Social Icons

Pages

Monday, March 28, 2011

DATUK IBRAHIM ALI MENGAMUK DI KONVENSYEN PERKASA !!!


Kaum Melayu lebih baik tinggal di bawah pentadbiran penjajah jika Artikel 153 Perlembagaan Persekutuan yang melindungi hak istimewa mereka diketepikan dan terhakis.itulah serba sedikit ulasan Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali @ Tok Him

Dalam kritikan pedas beberapa jam sebelum pentadbiran Datuk Seri Najib mengumumkan laporan tahunan Program Transformasi Kerajaan (GTP),Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata,agenda nasional mesti digerakkan selari dengan kehendak Artikel 153.

“Hak tetap hak,” kata beliau pada akhir Konvensyen Transformasi Ekonomi Bumiputera anjuran Perkasa di PWTC semalam.

Justeru kata beliau,tindakan-tindakan sebaliknya bersamaan dengan pendekatan mengabaikan kesemua hak yang diperjuangkan oleh nasionalis Melayu ketika menentang pembentukan Malayan Union,yang memberikan bukan Melayu lebih banyak hak.

“Perlembagaan Persekutuan mesti dijadikan terma rujukan dalam mana-mana dasar nasional,Meskipun kita sedang menuju ke arah satu transformasi dengan cenderung kepada meritokrasi dan liberalisasi untuk memenuhi kehendak ekonomi global, terma rujukan yang seharusnya mestilah Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Tok Him juga turut menyentuh mengenai Hak hak kaum lain yang juga ada dalam perlembagaan dan selama ini orang Melayu dan Bumiputera tidak pernah sama sekali mempertikaikan Hak kaum lain yang jelas menunjukkan orang Melayu bersifat toleransi dan menghormati hak hak kaum lain.

Model Baru Ekonomi (MBE) yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak Pula tidak boleh melindungi hak Melayu dan Bumiputera kerana ia bersifat terlalu longgar dan terdedah kepada manipulasi.

Tambah Tok Him,mana-mana dasar ekonomi yang tidak bertunjangkan Artikel 153 bercanggah dengan perlembagaan dan ia juga satu tindakan jenayah.Datuk Ibrahim Ali juga mengecam kerana kerajaan memberi terlalu banyak perhatian kepada syor-syor pakar luar negara dalam melaksanakan MBE sedangkan mereka tidak faham latar belakang sejarah yang bersangkut-paut dengan ekonomi Malaysia.

“Mereka datang ke sini untuk merangka ekonomi bagi Malaysia berdasarkan pertimbangan asing dan bukannya (keperluan) sosioekonomi negara,” katanya lagi.

Sehubungan itu beliau menggesa kerajaan memberi tekanan kepada tindakan afirmatif yang pro-Bumiputera,sebagaimana ditekankan dalam Dasar Ekonomi Baru (DEB).

No comments:

 
 
Blogger Templates