Social Icons

Pages

Thursday, February 10, 2011

ARUTCHELVAN DI SIASAT POLIS DAN TIDAK MENGAKU SALAH !!!


Akibat menyertai demonstrasi mendesak Presiden Mesir,Hosni Mubarak meletak jawatan Jumaat lalu,Setiausaha Agong Parti Sosialis Malaysia (PSM),S. Arutchelvan dipanggil untuk memberi keterangan.Pemimpin parti pembangkang itu tiba di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras pukul 2.20 petang semalam ditemani lapan ahli parti sebelum meninggalkan pekarangan balai pada pukul 3.30 petang.


menurut laporan dari UTUSAN Arutchelvan sebelum ini didakwa menyertai satu demonstrasi yang tidak mendapat permit mendesak pengunduran Mubarak pada 4 Februari lalu yang bermula di Masjid As-Syakirin di KLCC ke pejabat Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Jalan Tun Razak.Perhimpunan yang disertai lebih 2,000 orang itu menimbulkan kekecohan kerana ia bukan sahaja menyebabkan lalu lintas tergendala,malah mengganggu warga kota yang bercuti sempena sambutan Tahun Baru Cina sehari sebelum itu.


Polis kemudian menahan tujuh orang kerana menimbulkan kekacauan.Mereka kemudian dibebaskan setelah keterangan diambil.Beliau ketika ditemui melahirkan rasa tidak puas hati dengan tindakan pihak berkuasa yang menghantar notis kehadiran saksi Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah kelmarin.Malah,beliau mendakwa,polis mengarahkan dia hadir untuk memberi keterangan hari ini mengikut Seksyen 112 kanun yang sama.


Arutchelvan kemudian membuat laporan pada hari yang sama di Balai Polis Kajang berhubung dakwaannya itu.Beliau juga tidak menolak kemungkinan beberapa lagi ahli tertinggi badan bukan kerajaan serta parti politik akan dipanggil oleh polis bagi membantu siasatan mengenai perhimpunan haram itu.

KALAU DAH BERSALAH MENGAKU JER.DAH JELAS TIADA PERMIT KAN PERHIMPUNAN TU ??? TAK PERLU NAK PUSING CERITA SAMPAI 360 DARJAH.DAH ITU TUGAS POLIS.NAK SIBUK PULAK PUSING CERITA.

No comments:

 
 
Blogger Templates