Social Icons

Pages

Sunday, June 26, 2011

UMNO MENCABAR PAKATAN BUAT PERHIMPUNAN BERSIH DI JAMBATAN PULAU PINANG ???



Saya cabar Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) buat perhimpunan di Jambatan Pulau Pinang."Demikian cabaran Ahli Majlis Tertinggi UMNO,Dr. Mohd. Puad Zarkashi terhadap Bersih supaya menukar lokasi perhimpunan haram pada 9 Julai ini dari ibu kota ke Jambatan Pulau Pinang.

Menurutnya,cabaran itu dibuat ekoran sokongan Kerajaan DAP Pulau Pinang terhadap perhimpunan haram tersebut dan bagi membongkar tujuan sebenar perhimpunan berkenaan diadakan.

Beliau yakin penganjur tidak akan mengadakan perhimpunan haram itu di negeri-negeri yang diperintah pembangkang kerana mengetahui tindakan tersebut hanya akan menyusahkan rakyat dan bermotifkan kepentingan politik pihak tertentu.


"Oleh kerana kerajaan Pulau Pinang menyokong perhimpunan Bersih,saya minta kerajaan Pulau Pinang benarkan perhimpunan itu diadakan di Jambatan Pulau Pinang.Nak tengok dia susah ke tak susah,rakyat negeri Pulau Pinang susah ke tak susah,mengganggu pelabur asing ke tidak," katanya.

UTUSAN melaporkan Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan cek bantuan RM450,000 kepada 14 Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan sebuah SJK Tamil di kawasan Parlimen Batu Pahat.


Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata,sekiranya Bersih tidak mahu mengadakan perhimpunan di jambatan itu,beliau berharap ada pihak lain yang membuat perhimpunan di situ bagi membuktikan tindakan tersebut hanya akan menyusahkan rakyat.

"Buatlah perhimpunan menuntut supaya kerajaan Pulau Pinang memenuhi janjinya kepada rakyat yang selama ini dia berjanji banyak,tetapi tidak berbuat apa-apa," katanya.

Sementara itu,beliau menyatakan keyakinannya terhadap guru-guru di negara ini yang disifatkan telah cukup matang dan tidak akan terlibat dalam perhimpunan haram Bersih yang dirancang diadakan 9 Julai depan.


"Bagaimanapun,sekiranya ada yang terlibat, kita akan ambil tindakan terhadap mereka bergantung kepada jawatankuasa disiplin,sama ada amaran keras,tindakan tatatertib,digantung, digantung gaji dan sebagainya.Apa pun mereka tertakluk kepada tindakan polis dan kalau mereka dikenakan tindakan polis,mereka akan berdepan dengan kesan yang lebih berat," katanya.

No comments:

 
 
Blogger Templates