Kekecohan mengenai misteri kehilangan Exco Wira PERKASA,Sdr Mohd Farid bin Abdullah telah menimbulkan tanda tanya semua pihak. Beliau merupakan individu yang memegang DOKUMEN PENTING MENGENAI SALAH LAKU KETUA PEMBANGKANG,ANWAR IBRAHIM yang baru sahaja dibongkarkan oleh Wira PERKASA petang semalam.Menurut Ketua Wira PERKASA,Saudara Armand Azha Abu Hanifah,pihak keluarga beliau sendiri tidak mengetahui lokasi Sdr. Farid pada ketika ini dan memohon jasa baik semua pihak agar mendapatkan maklumat mengenai beliau.Kali terakhir pihak keluarga menemui Sdra. Farid pada jam 7 Pagi sebelum keluar dari rumah untuk menemui sahabat-sahabat Wira PERKASA.
Saudara Armand turut mengenalpasti destinasi terakhir Saudara Farid iaitu di WISMA MOTOR,Jalan Tunku Abdul Rahman beralamat di WMAS REPL,No.337 -339 Jalan Tuanku Abdul Rahman KL.Namun,kini beliau hilang dan tidak dapat dikesan.Kepada kesemua pembaca BADUT RAKYAT, jika ada menemui Saudara Farid seperti gambar di atas,atau menemui kenderaan beliau iaitu KERETA PERSONA, No. plat kereta WRN 3178 bewarna Ungu, sila menghubungi Saudara Armand atau menghantar komen di blog beliau.
KLIK DI SINI
untuk ke blog Saudara Armand Azha.
No comments:
Post a Comment