Social Icons

Pages

Showing posts with label PAKATAN RAKYAT.... Show all posts
Showing posts with label PAKATAN RAKYAT.... Show all posts

Monday, July 04, 2011

KENYATAAN TERBARU POLIS BERKENAAN BERSIH !!!


Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Khalid Abu Bakar menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa tangkapan itu dibuat sesuka hati sebaliknya menegaskan ia dibuat mengikut lunas undang-undang negara.

Polis tidak menolak kemungkinan membuat tangkapan di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Pencegahan Jenayah) 1969 kerana penglibatan dalam anasir subversif.Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Khalid Abu Bakar menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa tangkapan itu dibuat sesuka hati sebaliknya menegaskan ia dibuat mengikut lunas undang-undang negara.


"Ini adalah undang-undang yang ada di negara ini.Bukan pandai-pandai polis ambil tindakan sendiri. Apa juga tindakan kita adalah berdasarkan peraturan dan undang-undang yang ada di Malaysia," katanya.

Sebelum ini polis menahan ahli parlimen Sungai Siput Dr Jeyakumar Devaraj dan lima anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) mengikut Ordinan Darurat itu.Ditanya mengenai tangkapan berkaitan penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini,Datuk Seri Abdul Khalid Abu Bakar berkata sehingga hari ini,polis menahan 152 orang mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis.Polis turut menerima 2,500 laporan polis daripada pelbagai pihak termasuk peniaga,individu dan badan bukan kerajaan (NGO) di seluruh negara yang membantah perhimpunan itu, katanya.


Ditanya tentang komen pihak luar berhubung tindakan polis terhadap penganjuran perhimpunan haram itu,Datuk Seri Abdul Khalid Abu Bakar berkata mereka sepatutnya tidak mempersoalkan tindakan polis berbuat demikian.Katanya polis mempunyai alasan kukuh mengharamkan perhimpunan itu selain mempunyai tanggungjawab menjaga keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

"Kita haramkan perhimpunan itu tentunya ada sebab.kepada pihak luar yang komen macam-macam pasal tindakan kita bantah perhimpunan itu,nasihat saya tak payah masuk campur hal negara ini," katanya.

BLOGGER PAKATAN MENGHINA SULTAN PAHANG ???


APAKAH SULTAN PAHANG SUDAH MENCAMPURI POLITIK ?

APAKAH DIA FAHAM APA YANG DITUNTUT OLEH BERSIH ?

APAKAH DIA TAHU SOAL PERLEMBAGAAN NEGARA ?

NAMPAKNYA NEGARA SEKARANG SUDAN MACAM BERSULTAN DI MATA DAN BERAJA DI HATI,DAN MACAM ZAMAN IMPERIAL !!!!

DI ATAS ADALAH ULASAN DARI BLOGGER YANG MENGHINA SULTAN PAHANG !!!

INILAH KERJA PEMBANGKANG !!!

ANDA INGIN MELIHAT BLOG ITU !!!

KLIK DI SINI

PAKATAN JAHANAM !!!

EKSKLUSIF !!! TITAH KHAS YDP AGONG BERKENAAN PERHIMPUNAN HARAM BERSIH !!!


Istana Negara malam Tadi mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini.

Kesimpulannya jika kita perhalusi maksud titah ini,ia menjelaskan bahawa YDP Agong tidak perkenankan pun himpunan haram BERSIH ini diadakan pada 9 Julai ini .

Kalau diadakan juga himpunan ini,bermakna Ambiga,Anwar,Mat Sabu sudah menderhaka kepada DYMM YDP Agong !!!

DAULAT TUANKU !!!

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul,kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

Friday, July 01, 2011

PEJABAT UMNO DISIMBAH CAT KERANA BERSIH ???


Dua pejabat Umno bahagian Cheras dan Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur telah disimbah dengan cat kuning dan dilempar dengan beberapa ekor ayam mati.

Dalam blog Umnobahagiancheras.blogpsot,ketua bahagiannya,Datuk Syed Ali Al-Habshee dipetik berkata kejadian tersebut disedari kakitangan pejabat itu pada jam 8 pagi.Menurutnya, beliau kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa perbuatan "jahat" itu berunsur provokasi menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.


Dalam blog itu juga,Datuk Syed Ali Al-Habshee mendakwa tujuan membaling ayam dan menyimbah cat untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu dan seterusnya akan berlaku pertelingkahan antara kaum khususnya di Kuala Lumpur.Sehubungan itu,Datuk Syed Ali Al-Habshee menasihatkan ahli akar umbi supaya tidak melatah kerana perbuatan itu bertujuan merosakkan perpaduan kaum dan menjejaskan keamanan negara.Beliau menyifatkan insiden tersebut sesuatu yang serius dan meminta polis segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit.


Sementara itu, menurut blog riziqin.blogspot.com,Pemuda Umno bahagian Bandar Tun Razak membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan berhubung kejadian yang sama ke atas pejabat bahagian itu.Dalam perkembangan berkaitan,Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab menyimbah cat dan membaling ayam yang disembelih di kedua-dua bangunan itu.Dalam kenyataan media,ketua pemudanya,Kamaruzaman Mohamad berkata perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan Islam.


Minggu lalu,kejadian yang hampir sama berlaku di Kangar,Perlis apabila berlakunya insiden cat hijau disembur pada sebuah kereta dan dinding bangunan,antaranya mengajak orang ramai turun menyertai perhimpunan BERSIH.Sehubungan itu, Pemuda Pakatan Rakyat negeri membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

LEPAS NI MESTI PAKATAN KATA SEMUA NYA UMNO BUAT !!!

DAH TAHU SEMUA TU !!!

KALAU KALAH SEMUA SALAH SPR !!!

KALAU MENANG DIAM PULAK !!!

SAH !!! PAKATAN MEMBOHONG TENTANG LYNAS !!!


Syarikat perlombongan gergasi Australia,Lynas Corporation menafikan sama sekali laporan akhbar New York Times yang mendakwa loji nadir bumi syarikat itu di Gebeng,menghadapi masalah kelemahan pembinaan dan kecacatan rekabentuk.

"Laporan itu tidak benar sama sekali," kata pengerusi eksekutif Lynas,Curtis Nicholas dalam satu sidang media di Kuala Lumpur.

Beliau mengulangi bahawa keselamatan masyarakat setempat dan pekerjanya menjadi keutamaan tertinggi dalam pembinaan dan operasi loji berkenaan.Curtis Nicholas menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi dalam standard kejuruteraan.

http://mynewshub.my/wp-content/uploads/2011/04/Lynas-gebeng.jpg

Laporan New York Times baru-baru ini yang memetik memo dalaman oleh jurutera sekarang mahupun yang telah meninggalkan syarikat itu bahawa pembinaan loji Lynas Advanced Material Plant (Lamp) di Gebeng, Pahang adalah 'bahaya' dan mempunyai masalah rekabentuk.Artikel itu mendakwa memo berkenaan memaparkan beberapa kecacatan dengan jurutera menghuraikan rekahan struktur,poket udara dan kebocoran di kebanyakan 70 tangki konkritnya.Tangki itu dijadualkan untuk menyimpan bahan radioaktif selepas nadir bumi berkenaan yang dibawa dari Australia Barat dicampur dengan asid untuk merawatnya.

Ia juga mendakwa sistem paip keluli yang dibina untuk kilang tersebut adalah menggunakan keluli standard dan tidak sesuai bagi memindahkan bahan berkenaan. Tangki simpanan pula dibina daripada konkrit konvensional yang sepatutnya didirikan dengan gentian polimer yang kurang kemungkinannya akan retak.

BUKAN NEW YORK TIMES NAK MENIPU !!!

FUZIAH SALLEH DAN GENG PUN NAK MENIPU !!!

TUNJUK RAKYAT GAMBAR BUDAK CACAT DAN SEBAGAINYA !!!

PADAHAL KILANG BELUM DI BINA !!!

JAHANAM !!!

SAH !!! PERHIMPUNAN HARAM AKAN TERJADI 9 JULAI !!!



Di sebalik segala hambatan dan tekanan ke atas penganjuran BERSIH pada 9 Julai ini,jawatankuasanya masih berusaha degil dan ingin meneruskan perhimpunan BERSIH.

Menurut pengerusi BERSIH Ambiga,Kononnya mesyuaratnya dengan Tan Sri Ismail Omar berjalan dalam suasana 'mesra' meskipun Ketua Polis Negara itu melahirkan kebimbangannya jika perhimpunan aman itu diteruskan.

"Kami maklumkan kepada beliau,kami akan melakukan sedaya upaya bagi memastikan perhimpunan itu adalah aman.Sebab itu,kami cadangkan kepada polis untuk memutuskan jalan yang patut kita lalui dan kita akan ikut semua arahan mereka,” katanya kepada wartawan di Bukit Aman selepas mesyuarat berkenaan.


Ambiga,diiringi ahli jawatankuasa pemandu BERSIH,Maria Chin Abdullah semasa pertemuan itu berkata Tan Sri Ismail Omar membisu mengenai cadangan itu tetapi tetap optimistik.Katanya,mereka juga meminta Tan Sri Ismail Omar mempertimbangkan cadangan berkenaan dan meminta pertemuan kedua dengan ketua polis negara minggu depan bagi mendapatkan maklum balas berhubung permintaan mereka.

“Beliau tak kata tidak dan saya fikir saya agak kelapangan untuk membuat temujanji untuk berjumpa IGP minggu depan.Kami buat cadangan dan minta polis mempertimbangkannya.Kami minta mereka,polis.Awak pilih satu lokasi di KL ke Taman Jaya atau mana-mana.Awak pilih, kita akan patuhi.”


Ambiga, yang sebelum ini kononnya menerima ugutan bunuh menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) berhubung BERSIH berkata ancaman itu tidak ditimbulkan dalam pertemuan tersebut,mahupun hambatan dan tekanan pihak berkuasa ke atas penganjur perhimpunan itu.Sebaliknya,mesyuarat mereka tertumpu pada perhimpunan berkenaan dan Ambiga berulangkali memberi jaminan akan memastikan ia diadakan secara aman.Penyokong BERSIH dijadual berkumpul di pusat membeli-belah Sogo,Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan masjid Kampung Baru sebelum berarak ke Istana Negara.

Perarakan ini bagi kononnya menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong untuk memohon campur tangan Seri Paduka supaya memastikan pembaharuan dalam sistem pilihan raya negara dilakukan.Ia termasuk melanjutkan tempoh berkempen kepada sekurang-kurangnya 21 hari dan penggunaan dakwat yang tidak boleh dipadam.


PERKASA pula mengesahkan empat lokasi berkumpul bagi perhimpunan 9 Julai bagi menolak perhimpunan yang menuntut supaya reform pilihan raya.
Mereka akan berkumpul di perkarangan Masjid Negara, Dataran Merdeka, perkarangan Stadium Merdeka dan Istana Negara.

Selain itu,Pemuda Umno juga telah meluahkan hasrat mereka untuk mengadakan perhimpunan. Namun lokasi dan jalan bagi perarakan mereka belum diumumkan.

BOLEH KER AMAN DALAM PERHIMPUNAN BERSIH ???

APA JADI BERSIH 2007 ???

DAH MENANG 5 NEGERI TAK BERSIH KER ???

AKAN DATANG PRU 14 SAH ADA LAGI BERSIH !!!

RAMAI YANG PENYOKONG YANG PROVOKE SALAHKAN POLIS !!!

Thursday, June 30, 2011

AMARAN DARI DATUK SERI HISHAMUDDIN BERKENAAN PERHIMPUNAN BERSIH !!!


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata adalah satu kesalahan bagi mana-mana individu yang memakai baju yang berkaitan dengan aktiviti haram.Justeru,tangkapan ke atas mereka yang memakai baju BERSIH oleh polis adalah betul.

"Jika kemeja-T BERSIH berhubungkait dengan aktiviti haram,maka memakainya adalah juga haram,” katanya kepada wartawan.


Setakat ini,hampir 100 orang telah telah ditangkap kerna memakai baju kuning BERSIH manakala mereka yang menjual baju berkenaan turut ditahan untuk disoal-siasat.Terbaru,pagi semalam,empat belas aktivis politik ditahan di Sungei Siput,Perak ketika mengedarkan bendera Malaysia di sebuah pasar.Semuanya kerana lapan daripada mereka memaka baju-T BERSIH manakala rakan-rakannya pula memakai baju DAP yang tertera tema 'Ubah' pada waktu kejadian .Antara mereka yang ditangkap oleh polis adalah ADUN Jalong Leong Mei Ming,ADUN Teja Chang Lih Kang dan Tan Kar Hing,setiausuha politik kepada ahli parlimen Dr Lee Boon Chye.

"Kita akan tunggu sehingga perkara berlaku.Seperti saya katakan,orang yang perlu dirujuk adalah Ketua Polis Negara.apabila membabitkan penguatkuasaan.Saya telah jelaskan ini semalam,” katanya.

semua kumpulan yang akan berarak tidak akan di beri permit oleh polis.

AMARAN TELAH DI BERI !!!

APA KATA TANGKAP SEMUA AHLI PARLIMEN YANG PAKAI BAJU BERSIH !!!

APA YANG BERSIH ???

PPTTUUIIHH !!!

SAH !!! NICA SAHKAN P.S.M ADA UNSUR KOMUNIS !!!



Agensi-agensi perisikan antarabangsa termasuk National Intelligent Coordinating Agency (NICA) mengesahkan lelaki warga Filipina,Romeo Castillo adalah Timbalan Setiausaha Agung sebuah parti berhaluan kiri,Partido Lakas dan Massa (PLM) serta Organisasi Hadapan Komunis di Filipina.Agensi-agensi itu berperanan menjalankan risikan dan perkongsian maklumat berhubung ancaman luar yang boleh menjejaskan keselamatan negara terbabit.

Menurut sumber,strategi politik parti PLM yang berkait rapat dengan parti bersenjata komunis adalah dengan mencetuskan semangat rakyat sebelum menggulingkan kerajaan kapitalis bertujuan untuk menubuhkan kerajaan rakyat.


"Kerajaan Filipina tidak mengharamkan parti itu tetapi memantau rapi aktivitinya. Agensi perisikan antarabangsa memohon pihaknya dimaklumkan kedatangan Castillo ke negara ini supaya dia boleh ditahan untuk disoal siasat mengenai tujuan kedatangannya.Difahamkan, Castillo juga menghubungi Pengerusi PLM, Sommy Melencio dan memaklumkan penahanan ahli-ahli PSM. Dia (Castillo) kini gagal dikesan selepas dibebaskan baru-baru ini," kata sumber itu.

UTUSAN melaporkan sekumpulan anggota PLM diketuai Sommy telah mengadakan satu demonstrasi di hadapan Kedutaan Malaysia di Filipina,pukul 11 pagi,bertujuan mendesak kerajaan membebaskan ahli-ahli PSM yang ditahan dan menyatakan sokongan penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).Difahamkan,selain itu, alamat penginapan Castillo di Kajang sama dengan alamat pejabat Parti Sosialis Malaysia (PSM).


Akhbar semalam juga melaporkan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM),S. Arutchelvan menuduh akhbar Utusan Malaysia membuat laporan karut mengenai lelaki Filipina, Castillo dan warga Korea,Min Young Song yang didakwa ejen asing untuk membawa gerakan komunis di negara ini.Menurut Arutchelvan, kehadiran Castillo dan Young Song,ke negara ini bukan untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan,sebaliknya datang menyertai Kongres PSM pada 3 hingga 5 Jun lalu.Katanya,walaupun hadir sepanjang program PSM di Johor baru-baru ini, mereka berdua tidak membuat ucapan umum atau terlibat dalam perhimpunan atau sebarang aktiviti yang boleh dilabel sebagai jenayah.

Sebelum ini, polis menahan 30 individu daripada PSM yang dipercayai penyokong Bersih di dalam sebuah bas ketika dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang bagi mempromosikan perhimpunan haram Bersih.

PEMBANGKANG AMALKAN SUBVERSIF ???



Pihak pembangkang merangkumi PKR,DAP dan Pas serta Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih),Ambiga Sreenevasan secara jelas mendukung amalan subversif dan anarki dengan penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini.Ketua Penerangan Pemuda UMNO,Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, ini terbukti apabila 79 ahli Parlimen pembangkang tidak pernah mengusulkan pindaan terhadap Akta Pilihan Raya walaupun mereka memenangi kerusi masing-masing sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Walhal katanya,kesemua wakil rakyat pembangkang boleh mengusulkan sebarang ketidakpuasan hati berkenaan sistem pilihan raya negara sewaktu bersidang dalam Dewan Rakyat selama lebih dua tahun dan bukannya melalui perhimpunan haram di jalanan.


"Siapa pula Ambiga? Kenapa dia sibuk nak mengadakan perhimpunan haram kononnya untuk membersihkan proses pilihan raya kita sedangkan dia mempunyai banyak ruang untuk mengadakan forum seumpama itu sewaktu menjadi Presiden Majlis Peguam.Kalau kita perhatikan betul-betul, Ambiga sewaktu mengetuai Majlis Peguam hanya berminat untuk mengadakan forum bagi mempersoalkan kedudukan Islam seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara dan kini baru sibuk tentang pilihan raya," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

UTUSAN melaporkan Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini.Ramai pemimpin pembangkang daripada PKR,Pas dan DAP bertindak sebagai ahli jawatankuasa Gabungan Pilihan Raya Adil dan Bersih (Bersih) yang diketuai Ambiga.

Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menambah,sokongan pembangkang terhadap pergerakan subversif yang menuju kepada anarki terbukti dengan penangkapan 31 aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) termasuk Ahli Parlimen Sungai Siput, Dr. Michael Jeyakumar Devaraj di Pulau Pinang Sabtu lalu yang disyaki cuba menghidupkan komunisme.


"Jeyakumar adalah wakil rakyat PSM yang bertanding di bawah tiket PKR pada pilihan raya umum lalu, jadi perkaitan antara komunisme, PSM, PKR serta Ambiga adalah amat jelas di sini dan sehingga kini tiada sebarang kenyataan daripada PKR mengenai perkara itu," tegasnya.

Di samping itu katanya,Naib Presiden PKR,Nurul Izzah Anwar dan Ketua Angkatan Muda Keadilan,Shamsul Iskandar Mohd. Akin jelas menyokong pergerakan subversif serta berniat menghuru-harakan negara dengan meracuni fikiran rakyat supaya turun menyertai demonstrasi jalanan tersebut.

Wednesday, June 29, 2011

PEJABAT SEKRETARIAT BERSIH DI SERBU OLEH POLIS ???



Pejabat Sekretariat BERSIH di Seksyen 4,Petaling Jaya hari ini diserbu dan digeledah oleh polis.Maria berkata pihaknya menerima pelbagai tekanan hebat daripada pihak berkuasa bagi membatalkan perhimpunan aman pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya adil dan bebas diadakan di negara ini.

Ahli Jawatankuasa Pemandu BERSIH,Maria Chin Abdullah yang ketika itu di bangunan Parlimen berkata dia dimaklumkan kononnya polis datang dengan lima kereta tanpa logo polis yang bercermin gelap dan mereka juga tidak memakai seragam.Sebuah trak besar polis tiba kemudiannya.Sementara itu,menurut seorang petugas di pejabat BERSIH yang tidak mahu dikenali berkata,kononnya kumpulan polis itu tiba dengan membawa pemotong besi.Tetapi mereka tidak menggunakannya apabila pekerja membenarkan mereka masuk.


kononnya Anggota polis didakwa tidak membawa sebarang waran dan kemudiannya terus menyelongkar fail dan menggeledah pejabat itu.Tumpuan mereka adalah baju-T BERSIH yang kemudiannya dihitung jumlahnya sebelum dirampas oleh polis.Adalah dipercayai serbuan dilancarkan dari IPD Selangor dan diketuai oleh seorang pegawai yang hanya dikenali sebagai ASP Rosli.Polis juga mencatatkan butiran Mykad kakitangan Empower yang dijadikan sekretariat BERSIH.Selain itu,butiran Mykad kira-kira 20 wartawan dan jurugambar yang berkumpul di luar pejabat itu juga dicatatkan selain diminta membekalkan nombor telefon masing-masing.

Pada sidang akhbarnya di lobi parlimen,Maria berkata dimaklumkan bahawa polis kemudiannya merakamkan kenyataan daripada kakitangan BERSIH.Maria juga mencabar ketua polis negara Kononnya bagi membuktikan bahawa mereka telah melakukan jenayah dan hentikan 'menakut-nakutkan' rakyat.Menurut Maria sejak beberapa hari lalu hampir 100 orang telah ditahan kerana memakai kemeja T BERSIH dan mengedarkan risalah berhubung perhimpunan 9 Julai ini.


“Ini adalah hak asasi manusia,adalah hak kita untuk berhimpun secara aman dan kami telah berulang-kali tekankan bahawa ia adalah perhimpunan aman.Kita tidak akan timbulkan huru-hara seperti yang didakwa,” katanya.

Dalam serbuan tersebut,tujuh beg barang,lima kotak dan empat kain rentang dirampas.Manakala tujuh petugas Empower (NGO yang bergabung dalam BERSIH) dibawa ke ibupejabat polis Petaling Jaya untuk soalsiasat.



MARAH POLIS ???

POLIS BUAT KERJA KENAPA NAK MARAH ???

DAH CONFIRM PERHIMPUNAN ITU AKAN MENJADI HURU HARA !!!

SEBAB ITU POLIS TAK BAGI PERMIT !!!

TAKKAN POLIS NAK DI PERSALAHKAN ???

KALAU KERETA KENA CURI LAPOR KAT MANA ???

BENGKEL KERETA KER ????

PERHIMPUNAN BERSIH DIRESAPI ALA KOMUNIS ???



Ancaman terhadap keselamatan negara melalui gerakan komunis yang kini meresapi demonstrasi haram,Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) berada pada tahap membimbangkan.Ini kerana,gerakan tersebut yang diketuai oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM) dikesan bersekongkol dengan ejen asing dari Filipina dan Korea Selatan untuk menyebarkan propaganda jahat bagi menggulingkan kerajaan.

Hakikat itu terbukti selepas sekumpulan 29 ahli PSM bersama seorang lelaki Filipina, Romeo Castillo,dan seorang warga Korea, Min Young Song,ditahan di hadapan Kolej Matrikulasi di Ledang, Johor,Sabtu lalu.Sumber memaklumkan kepada UTUSAN,kedua-dua warga asing itu memasuki negara ini atas pembiayaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) asing,yang berpangkalan di luar negara bagi memastikan Malaysia huru-hara.


“Kita tidak menolak kemungkinan Castillo ini mempunyai kaitan dengan Parti Komunis Filipina yang banyak membunuh rakyat negara itu melalui gerakan bersenjata sehingga disenarai sebagai gerakan pengganas.Young Song ini pula yang memasuki Malaysia sejak 19 Mac lalu merupakan ahli pertubuhan 18 Mei,di Korea,dan dia hadir atas tajaan National Democratic Institute (NDI) yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

‘‘Warga Korea itu kini ditahan di bawah Akta Imigresen dan akan diusir serta-merta.Kini semuanya jelas bahawa Bersih sebenarnya terlalu kotor, mereka bukan lagi berjuang untuk sistem pilihan raya yang adil tetapi sebenarnya bertujuan untuk memusnahkan keamanan negara,” katanya.

National Democratic Institute adalah salah sebuah organisasi di bawah National Endowment of Democrasy (NED) yang dinaungi bekas Setiausaha Negara AS,Madeline Albright,iaitu sekutu Anwar Ibrahim ketika zaman reformasi.

BERSIH ???

APA YANG BERSIH ???

ANDA NAK TAHU APAKAH NDI ???

KLIK DI SINI

INI BUKAN BERSIH TAPI KOTOR !!

Tuesday, June 28, 2011

PSSLM MEMBERI AMARAN KEPADA PENGANJUR PERHIMPUNAN BERSIH ???


Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) memberi amaran kepada penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) supaya membatalkan hasratnya itu jika tidak mahu 'berperang' dengan pengamal seni silat di negara ini.Mahagurunya,Tan Sri Omardin Mauju berkata,adalah menjadi tanggungjawab pengamal seni silat untuk mempertahankan negara sejak zaman pemerintahan kerajaan Melaka lagi dan mereka tidak akan teragak-agak untuk bertindak keras ke atas golongan yang cuba menimbulkan kekacauan serta huru-hara.

"PSSLM yang mempunyai ratusan ribu ahli juga akan turun pada 9 Julai itu sekiranya Datuk S. Ambiga masih mahu meneruskan perhimpunan haram tersebut.Kami tidak akan biarkan perkara itu berlaku kerana jelas sekali ia perbuatan yang menghina negara.Kami sebagai golongan pengamal silat merupakan pelindung kepada negara dan sultan sejak beratus tahun dahulu tidak akan berdiam diri.Sekiranya kami tidak mengambil apa-apa tindakan,kami akan dianggap dayus.Saya sendiri akan mengetuai persatuan silat ini walaupun saya berkerusi roda, saya akan turun dan berada di barisan paling hadapan.Kami tidak sanggup lagi melihat keamanan negara dipermainkan untuk tujuan politik," katanya.


UTUSAN melaporkan Menurut Tan Sri Omardin Mauju,PSSLM telah lama berdiam diri dan bersabar dengan tindak-tanduk segelintir golongan seperti Ambiga yang cuba menganggu gugat keamanan di negara ini.Beliau menasihatkan Ambiga supaya membatalkan segera hasrat menganjurkan perhimpunan itu kerana khuatir tidak akan dapat mengawal emosi anak-anak didiknya jika mereka bertembung pada perhimpunan itu nanti.

"Sebagai pengamal silat, saya tidak boleh beri jaminan bahawa kami hanya akan melaung dan membantah sahaja. Jadi sekiranya tidak mahu perkara tidak diingini berlaku, lebih baik batalkan hasrat untuk menganjurkan perhimpunan haram tersebut.Banyak lagi kaedah lain boleh dilakukan daripada berarak di jalan raya dan menyusahkan banyak pihak seperti polis, peniaga dan rakyat. Perkara ini boleh diselesaikan melalui cara meja bulat, jadi gunakanlah saluran yang betul," jelasnya.

P.S.M ADALAH FAHAMAN KOMUNIS ???


Tiga puluh aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang ditahan di plaza tol Sungai Dua Telah pun ditahan reman mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan kerana didakwa berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.Aktivis tersebut menyertai siri kempen "Udah La Tu Bersaralah" yang dilancarkan pada 24 Jun,menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 kononnya bagi menuntut pembaharuan sistem pilihan raya.Mereka yang ditahan termasuk ahli parlimen Sungai Siput,Dr D Jeyakumar.Seorang lagi dibebaskan kerana di bawah umur.

BERNAMA melaporkan Abdul Rahim berkata,siasatan polis mendapati sekumpulan aktivis PSM yang ditahan di plaza Tol Sungai Dua itu cuba menghidupkan semula fahaman komunis.Beliau berkata ini berdasarkan pelbagai barangan yang dirampas polis daripada aktivis berkenaan dilihat mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

"Antaranya risalah dan baju T yang tertulis nama Chin Peng,Rashid Maidin dan Suriani Abdullah,kesemua mereka ini mempunyai kaitan dengan PKM," katanya.

Abdul Rahim berkata,mereka dilihat cuba menghidupkan balik fahaman komunis dengan menyebarkan risalah-risalah berkaitan berkenaan kepada rakyat di beberapa kawasan di Kepala Batas.

"Polis terpaksa menahan kesemua mereka kerana membawa unsur menghasut rakyat untuk membenci kerajaan dan ini adalah sesuatu yang serius serta boleh mengancam keselamatan negara," katanya.

Beliau berkata perintah reman dibuat mengikut Seksyen 122, Kanun Keseksaan kerana berniat untuk memerangi Yang di-Pertuan Agong.Dalam reaksinya,setiausaha agung PSM, S Arutchelvan menyifatkan tindakan polis itu sebagai tidak masuk akal dan cuba menggambar parti itu sedemikian untuk menakut-nakutkan orang ramai.



ADAKAH ANDA LUPA PERISTIWA BUKIT KEPONG ???

Cerita sebenar penahanan anggota PSM di Penang...

REMAND ORDER FOR 30 PEOPLE IN PENANG

1. The PDRM is seeking a remand order for 30 people to facilitate investigation into alleged involvement into reviving subversive elements. The people have been remanded under Section 122 of the Penal Code for “waging the war against the Yang Di Pertuan Agong.”

2. The group, travelling on the bus, was arrested at a roadblock near Kepala Batas, Seberang Perai Utara, on 25 June 2011.

3. According to the police, they found printed materials and T-shirts bearing the images of former CMP leaders including Chin Peng, Abdullah CD and Rashid Maidin.

4. Police believe that this could be part of a larger scheme of thing by certain groups to destabilize the nation.

5. The police have reason to believe that these findings by the police have raised their concerns that the July 9 illegal gathering may have been infiltrated by subversive elements out to create chaos and disorder.

6. The police has reasonable ground to believe that these group of people has engage in activities detrimental to national security and enhance they been remanded under Section 122 to facilitate police investigations.

Monday, June 27, 2011

81 TANGKAPAN TELAH DIBUAT MENJELANG PERHIMPUNAN BERSIH ???


Ketika pemimpin BN memberi amaran kepada BERSIH berhubung perhimpunan yang dirancang pada 9 Julai,polis Telah melancarkan gerakan di seluruh negara bagi menghalang badan pemantau pilihan raya itu daripada mempromosi perhimpunannya.Sejak tangkapan pertama dibuat Rabu lepas,sehingga ini Polis telah menahan 81 orang dan jumlahnya dijangka meningkat ketika BERSIH memperhebatkan lagi kempennya dalam tempoh dua minggu sebelum perhimpunannya.Bagaimanapun,tidak nampak tanda-tanda yang menunjukkan gabungan kumpulan masyarakat sivil yang menuntut pilihan raya bebas dan adil itu,akan membatalkan perhimpunan tersebut.

MALAYSIAKINI melaporkan Sebaliknya,tindakan keras terhadapnya itu telah memberi publisiti kepada BERSIH dan sekaligus membantu membina momentum menjelang perhimpunannya.Polis mula melancarkan operasinya Rabu lalu dengan menangkap ahli Angkatan Muda Keadilan (AMK),Razali Abd Ghafar,yang menjual baju-T BERSIH semasa ceramah Pakatan Rakyat di Sepang.Penjualan baju-T kuning warna tema BERSIH kini mendapat sambutan hebat di Lembah Klang.Ia diikuti dengan lebih banyak tangkapan apabila siri jelajah.pra-perhimpunan BERSIH ke seluruh negara dilancarkan pada hari Jumaat di Shah Alam.



Polis mengerahkan lebih 50 anggotanya ke tempat berkenaan dan menangkap timbalan ketua AMK,Khairul Anuar Ahmad Zainuddin,yang berpakaian baju-T BERSIH.Polis terus mengawal tempat berkenaan sehingga jam 3 pagi.Pada hari yang sama,tujuh ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan di Kluang,Johor,semasa mereka mengedarkan risalah mengenai perhimpunan tersebut.



BERSIH ???

APA YANG BERSIH ???

ANDA NAK TAHU SIAPAKAH YANG DALANG SEBALIK BERSIH INI SELAIN AMBIGA ???

KLIK DI SINI

INI BUKAN BERSIH TAPI KOTOR !!

NGO KRISTIAN PENYUMBANG DALAM PERHIMPUNAN BERSIH ???


Gerakan yang mempunyai kaitan dengan Kristian yang berpangkalan di luar negara dikenal pasti sebagai penyumbang dana kewangan terbesar kepada Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).Gerakan tersebut yang berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sejak beberapa minggu lalu dikesan aktif menyalurkan bantuan kepada Bersih melalui NGO tempatan.Antaranya adalah Yayasan Konrad Adenauer dari Jerman yang mempunyai hubungan erat dengan Parti Kesatuan Kristian Demokratik di sana,serta Yayasan Canadian Allied dari Kanada.

Kedua-dua NGO tersebut kini dikesan berada di carta 'tiga teratas' selaku penyumbang berbanding beberapa lagi pertubuhan asing lain,yang mewakili sembilan negara berlainan.Dipercayai, jumlah terkumpul dana kewangan asing yang dimiliki Bersih kini sudah mencecah jutaan ringgit dan ia bakal digunakan untuk membiayai operasi demonstrasi.minggu lalu sahaja sebanyak RM250,000 dari negara asing disalurkan secara haram kepada sebuah NGO tempatan yang bernaung di bawah Bersih.


KLIK UNTUK BESARKAN

"Semua sekali,sembilan negara asing yang menjadi 'tangan ghaib' bagi mencetuskan keadaan huru-hara dalam negara pada 9 Julai ini dan mereka bergerak melalui NGO.Penyumbang paling besar yang dikesan adalah daripada NGO yang mempunyai kaitan dengan Kristian," kata sumber.

Dalam pada itu, sumber tersebut turut menjelaskan Bersih juga menerima bantuan kewangan daripada NGO yang berpangkalan di Amerika Syarikat,Britain dan beberapa buah negara Asia yang lain.Bagi Amerika Syarikat,Institut Demokrat Kebangsaan (NDI) dan Institut Republikan Antarabangsa (IRI) dikenal pasti menaja Bersih dan parti-parti pembangkang di negara ini.


"Semua ini membuktikan bahawa Bersih hanya menjadikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebagai kambing hitam untuk menghalalkan demonstrasi haram. Di belakang mereka ada ejen asing.Jadi saya harap rakyat sedar perkara ini.Pembangkang kini sanggup melakukan apa sahaja termasuk bersekongkol dengan negara asing bagi mencetuskan huru-hara," jelasnya.

Sementara itu,di laman web NDI,www.ndi.org mendapati NGO tersebut mengesahkan bahawa mereka menaja aktiviti Bersih.

"Program NDI di Malaysia ditaja oleh National Endowment for Democracy (NED)," kata badan tersebut seperti dipetik dari laman web.

KLIK DISINI

ANDA DAH JELAS SIAPA YANG MENOLONG MEREKA ???

KATA UMAT ISLAM DAN MELAYU ???

MANA UMAT ISLAM DAN MELAYU ???

ADAKAH INI BERSIH ???

Sunday, June 26, 2011

ADAKAH BENAR 6 PEMIMPIN BERSIH DI TAHAN OLEH POLIS ???


BERSIH mendakwa Kononnya enam pemimpin mereka yang terdiri daripada aktivis NGO dan pemimpin politik dipanggil polis untuk disoalsiasat.Mereka adalah pengerusi gabungan itu Ambiga Sreenevasan, ahli jawatankuasa pemandunya Maria Chin Abdullah,exco kerajaan Selangor Teresa Kok,aktivis sosial Hishamuddin Rais, koordinator kumpulan peguam Lawyers for Liberty Fadiah Nadwa Fikri dan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM) S Arutchelvan.

Menurut Maria,pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah memaklumkan perkara itu melalui pesanan SMS yang meminta mereka hadir ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi supaya kenyataan mereka dapat diambil.Maria antara yang pertama dipanggil untuk menemui pihak polis pada jam 2 petang Semalam.Manakala Ambiga pula difahamkan menghadapi sesi itu sejam setengah selepasya. Teresa dan Fadiah diminta hadir esok.Dalam perkembangan terbaru,Ambiga memaklumkan bahawa perjumpaan dengan polis ditangguhkan.

BETUL KER SEMUA PEMIMPIN BERSIH DI PANGGIL OLEH POLIS ???

ATAUPUN MEREKA ADA TRICK BARU ???

KITA SAKSIKAN ESOK !!!

UMNO MENCABAR PAKATAN BUAT PERHIMPUNAN BERSIH DI JAMBATAN PULAU PINANG ???



Saya cabar Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) buat perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang."Demikian cabaran Ahli Majlis Tertinggi UMNO,Dr. Mohd. Puad Zarkashi terhadap Bersih supaya menukar lokasi perhimpunan haram pada 9 Julai ini dari ibu kota ke Jambatan Pulau Pinang.

Menurutnya,cabaran itu dibuat ekoran sokongan Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap perhimpunan haram tersebut dan bagi membongkar tujuan sebenar perhimpunan berkenaan diadakan.

Beliau yakin penganjur tidak akan mengadakan perhimpunan haram itu di negeri-negeri yang diperintah pembangkang kerana mengetahui tindakan tersebut hanya akan menyusahkan rakyat dan bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.


"Oleh kerana kerajaan Pulau Pinang menyokong perhimpunan Bersih,saya minta kerajaan Pulau Pinang benarkan perhimpunan itu diadakan di Jambatan Pulau Pinang.Nak tengok dia susah ke tak susah,rakyat negeri Pulau Pinang susah ke tak susah,mengganggu pelabur asing ke tidak," katanya.

UTUSAN melaporkan Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan cek bantuan RM450,000 kepada 14 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan sebuah SJK Tamil di kawasan Parlimen Batu Pahat.


Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata,sekiranya Bersih tidak mahu mengadakan perhimpunan di jambatan itu,beliau berharap ada pihak lain yang membuat perhimpunan di situ bagi membuktikan tindakan tersebut hanya akan menyusahkan rakyat.

"Buatlah perhimpunan menuntut supaya kerajaan Pulau Pinang memenuhi janjinya kepada rakyat yang selama ini dia berjanji banyak,tetapi tidak berbuat apa-apa," katanya.

Sementara itu,beliau menyatakan keyakinannya terhadap guru-guru di negara ini yang disifatkan telah cukup matang dan tidak akan terlibat dalam perhimpunan haram Bersih yang dirancang diadakan 9 Julai depan.


"Bagaimanapun,sekiranya ada yang terlibat, kita akan ambil tindakan terhadap mereka bergantung kepada jawatankuasa disiplin,sama ada amaran keras,tindakan tatatertib,digantung, digantung gaji dan sebagainya.Apa pun mereka tertakluk kepada tindakan polis dan kalau mereka dikenakan tindakan polis,mereka akan berdepan dengan kesan yang lebih berat," katanya.

31 AHLI P.S.M DI TAHAN POLIS DAN LEBIH 1000 LAPORAN KERANA BERSIH !!!


Polis menahan Ahli Parlimen Sungai Siput,Dr. Jeyakumar Devaraj bersama 31 lagi individu dipercayai penyokong perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) ketika menaiki sebuah bas di Plaza Tol Sungai Dua.Kumpulan itu dan Jeyakumar yang juga pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM) ditahan kira-kira pukul 3.40 petang ketika menaiki bas pesiaran milik syarikat Ipoh Pemaju Travel & Tours Sdn Bhd yang dipercayai dalam perjalanan ke Sungai Petani, dekat sini bagi mempromosikan perhimpunan tersebut.Ketika ditahan,kesemua mereka memakai baju T berwarna kelabu tertera gambar dacing digunting serta tulisan 'Sudahla..Bersaralah' manakala terdapat kain rentang tertulis 'Cukup 54 tahun. Bersaralah' digantung pada cermin bas berkenaan.

Difahamkan, polis yang menjalankan pemeriksaan ke atas bas tersebut menemui beberapa bendera PSM,buletin parti serta kira-kira 20 helai kemeja T tertera tulisan 'Anti Capitalism' berwarna merah.Sumber polis memberitahu,kesemua mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) untuk dirakamkan keterangan.


Sementara itu,di BATU PAHAT,polis menahan tujuh aktivis PSM di Kluang kerana mengedarkan risalah bagi menghasut orang ramai menyertai perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini di Kuala Lumpur.Ketua Polis Daerah Kluang,Asisten Komisioner Mohd. Fawzi Arshad berkata,mereka ditahan Jalan Stesen,kira-kira 6.30 petang bersama 7,000 risalah berkaitan perhimpunan haram itu.

"Kumpulan aktivis terbabit difahamkan dari Simpang Renggam terus menuju ke bandar Kluang untuk menyebarkan risalah itu.Tujuh yang ditahan terdiri daripada empat perempuan dan tiga lelaki yang berusia antara 19 hingga 36 tahun," katanya.


Sementara itu Polis juga telah menerima sejumlah 1,278 laporan daripada pelbagai pihak yang membantah rancangan mengadakan perhimpunan haram oleh Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.Peningkatan jumlah itu dilihat serius dan membuktikan pelbagai lapisan masyarakat menentang hebat perhimpunan haram tersebut.

Rata-rata laporan yang dibuat menggesa pihak polis dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan tegas ke atas penganjur yang tidak putus-putus menjalankan kempen mempromosikan perhimpunan haram tersebut

Friday, June 24, 2011

ANWAR IBRAHIM MARAH KERANA PERKASA DAN UMNO HALANG PERHIMPUNAN BERSIH ???


ANWAR IBRAHIM BERANG DAN MARAH ???

KENAPA NAK MARAH ???

PERHIMPUNAN BERSIH AKAN MENGHURU HARAKAN RAKYAT !!!

SIAPA KETUA BERSIH ???

ADALAH ORANG MELAYU ???

SILA LIHAT VIDEO DI BAWAH



ADAKAH INI YANG ANDA MAHU ???

PENIAGA DAN PEMANDU TEKSI AKAN RUGI ???

BERSIH AKAN JADI KOTOR !!!

INILAH SEBENARNYA ANWAR IBRAHIM NAK !!!

TUNDA KES MAHKAMAH DAN TAK NAK MASUK SUNGAI BULOH !!!

Thursday, June 23, 2011

TEKTIK TERBARU PAKATAN !!! UGUTAN BUNUH AMBIGA !!!


Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) konnnya membidas tindakan 'pengecut' dalang yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengugut untuk membunuh pemimpin NGO itu Ambiga Sreenevasan dan Pakatan Rakyat yang lain.

“Ini tidak boleh diterima,SMS ini bukan sahaja mengancam nyawa tetapi berbaur hasutan perkauman,Biarlah berani ke depan dan berbincang dan bukan menjadi pengecut dengan menghantar SMS ugutan bunuh dan berbaur perkauman,kata Maria kepada wartawan selepas membuat laporan polis di pejabat Travers di Kuala Lumpur petang Tadi.


Kononnya Maria juga mahu pengirim SMS itu memberhentikan tindakannya itu.

Sekurang-kurangnya enam laporan polis dibuat berhubung ugutan bunuh SMS yang diterima lewat malam semalam dan awal pagi ini.Antara mereka yang membuat laporan adalah ahli jawatankuasa pemandu BERSIH Wong Chin Huat,timbalan ketua Pemuda PKR Khairul Annuar Ahmad Zainudin,Ambiga dan juga ketua biro undang-undang PKR Latheefa Koya.Ambiga yang ditemui pemberita selepas membuat laporan polis berkata, beliau yakin pihak polis dapat menjejaki individu yang menghantar SMS itu.

“Ugutan itu tidak akan menukar rancangan kita (untuk berhimpun),” kata Ambiga.


Namun katanya,ambiga dan anggota lain akan berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan mereka tidak terancam.

"Kita serahkan kepada polis untuk menjalankan siasatan dan saya percaya polis akan dapat mengenal pasti pihak yang menghantar SMS itu kerana ada nombor telefon,"kata Ambiga.


TEKTIK TERBARU UNTUK BERSIH !!!

SEBELUM INI PUAK PAKATAN DAH BANYAK RANCANGAN UTK TEKTIK BEGINI !!!

ANDA INGAT KES PEMANDU ANWAR ???

ANDA INGAT KES ANWAR PADA 1997 DAN 1998 ???

RENUNG-RENUNGKAN
 
 
Blogger Templates