI TANAH RIZAB MELAYU YANG ADA DI KOTA BHARU SEPANJANG 20 TAHUN PAS MEMERINTAH.....KEBANYAKAN KEDAI DAN BANGUNAN YANG NAIK DI KOTA BHARU NI KEPUNYAAN SIAPA......DAN BERAPA KERAT HAK ORANG MELAYU ADA DAN MAMPU MILIKINYA.......TOK BOLEH CAKAP BEGITU SEBAB TOK SUDAH KAYA RAYA....HARTA DAN WANG RINGGIT TOK TAK HABIS SEPULUH GENERASI NAK MAKAN......SEBAB TU TOK BOLEH CAKAP SEDAP...TAPI LAGU MANA RAKYAT YANG SUSAH NI....AGAMA PUN TAK DAPAT DUNIA APATAH LAGI.....

Anonymous said...

Ketuanan melayu memang sia-sia. Ketuanan melayu sudah menjadi 'ketuanan lanun Umno' dan digunakan sebagai lesen untuk merompak harta rakyat dan harta negara.

hangkedee said...

melayu semakin di bodohkan oleh kafir harbi secara halus sehingga sanggup tidur atas jalan menentang raja Melayu.Ada kah raja cina di bumi malaysia ni wahai melayu mangkok !!!

AzizMostafa said...

Dan kalaulah Al-Quran itu Kami jadikan (bacaan) dalam bahasa asing, tentulah mereka akan berkata: "Mengapa tidak dijelaskan ayat-ayatnya (dalam bahasa yang kami fahami)? Patutkah Kitab itu berbahasa asing sedang Rasul yang membawanya berbangsa Arab?" Katakanlah (wahai Muhammad): "Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman; dan sebaliknya orang-orang yang tidak beriman, (AL-Quran itu) menjadi sebagai satu penyakit yang menyumbat telinga mereka (bukan penawar); dan ia juga merupakan gelap-gelita yang menimpa (pandangan) mereka (bukan cahaya yang menerangi). Mereka itu - (dengan perbuatan melarikan diri dari ajaran Al-Quran, tidak ubahnya seperti) orang-orang yang diseru dari tempat yang jauh (masakan mereka dapat mendengar dengan betul atau melihat dengan nyata)".
-
http://typophile.com/node/53099?page=2#comment-322450
http://typophile.com/node/53099?page1#comment-320686
http://typophile.com/node/53099?page1#comment-321741

 
 
Blogger Templates