Hasrat untuk melihat UMNO dan Pas bersatu adalah sesuatu yang sukar kerana realiti politik yang didepani oleh kedua-dua parti itu dalam suasana politik negara ketika ini.Begitu pun kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad,UMNO dan PAS masih boleh bekerjasama serta senada dalam mempertahankan perkara-perkara berkaitan kepentingan orang Melayu dan Islam seperti terkandung dalam Perlembagaan.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas sesi diskusi politik bertajuk 'Cabaran Kepimpinan Melayu di Masa Hadapan' pada Simposium Dilema Melayu anjuran Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi Malaysia (Aspirasi) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC),semalam
Diskusi yang dipengerusikan oleh Tan Sri Dr. Nordin Kardi itu turut membariskan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Datuk Johan Jaaffar sebagai ahli panel.Sementara itu, Mustafa berkata,PAS juga melihat adalah sesuatu yang sukar untuk bergabung dengan UMNO mengambil kira sejarah hubungan kedua-dua parti itu terutama dalam kerjasama di Kelantan pada penghujung 70-an.Begitu pun kata beliau, hak-hak dan keistimewaan orang Melayu serta Islam itu masih boleh dipertahankan dari sudut kapasiti parti masing-masing.

1 comment:
Bila Anwar dah disumbat balik ke dalam penjara, Nik Aziz dan kumpulan Erdogan akan hilang kuasa. Dgn naiknya kumpulan Ulamak yg diketuai oleh Hadi Awang maka adalah peluang utk UMNO dan PAS bersatu serta membuat Kerajaan Perpaduan utyk kepentinag orang Melayu.
Insyallah.
Post a Comment