Setelah hampir enam bulan gerai mereka dirobohkan oleh Majlis Perbandaran Ampang Jaya(MPAJ), 21 penjaja di Flat 700 Unit,Jalan Pandan Perdana 9/10 membuat laporan polis baru-baru ini terhadap pihak berkuasa tempatan itu.Laporan polis serupa dibuat terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Teratai,Janice Lee berhubung rasa tidak puas hati dengan tindakan yang dianggap kejam dan telah menutup periuk nasi mereka.
PENJAJA-PENJAJA di Flat 700, Pandan Perdana menunjukkan laporan polis yang dibuat terhadap MPAJ dan ADUN Teratai,Janice Lee dari DAP di Ampang baru-baru ini.
UTUSAN melaporkan Mereka mendakwa tindakan itu bukan sahaja menyebabkan mereka terpaksa menanggung kerugian semasa kerja-kerja meroboh dijalankan,malah sejak kejadian itu mereka tiada lagi sumber pendapatan bagi menyara keluarga.Laporan yang dibuat di Balai Polis Pandan Perdana itu diketuai oleh Pengerusi Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia,(Ikhlas), Mohd,Riduan Abdullah.
Mereka juga mendakwa,lokasi baru yang disediakan untuk mereka berniaga juga tidak sesuai kerana selain lokasinya terletak berhampiran loji najis yang berbau busuk,paling mengecewakan mereka juga dikenakan sewa tapak sebanyak RM450 sebulan.Seorang peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Moory,berkata sebelum ini pengerusi penjaja di kawasan itu telah mengemukakan surat rayuan kepada pihak MPAJ agar menangguhkan tindakan sehingga perbincangan dijalankan,namun kerja-kerja meroboh tetap dilakukan.Katanya,sejak gerai dirobohkan mereka sudah hilang mata pencarian untuk menanggung keluarga.
“Saya sendiri tidak faham dengan pihak berkenaan, mereka bertindak seolah-olah kami pesalah tanpa ada sebarang peluang untuk berbincang secara adil,” ujarnya.
Bagi Ali Husin,yang berniaga minuman dan makanan di situ sejak 14 tahun lalu cukup kecewa dengan tindakan itu yang dianggap telah menggelapkan masa depan golongan yang rata-rata berpendapatan rendah.Dia berkata,jika kesalahan mereka disabitkan berniaga tanpa lesen ia sesuatu yang tidak adil.
Ini kerana katanya,selama ini sudah banyak kali dia dan penjaja lain berulang-alik ke pejabat MPAJ untuk membuat permohonan lesen tetapi sehingga sekarang tidak diluluskan.
“Jika ini berlaku, jelas membayangkan kerajaan pakatan tidak akan bertahan lama,” ujarnya.
Perasaan sama turut dikongsi,Kok Kim Yoon.Dia yang berniaga mee sejak 14 tahun di situ juga turut berasa tertekan kerana ia telah menutup periuk nasi mereka.Katanya,bagi menampung kehidupan dia dan penjaja lain terpaksa berniaga secara ‘curi-curi’ pada hari cuti terutama pada hujung minggu.Sementara itu,Mohd. Riduan berkata,tindakan melaporkan kepada pihak polis mengenai perkara itu dibuat hanya selepas lima bulan kejadian kerana ia baru sahaja sampai kepada pengetahuannya.Katanya,sejak awal gerai mereka dirobohkan,penjaja telah melakukan bermacam usaha bagi memastikan nasib mereka terbela tetapi sehingga ke hari ini tiada pihak yang ambil peduli.Katanya,laporan itu dibuat bukan sahaja untuk tujuan keselamatan tetapi menuntut pihak bertanggungjawab agar memberi ganti rugi kepada penjaja,termasuk tempoh selama hampir enam bulan mereka tidak dapat berniaga.
“Sekiranya pekara ini gagal diselesaikan, saya akan mengumpulkan kesemua penjaja di kawasan ini dan mengadakan bantahan terhadap pihak bertanggungjawab.Pekara ini juga akan dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat kadar sewa yang dikenakan kepada penjaja yang menimbulkan sedikit kesangsian sama ada wujud unsur-unsur rasuah di situ,” ujarnya.
Katanya juga,perkara sama juga akan dipanjangkan kepada Ahli Parlimen Pandan,Datuk Seri Ong Tee Keat agar dapat diselesaikan segera.Sebelum ini Pegawai Perhubungan Awan MPAJ, Norhayati Ahmad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa pelaksanaan meroboh premis perniagaan itu selaras dengan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Binaan Tanpa Izin bilangan 10/2010.Katanya, tindakan ini dilakukan terhadap peniaga tanpa lesen yang ingkar dengan notis dikeluarkan supaya memberhentikan perniagaan mereka.
BERKENAAN TAK ADA LESEN TU LAIN CERITA,TAPI TAKKAN LAH RAKYAT DI SELANGOR NAK BAGI BERNIAGA KAT SEBELAH LOJI NAJIS ???
FIKIR LAH SECARA LOJIK.BUAT LAH PERBINCANGAN DULU LEPAS ITU BARU LAH CARI JALAN PENYELESAIAN.INI KER KERAJAAN PAKATAN RAKYAT ???
LEPAS PULAU PINANG,KAT SELANGOR PULAK,KEMUNGKINAN LEPAS INI KAT KEDAH DAN KELANTAN KOT ???
MANA LAH TAHU....

No comments:
Post a Comment