Social Icons

Pages

Monday, July 04, 2011

EKSKLUSIF !!! TITAH KHAS YDP AGONG BERKENAAN PERHIMPUNAN HARAM BERSIH !!!


Istana Negara malam Tadi mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini.

Kesimpulannya jika kita perhalusi maksud titah ini,ia menjelaskan bahawa YDP Agong tidak perkenankan pun himpunan haram BERSIH ini diadakan pada 9 Julai ini .

Kalau diadakan juga himpunan ini,bermakna Ambiga,Anwar,Mat Sabu sudah menderhaka kepada DYMM YDP Agong !!!

DAULAT TUANKU !!!

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul,kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

7 comments:

Anonymous said...

UMNO PUN KENA INGAT JUGA AMANAH MEMERINTAH..BUKAN MAIN SEMBERONO TANGKAP DAN BELASAH ORG JER!

DI THAILAND PARTI DEMOKRAT DAH TUMBANG...UMNO/BN AKAN TUMBANG JUGA PRU 13..

BYK NEGARA DAH TUKAR PARTI PEMERINTAH..MALAYA AKAN MNEYUSUL!! SIAP LA KO UMNO!!

SEMBAH JUNJUNG KASIH TUANKU..

Anonymous said...

Salam... Buat Anon July 4, 2011 12:21 AM dan rakannya yang lain... peribahasa Melayu telah tertulis... cakap siang pandang-pandang, cakap malam dengar-dengar.... saudara menunjing jari kapada UMNO/BN... ingatlah juga bahawa empat jari menghala ke saudara... Renung dan fikir2kanlah... UMNO/BN tidak sempurna... Kesempurnaan hanya milik Yang Maha Kuasa.... Wallahualam

Anonymous said...

(Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana)BACA DAN FAHAMI AYAT INI...kalau aku kata hampa bodoh nanti hampa marah..DAULAT TUANKU

Anonymous said...

awatlah banggan sgt puak al-juburi ni...selama ni kerajaan x pernah bg ker kpd rakayat???dah 50 tahun lebih...tgk apa jd kelantan...21 tahun..apa nik ajis bg..air longkang...

Jeepers Creepers said...

kebanyakkan komen anon yang kata sokong bersih sebenarnya bukanlah peduli pun pasal politik dan negara..dorang saja nak tumpang kecoh..

buang masa je layan.

Anonymous said...

daulat tuanku....muga allah bersama pehak yang benar.....maka alah juga berkuasa menurunkan bala bagi mereka yang tahu.tapi.buat2 tak tahuuuuuuu ...allahhuakbarrrrr

Unknown said...

<-- pakai profile sebenarlah.. baru cakap banyak.

DAULAT TUANKU!!! Aku bersyukur pada apa yang telah aku dapat. Alhamdulillah... dari aku lahir, kerajaan (BN) telah membantu untuk aku terus hidup. aku lahir di hospital kerajaan. aku sekolah di sekolah kerajaan. sekarang! aku stil belajar, dan aku telah di bantu oleh kerajaan! Aku bersyukur... Bersyukur sangat2...

p/s : itu baru bab pengajian je tu.. belum bab lain... XD

 
 
Blogger Templates