Social Icons

Pages

Saturday, March 12, 2011

23 ORANG MAUT DI JEPUN AKIBAT GEMPA BUMI !!!


Gempa bumi terburuk dalam 140 tahun,yang melanda timur laut Jepun tengah hari tadi (waktu Malaysia),meragut 22 nyawa setakat dan angka kematian dijangka terus meningkat.

Reuters melaporkan Bencana ini bukan sahaja mencetuskan tsunami 10 meter,tetapi menyebabkan kebakaran kawasan industri.Gempa bumi pada skala 8.9 ini menyebabkan seorang terbunuh di Fukushima,utara Tokyo,di mana empat juta orang terputus bekalan elektrik.Amaran tsunami juga dikeluarkan di Sabah,Malaysia selain di Filipina,Taiwan dan Indonesia.Malah amaran yang sama dikeluarkan di Colombia dan Peru.

Gegaran susulan juga dialami.Satu loji penapisan minyak di Tokyo juga terbakar manakala beberapa dozen dipercayai terancam.Tsunami juga menyebabkan kesemua pelabuhan di Jepun ditutup.

“(Keadaan) sungguh huru-hara. Kesemua operasi digantung,” kata broker kapal.

“Pelabuhan-pelabuhan akan ditutup sekurang-kurangnya untuk tempoh tertentu sehingga penilaian kemusnahan boleh dilakukan,” katanya lagi.

Broker kapal menjangkakan bayaran perkhidmatan kapal akan meningkat dalam jangka pendek memandangkan loji-loji tenaga mendapatkan semula simpanan bekalan manakala syarikat-syarikat keluli pula dijangka mengimport lebih banyak besi untuk proses pembinaan semula.

Laporan berkata tsunami juga dipercayai menjejaskan stok arang batu yang digunakan untuk tujuan penjanaan tenaga.

“Saya amat takut dan saya masih bimbang,” kata Hidekatsu Hata, 36, pengurus sebuah restoran mi Cina di kawasan Akasaka di sini.

“Saya tidak pernah menyaksikan gempa bumi seburuk ini,” kata beliau.

Beberapa loji tenaga nuklear dan pusat penapisan minyak juga ditutup manakala satu loji keluli utama terbakar.Menteri-menteri Kabinet mengadakan mesyuarat untuk membincangkan isu-isu nuklear selepas laporan media mengatakan kerajaan akan mengisytiharkan situasi darurat tenaga nuklear yang akan dibuat jika ada pengesahan kebocoran radioaktif atau sistem penyamanan reaktor dihentikan.Sebuah hotel di Sendai runtuh dan ada mangsa dipercayai tertimbus dalam kejadian itu.Pengeluar raksasa elektronik Sony Corp menutup enam kilangnya.

SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH




SEKIRANYA ANDA ADA SAUDARA MARA ATAUPUN KAWAN DI JEPUN YANG TIDAK DAPAT MENGHUBUNGI MEREKA,SILA HUBUNGI WISMA PUTRA DI TALIAN 03-8887 4570/4770, 03-8889 2746/2830.

1 comment:

Alhamdulillah said...

Salam Perjuangan,

Mohon Hebahkan Ceramah Ummi Hafilda dan Rahimi serta demontrasi secara aman mendesak Anwar menyerahkan DNAnya kepada pihak pendakwa untuk dibandingkan dengan DNA lelaki 'Y' di Arena Square Batu Gajah pada hari ini jam 10.00 pagi hingga 01.00 tengahari. Semua blogger dan pembaca blog dijemput hadir

 
 
Blogger Templates