Social Icons

Pages

Sunday, July 03, 2011

DR CHANDRA MUZAFFAR MENCABAR ANWAR IBRAHIM ???




Profesor Dr. Chandra Muzaffar menegaskan Perhimpunan Bersih yang bakal diadakan 9 Julai ini adalah didalangi oleh Anwar Ibrahim yang dilakukan berasaskan tiga faktor.

Pertama, untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia bahawa sebahagian besar daripada rakyat, tidak bersetuju dengan pemerintah yang sedia ada.

Kedua, untuk menghantar mesej kepada kawan-kawannya di luar negara melalui media massa Barat bahawa negara ini tidak stabil.

Dan ketiga, sekiranya mampu untuk menumbangkan kerajaan yang sedia ada melalui satu demonstrasi secara besar-besaran seandainya demonstrasi itu tidak mampu dikawal oleh pihak kerajaan.

Dr Chandra,yang juga Presiden JUST (The International Movement for a Just World) berkata Anwar sejak dari dulu lagi hanya mempunyai dua kepakaran yang diistilahkan sebagai ‘Dua D’, iaitu Demonstrasi dan Demagogue (Pidatonya yang mempunyai kuasa rayuan penuh perasaan, emosi dan prasangka).

Kedua-dua kepakaran itu mempunyai kaitan rapat dengan demonstrasi.

Ikutilah wawancara AIDC dengan Dr Chandra, pada 30 Jun 2011, di Pejabat JUST, Petaling Jaya.


AIDC : Perhimpunan Bersih yang dijangka berlaku pada 9 Julai ini, adakah Prof melihat ini merupakan cubaan meniru apa yang berlaku di Timur Tengah ?

Prof. Dr Chandra Muzafar : Pada hemat saya, sekiranya ada pihak-pihak yang cuba mengaitkan apa yang dirancang di Malaysia, perhimpunan tanggal 9 Julai ini dengan kebangkitan Arab, mereka ini salah sama sekali.

Salah?

Salah sama sekali. Kita tidak boleh membuat perbandingan ini. Kita tidak boleh mengaitkan apa yang berlaku di negara kita dengan Asia Barat dan Afrika Utara. Begitu berbeza keadaannya.Negara-negara di Asia Barat ini semuanya negara dictatorial (pemerintahan diktator), sama ada dalam sistem Beraja ataupun Republik.Semua negara ini disokong oleh tentera. Dan kuasa mereka sebenarnya muncul daripada kuasa tentera.

Seperti Mesir, Tunisia..(pemerintahan) tentera. Dan sekiranya tentera memihak kepada rakyat, bermakna, satu peralihan kuasa yang aman akan berlaku. Sekiranya mereka tak memihak kepada rakyat, (maka) tercetus keganasan.Berlaku di Yemen, di Libya, sebenarnya, isu penting itu adalah tentera. Sikap tentera.

Seperti mana berlaku di Mesir, mereka mula-mulanya memihak kepada rakyat, kemudiannya (berpihak pula kepada) Hosni Mubarak. (Maka) Satu peralihan kuasa yang teratur berlaku.Tetapi sekiranya mereka (tentera) masih sokong pemimpin yang sedia ada, macam di Libya, Syria, Yemen dan sebagainya, (maka) tercetus lah keganasan dan Perang Saudara.Saya sebut benda-benda ini, supaya kita memahami bahawa keadaan kita di Malaysia, jauh berbeza.

Di Malaysia, selama 54 tahun ini, pemerintahan sivil, bukan pemerintahan tentera.(Tentera) tidak ada peranan langsung dari segi pemerintahan.Kita adalah satu-satunya negara, hanya segelintir negara-negara di dunia ini yang diperintah secara demokratik. Maksudnya, pemimpin-pemimpin itu dipilih oleh rakyat berdasarkan jadual tertentu dan tidak menyimpang daripada jadual itu.

Kita ikut jadual itu. Kalau kita kata dalam perlembagaan, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh tertentu, kita ikut.Sejak tahun 1957, tidak ada masalah di negara kita dalam soal-soal ini.Begitu juga yang kita angkat sebagai pemimpin, bukan dari tentera, (tapi) orang awam. Sistem pemerintahan awam, sivil.Pembangkang wujud dari saat lahirnya negara kita. Dalam Pilihan Raya Pertama (PRU 1) pada tahun 1959, dua negeri dikuasai pembangkang pada masa itu, Kelantan dan Terengganu.

Sepanjang pilihan raya diadakan, pembangkang menguasai sekurang-kurangnya 35 peratus daripada undi popular. Pilihan raya yang lalu, hampir-hampir 50 peratus.Jadi, kalau kita mahu buat perbandingan dengan Mesir. Oh, ini macam Mesir, tercetusnya kebangkitan rakyat dan sebagainya. Tidak ada makna langsung.Bermakna, bahawa pihak-pihak yang cuba melakukan benda-benda ini, mereka dengan sengaja tidak mahu menerima kenyataan.Mereka dengan sengaja tidak mahu memahami keadaan kita. Yang itu bahayanya.Yang kita sifatkan sebagai kebangkitan tulen itu, kita terima.Kebangkitan tulen di negara-negara Asia Barat, di Eropah Timur pada tahun 1879 dulu. Kebangkitan yang tulen kerana keadaan, kerana situasi, kerana cabaran yang mereka hadapi kerana sistem pemerintahan yang tidak adil, yang zalim, yang memusatkan kuasa pada segelintir manusia, (maka) rakyat bangkit.

Tetapi di Malaysia, keadannya jauh berbeza. Jauh berbeza. Ada demokrasi, ada pilihan raya dan sebagainya.Saya mengakui bahawa ada kelemahan dalam sistem kita. Itulah sebabnya, dari dulu saya mengatakan bahawa demokrasi kita ini, bukan demokrasi yang sempurna seratus peratus.Seperti mana juga dengan semua negara di dunia ini, ada kelemahan-kelemahan, kecacatan dan sebagainya.Tetapi, kita harus memperbaikinya melalui sistem demokrasi bukan melalui demonstrasi jalanraya. Kita memperbaiki kelemahan demokrasi kita itu melalui demokrasi, bukan melalui demonstrasi. Itu yang harus kita fahami.


Maksudnya ?

Sekiranya, mereka, Bersih, ikhlas, kenapa tidak dibangkitkan dalam Parlimen, kerana anggota Parlimen mereka begitu ramai.

Kenapa tidak ada ?.

Dalam bahasa Parlimen, private members bill, iaitu Rang Undang-undang yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen biasa.Sebahagian besar Rang Undang-undang dikemukakan oleh Menteri-menteri, tetapi mengikut prosedur Parlimen, Ahli-ahli Parlimen biasa sama ada Ahli Parlimen Backbenchers(penyokong) ataupun pembangkang.Mereka juga berhak untuk mengemukakan Rang Undang-undang. Kenapa mereka tidak kemukakan Rang Undang-undang tentang reformasi sistem pilihan raya?

Mungkin mereka sudah mengemukakan tetapi yang saya tahu mereka tidak pernah mengemukakan Rang Undang-undang itu. Maksud saya Ahli Parlimen pembangkang, termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kenapa beliau tidak membuat satu Rang Undang-undang yang lengkap tentang semua isu-isu ini. Tentang undian pos, tentang penggunaan dakwat. Bangkitkan semua. Bagi hujah-hujah di Parlimen. Dapat sokongan semua Ahli Parlimen. Kenapa beliau tidak lakukan ini? Tiba-tiba beliau mahu buat demonstrasi.

Bermakna,saya menganggap perkara ini sebagai hanya satu taktik. Bukan kerana mahu benar-benar memperjuangkan kepada perubahan sistem pilihan raya kita.Maksudnya, demonstrasi itu lebih penting daripada reformasi memperjuangkan perubahan sistem pilihan raya?Ia betul. Itu agenda sebenarnya.Beliau mahu menimbulkan huru-hara ini atas sekurang-kurangnya tiga sebab.

Pertama, kerana beliau mahu menyampaikan mesej kepada rakyat Malaysia bahawa sebahagian besar daripada rakyat, tidak setuju dengan pemerintah yang sedia ada.Mahu memberi gambaran bahawa rakyat membenci kepada pemerintah dan perlukan perubahan dalam pilihan raya dan sebagainya.Mahu menimbulkan perasaan benci kepada pemerintah melalui demonstrasi, kerana beliau pernah menggunakan kaedah yang sama pada tahun 2007 sebagai benchmark

Pada tahun 2007, pada bulan November, bulan yang sama, diadakan dua demonstrasi besar.

Satu, pada tanggal 10 November 2007, perhimpunan Bersih. Dan satu lagi pada tanggal 25 November, Hindraf. Dua-dua beliau yang rancang. Kita tahu.

Siapakah beliau ?

Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang merancang. Kedua-dua ini, beliau yang merancang untuk menimbulkan suasana ini.Dan, empat bulan selepas itu, Perdana Menteri mengadakan pilihan raya. Tentunya ada kesan daripada demonstrasi ini.Rakyat fikir, kerajaan ini, memang tidak betul, ada banyak kekhilafan, kita harus ubah dan sebagainya. Ini adalah satu daripada strateginya.Yang kedua, pada hemat saya, beliau mahu mengadakan demonstrasi ini untuk menghantar mesej kepada kawan-kawannya di luar negara.

Kawan-kawan beliau di luar negara?

Hubungannya dengan kawan-kawan di luar negara. Kawan-kawannya di Amerika Syarikat, di Britain dan sebagainya.Beliau mahu menyampaikan mesej ini bahawa Malaysia juga memerlukan perubahan sepertimana di tempat-tempat yang lain.Mesej itu akan disampaikan kepada media Barat. Kawan-kawan politiknya di Barat. Media-media Barat, sudah tentu akan memberi liputan yang luas dalam media mereka tentang apa yang berlaku di Malaysia.

Beliau mahu menyampaikan mesej bahawa negara ini tidak stabil. Negara ini banyak masalah. Pilihan rayanya pun tidak betul.Dan pada masa yang sama, beliau menyampaikan mesej tersirat, sekiranya beliau kalah dalam pilihan raya, ini disebabkan sistem pilihan raya di sini, tidak adil.Sekiranya beliau kalah, sistem pilihan raya itu tidak adil. Sebab itu beliau kalah. Bukan kerana apa, rakyat memang sokong beliau.

Apa buktinya? Buktinya, beratus-ratus..ribu-ribu rakyat berhimpun menyokongnya tapi beliau kalah. Macam mana beliau boleh kalah? Kerana sistem pilihan raya ini tidak betul, tempang.

Ini mesej yang beliau mahu hantar bahawa sistem pilihan raya tidak betul sekiranya beliau kalah, walaupun sokongannya hebat.Yang ketiga, mungkin harapannya, sekiranya beliau dapat membuat satu demonstrasi secara besar-besaran dan kerajaan tidak dapat kawal keadaan ini, akhirnya kerajaan akan tumbang.Ini harapannya, bahawa beliau dapat jatuhkan kerajaan.

Datuk Seri Anwar menafikan beliau terlibat dalam demonstrasi Bersih 2.0. Katanya Dato’ Ambiga dan bersama NGO-NGOnya yang mengendalikannya ?

Kalau kita tengok keahlian Bersih di laman webnya. Yang paling penting dari segi keanggotaannya ialah parti-parti politik. Yang disenaraikan parti-parti politik, lepas itu, beberapa NGO.Bermakna, parti-parti politik yang memimpin Bersih ini. Itulah sebabnya media kita pun kurang tepat dalam buat laporan. Mereka memberi gambaran yang Bersih ini lain dan parti-parti politik itu pula lain.

Tidak. Tidak. Parti-parti politik pembangkang itu adalah sebahagian daripada Bersih.

Itulah sebabnya, dua pemimpin utama Bersih, selain daripada Dato’ Ambiga Sreenevasan yang mewakili NGO, seorang lagi adalah Mohamad Sabu yang mewakili parti politik. Bermakna, NGO itu terdiri daripada dua-dua ini.Mohamad Sabu, kita ketahui bahawa beliau memang orang Anwar. Dan Ambiga ini pun.. hari itu beliau (Anwar) dalam ucapannya, beliau boleh telefon…

Boleh telefon terus..boleh batalkan terus…


Boleh batalkan terus. Kita tahu yang beliau pemimpin de facto pergerakan Bersih ini tentang kebangkitan rakyat.Saya pernah mengatakan secara terbuka bahawa Anwar pakar dalam dua bidang.

Pertama, demonstrasi. Dari dulu lagi, beliau memang pakar demonstrasi. Kedua, pakar pakar dalam demagogue(kuasa rayuan penuh perasaan, emosi dan prasangka), yang pandai berpidato.Dalam bahasa Inggeris, saya kata, ‘Two D’..’Dua D’, D..demonstrasi, D.. Demagogue. Beliau pakar demonstrasi dan demagogue. Dua ini sahaja, kepakarannya.

Selain daripada itu, kalau kita tengok beliau sebagai Menteri, Timbalan Perdana Menteri, yang dulunya dalam kerajaan selamanya 16 tahun, apa pencapaiannya ?

Semasa jadi Menteri Pertanian, apa ideanya memajukan bidang pertanian di negara ini ? Sebagai Menteri Kewangan, beliau merosakkan ekonomi negara.Pencapaiannya hanya dua perkara itu.. Dua D.

Prof. mengatakan pada tahun 2007, demonstrasi Hindraf dan Bersih, di belakangnya adalah Anwar ?

Betul.

Mungkin sebelum ini, rakyat tidak melihat Anwar berada di belakang Bersih dan Hindraf ?

Iya. Mungkin tidak begitu jelas pada tahun 2007. Tapi sekarang, saya fikir lebih jelas. Orang tahu bahawa beliau yang merancang semua ini.Selepas Peristiwa 16 September, orang tahu bahawa beliau mempunyai cita-cita..

Agendanya ?

Agendanya, cita-citanya. Bagi Anwar tidak ada matlamatnya yang lebih penting, iaitu mahu mencapai kuasa, mahu menjadi Perdana Menteri (PM).

Walau macam mana cara sekali pun?

Iya. Baginya, macam orang selalu katalah, ‘matlamat menghalalkan cara’.

6 comments:

hafiz said...

Bentuk Video takde ke bro?

Anonymous said...

sampah

Anonymous said...

NAK KATA PUAK2 UMNO NI BODOH KORANG MARAH...

AKU PASTI KORANG MESTI DAH TAU DAN DAH BACA APA TUNTUTAN BERSIH TU SATU PERSATU...

SILA TUNJUKKAN MANA SATU TUNTUTAN BERSIH TU NAK GULINGKAN KERAJAAN? MANA? SILA TUNJUKKAN...

APA PUNYA BENGONG LA UMNO NIH!!

POLIS NAK JAGA KETENTERAMAN AWAM KER ATAU NAK JAGA UMNO?

JIJIK BETUL LA PERANGAI UMNO!!!

pemerhati said...

woi anon..aku kata kau bodoh kau terlebih marah nanti..tapi masalah nya sapa ambiga tu? tu kan peguam penyokong murtad dan pembuat tuntutan IFC. sapa pulak yg taja bersih tu?

mahaguru58.blogspot.com/2011/06/malaysiakini-suaram-iri-dan-ndi.html

kalau setakat nak buat tuntutan kenapa x hantar wakil 2,3 orang terus pergi hantar tuntutan korang tu? kenapa harus berdemo? ye lah mula2 kata itu ini nanti dah demo betul2 lain jadi nya. sendiri bebal tak mau mengaku lepas tu marah org lain pulak.

sapa yg jijik? tak ke korang yg terang2 menyokong pejuang IFC di malaysia dan pejuang murtad tu?

Anonymous said...

Kepada Anonymous 8:22PM
Kalau Aku kata hang ni bangang memang pun bangang, x baca ke agenda Anwar mcm Dr C. Mudzaffar cerita di atas takan nk bagitahu nk guling kerajaan secara terang2 bodoooooooooh.

Anonymous said...

Kapada Anon 8.22 PM.

Kau nie betul2 lah busibat ...yang tak kenal diri lagi tak kenal dek untong.Orang kalau nak buat perkara yang tak baik...mesti lah beri macam2 alasan...macam si An_War tu. Nampak ny kau pun sama macam si An_War..otak di tutop rapi dan di letakkan di atas lutut...sebab itu tak leb berfikir langsung.

 
 
Blogger Templates