Social Icons

Pages

Friday, December 03, 2010

PANAS !!! TOLONG DEDAH KAN KABINET BAYANGAN KALAU BENAR !!!


seorang lagi hamba ALLAH telah mencabar ANWAR mendedahkan tentang kabinet bayangan mereka bagi memberi gambaran secara jelas kepada rakyat mengenai kerajaan yang akan dibentuk sekiranya memenangi Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.adakah cabaran ini boleh di terima oleh Anwar ???

semalam Khairy Jamaluddin telah mencabar Anwar tentang kabinet bayangan itu.perkara berkenaan mempunyai kaitan dengan ketelusan dalam pakatan itu kerana Presiden PAS,Datuk Seri Abdul Hadi Awang dikatakan tidak tahu-menahu mengenai pelantikan Penasihat DAP,Lim Kit Siang sebagai Timbalan Perdana Menteri.

dalam sidang media semalam Khairy mengatakan jika cabaran itu tidak disambut,pakatan pembangkang tidak perlu lagi bercakap mengenai impian menawan Putrajaya kerana mereka belum bersedia sepenuhnya untuk memerintah termasuk dalam hal-hal pokok seperti itu."Kita cabar nyatakan siapa bakal Timbalan Perdana Menteri dan menteri-menteri kanan dalam Kabinet bayangan mereka secara terbuka. Selagi tidak melakukannya, selagi itu mereka tidak bersedia menawarkan diri sebagai alternatif kepada Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan.Ini ada kena-mengena dengan soal ketelusan kerana Abdul Hadi sendiri tidak tahu mengenainya sementara Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersedia menerima sesiapa sahaja," katanya bersama UTUSAN semalam selepas meluangkan masa hampir dua jam melawat Pameran Antarabangsa Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2010 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Mengulas tindakan perwakilan PKR yang salah menafsir ayat al-Quran pada Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) baru-baru ini,Khairy berkata,perkara itu menunjukkan parti tersebut berada dalam keadaan terdesak sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi mendapat sokongan rakyat bukan Islam.Lebih dikesalkan katanya, beliau tidak langsung mendengar penjelasan daripada pemimpin PKR termasuk penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim atau Presidennya,Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berhubung perkara itu.

"Saya percaya, mereka tidak berbuat demikian kerana mahu isu ini hilang begitu saja. Mereka tidak langsung menghormati sensitiviti agama dan ia menunjukkan mereka terdesak mencari sokongan sehingga soal agama pun boleh digadai dan diketepikan.Diharapkan umat Islam di negara ini sedar bahawa PKR tidak akan menghormati serta menegakkan syiar Islam malah sanggup membiar orang lain menghina agama kita. Ia adalah kesalahan yang cukup besar dan tidak dapat diterima," katanya.

kita tengok nanti adakah Anwar terima cabaran itu atau Anwar sendiri diam dengan perkara itu.saya terpaksa meletakkan Khairy dalam posting saya walaupun muka dia ada kat banner blog saya.untuk PRU 13 ni,tolong jangan benci membenci antara satu sama lain.itu jer saya minta,kalau kita benci membenci apa yang kita dapat.dalam blog saya,saya meletakkan semua yang ada fakta dan berani mengeluar kan fakta yang benar.saya minta maaf sekali lagi.

1 comment:

Anak Jawa said...

SALAM PERJUANGAN...

HADI AWANG MEMANG TIDAK TAHU MENAHU SEBAB,YANG TAHU MENAHU HANYA ANWAR DAN KIT SIANG. MEREKA YG TERLALU EAGER UNTUK TAWAN PUTRAJAYA. SEPERTI BIASA, PAS HANYA FOLLOW JER, TANPA BERJUANG NTK PAS DAN DASAR ISLAMNYA...

MOHON ANDA LINK KAN BLOG SAYA D BLOG ANDA. BLOG ANDA SUDAH SY ADD D BLOG SAYA.
TQ

http://anakcucujawa.blogspot.com/

 
 
Blogger Templates