Social Icons

Pages

Thursday, February 10, 2011

NIK AZIZ JAMIN TARIF AIR TAK NAIK ???



Nik Aziz baru-baru ini telah memberi jaminan bahawa tarif Air kat kelantan takkan di naikkan.sampai bila ye tarif air itu takkan di naikkan ??? kenapa tak bagi tempoh sampai bila kalau jamin tarif air takkan naik ??? sila lihat kenyataan di bawah


Kerajaan Kelantan memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif air kerana mengambil kira bebanan rakyat akibat kenaikkan beberapa barangan keperluan harian.Kerajaan Kelantan pimpinan PAS memberi jaminan tidak akan menaikkan tarif air kerana mengambil kira bebanan yang ditanggung rakyat berikutan kenaikkan beberapa barangan keperluan harian.Menteri Besar,Nik Aziz ketika memberikan jaminan itu berkata, kerajaan negeri sepatutnya menaikkan tarif air pada Oktober tahun lalu.

"Bagaimanapun setelah mengambil kira bebanan yang ditanggung rakyat ekoran kenaikan beberapa barangan lain antaranya petrol,kerajaan negeri membuat keputusan tidak akan menaikkan tarif air," katanya lagi

Nik Aziz bagaimanapun tidak mengulas lanjut mengenai tempoh jaminan kerajaan negeri untuk tidak menaikkan tarif air itu.

"Kita akan berusaha bersungguh-sungguh untuk tidak menaikkan tarif air,walaupun kita mengakui bahawa kita memikul bebanan yang berat kerana untuk pam air ke tangki memerlukan penggunaan elektrik dan untuk menyalurkan bekalan air yang bersih perlu menggunakan klorin,yang kos kedua-duanya juga telah meningkat,"katanya.

KALAU TAK NAIKKAN TARIF AIR KENAPA JADI MACAM INI ???

NAK TAHU APA JADI ???

KLIK DI SINI

Individu berkuasa

Mengenai isu debat berhubung kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan umat Islam di negara ini, Mursyidul Am PAS itu menjelaskan kesediaannya untuk berdebat dengan "individu berkuasa" merujuk kepada Menteri Besar di peringkat negeri dan Perdana Menteri di peringkat pusat.

"Kalau ada orang nak berdialog dengan saya mengenai Islam,saya nak orang berkuasa,tidak orang biasa.kalau dalam negeri Menteri Besar,kalau pusat Perdana Menteri," katanya.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan kesediaan Nik Abdul Aziz untuk berdebat dengan mana-mana pihak berkuasa termasuk Majlis Fatwa Kebangsaan.Namun,semalam Nik Abdul Aziz menafikan beliau mahu berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan berhubung beberapa kenyataannya itu sebaliknya berkata beliau hanya bersedia berdebat dengan pihak berkuasa yang lain dan bukan dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

SUMBER BERNAMA

KALAU MACAM TU KENAPA TAK BERDEBAT DENGAN KARPAL SINGH,ORANG BERKUASA JUGA DAN RAKAN BAIK DALAM PAKATAN.BERDEBAT LAH TENTANG NEGARA ISLAM.KALAU TAK NAK BERDEBAT DENGAN KARPAL SINGH BERDEBAT LAH DENGAN SAHABAT PALING RAPAT USTAZ MOHD NOR DERIS



RENUNG-RENUNGKANLAH

3 comments:

Anonymous said...

Umum tak kisah kalau tarif naik tetapi servis dan mutu air pada tahap boleh minum.

Namun, umum akan kisah kalau mutu air terus merundum waima disalurkan secara percuma.

keh keh

Mordecai Kucai said...

Tu lah N.ajis tak hormat Raja Raja. Raja raja tu kan ketua ugama Islam.

Siapa yang mengetuai Majlis Ugama Islam tiap negari adalah layak untuk berdebat dengan N.ajis kerana ianya mewakili Raja Raja dan sudah tentu lebih tinggi taraf dari N.ajis dalam soal soal ugama kerana mereka boleh masukkan N.ajis dalam penjara sekalipun.

Anonymous said...

haha... nik oh nik ..

baru jaga harga air, dah rasa tak tertanggung, ni pulak nak perintah malaysia, nak jaga harga minyak ?

sembang gegar la pro PR sekalian

 
 
Blogger Templates