Social Icons

Pages

Friday, February 11, 2011

30 AHLI TERMASUK PEMIMPIN PAS KELUAR PARTI !!!


selepas PKR dah retak di beberapa negeri,kali ini di kelantan pula PAS mula retak.kubu kuat PAS di Kelantan telak Retak kerana mereka tidak percaya dengan Pemimpin PAS yang suka membuat fatwa dan tidak lagi menampakkan parti PAS adalah parti islam sebenar.walaupun 30 adalah bilangan kecil namun anda harus ingat,sebelum ini PKR pun mula-mula bilangan nya kecil.

DI cawangan Bunut Rendang yang dikenali sebagai kubu kuat parti itu Seramai 30 ahli Pas melibatkan bekas pemimpin mengisytiharkan keluar parti secara beramai-ramai dan berikrar menyertai UMNO pada satu majlis khas di Kampung Gong Datuk petang semalam.Mereka termasuk bekas Timbalan Ketua Pas Cawangan Bunut Rendang,Raja Abdullah Raja Mahmod dan Bekas Ketua Muslimat di kawasan Dewan Undangan Negeri (Semerak),Noriah Salleh.Masing-masing membawa penyokong mereka untuk menyatakan kesediaan membantu UMNO.


"Kami tidak mahu lagi menjadi pengikut kepada sebuah parti yang hilang arah tuju termasuk arahan pucuk kepimpinannya yang kadang-kadang menghalal dan mengharamkan sesuatu.Sekali boleh dan sesekali tak boleh, ini mengelirukan rakyat terutama perkara yang membabitkan Islam," kata Raja Abdullah kepada pemberita selepas menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di kampung berkenaan semalam.

Lapran dari UTUSAN menyebut selain itu pemimpin PAS juga sentiasa membuat sangkaan buruk terhadap UMNO termasuk isu kafir-mengkafir dan memandang rendah terhadap sesama Islam kerana tidak menyokong perjuangan mereka sedangkan agama Islam melarang keras perbuatan itu.Menurutnya, kesan 'fatwa' yang tidak berasas yang dikeluarkan oleh kepimpinan Pas turut menjadi punca perpecahan sesama Islam dan mereka sepatutnya dipersalahkan.

Sementara itu,Noriah berkata,beliau terpaksa keluar dari parti itu disebabkan Menteri Besar,Nik Aziz seringkali mengeluarkan kenyataan menyamakan sifat manusia dengan Allah pada majlis-majlis ceramah yang diadakan oleh parti itu sebelum ini.

Sementara itu, Zawawi berkata, sejak Januari lepas sehingga sekarang lebih 500 anggota Pas terutama di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN)Selising,Gaal dan Semerak sudah menyertai UMNO.

KEPADA ORANG PAS ANDA SUDAH MELIHAT SENDIRI PEMIMPIN ANDA KELUAR DARI PAS.JADIKAN SEMUA INI IKTIBAR DAN KEPADA PEMIMPIN PAS SAYA NASIHATKAN JANGAN LAH MENGELUARKAN FATWA BUKAN-BUKAN KERANA ANDA AKAN MENYESAL SUATU HARI NANTI.SYURGA DAN NERAKA DI TENTUKAN OLEH ALLAH S.W.T TERHADAP UMATNYA

No comments:

 
 
Blogger Templates