Social Icons

Pages

Friday, July 01, 2011

SAH !!! AMBIGA ADALAH ALAT UNTUK ANWAR IBRAHIM !!!



Benarkah perhimpunan haram anjuran kumpulan pengacau yang dijadualkan berlangsung pada 9 Julai ini bukan perhimpunan politik ???

Jika bukan,kenapakah wujud begitu banyak pemimpin Pembangkang dalam barisan jawatankuasa penganjurnya dan kenapakah pula parti terbabit begitu bersungguh-sungguh mengerahkan anggota dan penyokong masing-masing supaya turun ke jalan raya pada hari berkenaan ???

Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim dilaporkan memberitahu anggotanya bahawa beliau akan meminta bekas presiden Majlis Peguam,yang juga pengerusi jawatankuasa penganjur perhimpunan haram itu,Ambiga membatalkannya jika kerajaan bersetuju memenuhi tuntutan kumpulan pengacau berkenaan.Bagaimanapun,pada hari berikutnya,apabila Ambiga dilaporkan berkata beliau tidak akan mempedulikan kenyataannya itu,Anwar mendakwa beliau telah disalah petik oleh media berhubung perkara tersebut.

Penganalisis politik Dr Sivamurugan Pandian berkata berikutan episod itu,mungkin sesetengah pihak beranggapan bahawa Anwar tidak mempunyai kuasa untuk mengawal keadaan, tetapi ada pula kelompok yang melihatnya sebagai suatu cubaan oleh kedua-dua pihak untuk mengawal kerosakan bagi mengelak orang ramai daripada mengubah pandangan mereka terhadap peranan tersembunyi yang dimainkan oleh PKR.


“Bagaimanapun, hakikat yang tidak boleh diubah ialah Anwar telah membayangkan kepada media yang beliau boleh meminta Ambiga membatalkan rancangan untuk mengadakan perhimpunan haram itu sekiranya Barisan Nasional (BN) bersetuju mengadakan pilihan raya secara bebas dan adil.Ini sudah pasti menimbulkan keraguan tentang dakwaan pengerusi jawatankuasa penganjur perhimpunan itu bahawa ia bukan perhimpunan bersifat politik,tetapi semata-mata diadakan untuk memaksa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengadakan pilihan raya secara bebas dan adil,” katanya.

Pensyarah di Universiti Sains Malaysia itu berkata perhimpunan haram berkenaan, kali kedua diadakan selepas perhimpunan pertama anjuran pihak yang menggelarkan diri mereka Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 2007,merupakan tindakan populis yang berasaskan politik.

“Walaupun pengerusinya adalah bekas presiden Majlis Peguam, tapi mereka yang membarisinya diketahui umum mempunyai kaitan dengn parti politik, terutama parti pembangkang. Mereka terkenal kerana gemar menimbulkan isu melalui pendekatan populis untuk mempersoalkan tentang hak serta kebebasan, tetapi akhirnya menyalahkan pihak lain, dalam dalam kes ini, SPR,” katanya.

Beliau berkata orang ramai sudah mula mempersoalkan motif perhimpunan haram itu dirancang dan mereka juga akan memerhati siapa yang akan menyertainya.


“Ia berbeza dengan Hindraf kerana perhimpunan yang diadakan pergerakan itu pada 2007 hanya melibatkan satu kumpulan. Tapi, perhimpunan yang akan diadakan ini dirancang supaya melibatkan pelbagai kaum dan sudah tentu ia akan memberi isyarat berbeza. Oleh itu, bagaimana kerajaan bertindak dan memberi reaksi terhadapnya amat penting kepada majoriti rakyat,” kata beliau.

Ketua Biro Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Gerakan Pulau Pinang Baljit Singh berkata perkara yang menarik untuk dilihat ialah siapakah yang akan mengiringi Ambiga apabila beliau menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong kelak.

“Adakah pemimpin Bersih atau ahli politik yang akan mengiringi beliau?” tanya Baljit.

Beliau berkata kenyataan Anwar bahawa “beliau boleh berbincang mengenainya” memberi tanggapan kepada orang ramai bahawa pakatan pembangkang yang terdiri daripada PKR, DAP dan PAS mempunyai pengaruh besar terhadap bekas presiden Majlis Peguam itu.Malah, Makkal Sakti, yang anggotanya mengambil bahagian dalam perhimpunan haram Hindraf pada 2007 dan cuba melancarkan kempen membantah novel Interlok pada awal tahun ini, tidak berupaya mempengaruh orang ramai supaya berhimpun di jalan raya untuk mengadakan tunjuk perasaan.

“Memang tidak masuk akal lah jika dikatakan Pakatan tidak berada di belakang perhimpunan haram ini,” kata pemimpin akar umbi Hindraf yang tidak mahu dikenali.


Beliau berkata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu memberi jaminan bahawa kira-kira 100,000 anggota dan penyokong parti itu akan menyertai perhimpunan haram berkenaan, yang beliau sifatkan sebagai “Berjalan Untuk Demokrasi”,manakala presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula meminta semua anggota PAS (berjumlah kira-kira sejuta orang) supaya menyertainya.Parti pembangkang lain seperti DAP dan PKR juga berikrar akan menyokong perhimpunan haram itu.

“Ini dengan jelas menunjukkan bahawa ia adalah perhimpunan Pakatan. Perlu diingat bahawa secara peribadi, Ambiga tidak akan berupaya mempengaruhi walaupun 10 orang untuk menyertai perhimpunan itu, jika bukan kerana peranan Pakatan,” katanya.

Pemimpin Hindraf P. Uthayakumar dilaporkan berkata anggota pertubuhan itu tidak akan menyertainya kerana gabungan parti pembangkang yang menggelarkan diri mereka sebagai “Pakatan Rakyat” tidak memberi sokongan terhadap tuntutan 18 perkara mereka pada 2007.Uthayakumar,yang pernah ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), berkata suatu ketika dulu, pergerakan itu menyokong Pakatan kerana ia tidak mempunyai pilihan daripada segi politik,tetapi selepas Pilihan Raya Umum 2008,keadaan menjadi semakin jelas bahawa gabungan parti pembangkang itu hanya mahukan undi kaum India dan tidak berminat untuk memperjuangkan nasib mereka.

Dalam temu bual dengan BERNAMA,Anggota Parlimen Wangsa Maju peguam Wee Choo Keong berkata Ambiga sepatutnya menyertai parti politik untuk memperjuangkan perkara berkaitan politik dan tidak berselindung di sebalik pertubuhan bukan kerajaan.Katanya penegasan Ambiga bahawa perhimpunan haram itu akan tetap diadakan di jalan raya dan bukan di tempat tertutup seperti stadium, yang lebih selamat, menimbulkan tanggapan bahawa perhimpunan itu memang didalangi parti pembangkang dengan tujuan untuk mencari momentum politik.

Sebagai contoh,kata Wee,pada 2009,ketika menjadi presiden Majlis Peguam,Ambiga mengadakan jamuan malam untuk anggota majlis itu di hotel JW Marriot dengan mengundang beberapa ahli politik terpilih,khususnya daripada pembangkang.

“Selepas itu, pendedahan dibuat bahawa kerajaan Barisan Nasional di bawah pimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi membelanjakan RM90,000 untuk majlis itu.Kenapa mengadakan majlis itu atas nama Majlis Peguam,tanpa mengumumkan bahawa ia ditaja oleh kerajaan,” soal Wee.

20 comments:

Anonymous said...

MAKIN LAMA UMNO MAKIN TERKULAT2...UGUT, TANGKAP, KUTUK TAK JALAN...

BERSIH INIKAN TUJUANYA SUDAH NYATA DAN JELAS...BUKAN NAK BERPERANG, TAPI UMNO/POLIS LAYAN MACAM NAK BERPERANG...

UMNO YG TAK KERUAN DAN TAKUT AKAN KEBANGKITAN RAKYAT...

AYUH...TIADA JALAN LAIN KECUALI KITA TOLAK UMNO/BN SEPENUHNYA PRU 13..SEBAB MEREKA BEBAL!!!

Anonymous said...

orang melayu yang pergi demo bersih adalah pengkhianat BANGSA mereka2 inilah patut dibersihkan. jangan takut pancut aja dengan air pada meka semoa

Anonymous said...

Penyokong Parti Ajaran Sesat yang kasi komen tu, aku mau tanya satu soalan,

kalau hang nak sgt tolak UMNO, tolak BN, pada sapa pulak hang harap jadi PM?
1) Si peliwat/kaki seks tu kah?
2) Si khalwat bilik 121 tu kah?
3) Si haji besi yang bebal tu kah?
4) Si Guan Eng komunis tu kah?
5) Si karpal singh langkah mayat ku dulu tu kah?

Aku mau jawapannya...sila kan

Anonymous said...

11:20

MUDAH JER JAWAPAN TU BRO!

ANTARA KELIMA2 ITU SEMUANYA BOLEH JD PM, ASALKAN JGN UMNO/BN LAGI...

TAK GUNA PM MELAYU UMNO JIKA BERPERANGAI MRK LBH BURUK DR YAHUDI.

TokAyah said...

Anon 10.10 KEBANGKITAN RAKYAT? kepala otak hang. Rakyat yang mana? Hentikan menjadi tunggangan Kafir Harbi. Kalau inginkan seorang ayah kehilangan seorang anak lelaki, seorang anak kehilangan ayah menjadi piatu, atau seorang isteri menjadi janda kerana kehilangan suami. Silakan kamu berada di barisan hadapan. Kami akan berjumpa dengan PENGKHIANAT yang cuba menunjukkan kekuatan dan kononnya mewakili suara majoriti rakyat.

Anonymous said...

ALLAH lagi benci orang MUNAFIK, diakhirat kelak mereka dihumban kedalam neraka yg paling bawah sekali

Anonymous said...

To Anon 11.28 PM.
Lu jangan main sembur saja. Gua ingat lu cakap tak pakai otak. Lu cakap sedap mulut.Lu punya mulut banyak bacin. Otak lu talok mana....talok itu lotot meh???
Bodok punya olang.

Anonymous said...

sesiapa yang menyertai perhimpunan Bersih tidak lebih seperti menangguk di air yang keruh..nik aziz jadi MB Kelantan 21 tahun, UMNO tak pernah pun pergi berarak jumpa Sultan Kelantan kata p/raya tak adil.

Anonymous said...

10.10 memang di pun penganut sama ambiga paria tu...

Anonymous said...

Lahir doktor kerajaan
Dalam Pantang bidan kerajaan
Bayi Klinik kerajaan
Tadika kerajaan
Sek Kebangsaan kerajaan
Sek Menengah kerajaan
Universiti Kerajaan
Kawin Jurunikah kerajaan
Lahir Anak doktor kerajaan
Syukur Alhamdulillah
Tiada Masalah
Terima Kasih Kerajaan BN

Anonymous said...

melayu yang menyertai perhimpunan "bersih" tapi kotor dan menjijikkan itu adalah melayu yang hilang arah dan lupa jati diri bangsa serta hina. mereka yang tak pernah melalui zaman darurat dan tragedi 13 mei mmg tak tahu betapa hina dan peritnya bangsa melayu diperlakukan waktu itu. sedarlah tak ada bangsa lain di dunia ini yang berjuang utk melindungi bangsa lain - tgk saja di singapura, di thailand, di filipina, di kemboja, di bosnia, di australia, di new zealad, di amerika syarikat dan byk lagi tmpat lain, apa jadi kepada pribumi tempat tersebut. sedarlah ... kewujudan dan penerusan bangsa dan budaya melayu islam hanya terletak di tangan orang melayu.

Anonymous said...

EKKK ELEHHH....TOLAK UMNO SGT LAA TUU...PUKIMAK HARAM PUNYA MELAYU XTAU TUAH D NEGARA SENDIRI...NAK JUAL MARUAH DAN SANGGUP D KUDA KAN BANGSA LAIN....MMG PERANGAI MELAYU MALAS LAA TUU...ORG SENDIRI...SEMUA X KENA....KALO YG LAKNAT2 BANGSA TUU SEMUA SETUJU JERR....SIAL PUNYA BANGSA....BUANG IC LAA...PEGI TGK...KEJA NGAN LAKNAT2 BANGSA LAIN TUU...TGK MACAM MANA...INII SEMUA MELAYU YG TAHI KUCHING...KEPADA PELAKNAT BANGSA MELAYU...PUNAIII KAMU LERR....

Anonymous said...

4:18

sapa yg jual maruah bangsa?

najib dah jual Tanjung Pagar KTM kat singapura.

Pak Lah dah bagi Batu Putih kat Singapura.

Najib dah bagi blok minyak M di perairan Sarawak bernilai RM 300 Bilion kat Brunei.

Johor pun tak mampu nak sekat jet2 perang Singapura ceroboh setiap hari..

Najib sekat royalti petronas kelantan..padahal kelantan 100% melayu bumi

Wilayah Iskandar Johor hampir semua dimonopoli olh org Singapura.

Pemandu kenderaan dari Singapura yg ada kesalahan jln raya tak tangkap pun bila berada di malaysia..tetapi rakyat sendiri dikejar dgn saman ekor dan saman trafik...

aduhaiii....jijiknya perangai umno si pengkhianat bangsa!!!

Anonymous said...

oit..bila masa pulak Pak Lah bagi Pulau Batu Putih kat Singapore?? lain kali fahamla macam mana kes tu..kes tu di bawa ke ICJ untuk timbang tara..dah keputusan ICJ yang memihak kepada Singapore berdasarkan kepada satu surat yang ditandatangani oleh seorang pembesar Johor (sila rujuk kembali keputusan kes).

Anonymous said...

Setuju dengan Anon 6.39pm...Orang-orang AlJuburi semua tak da baca punya orang...Dah kena air kencing ALJuburi

Jebon said...

Dah puas minum kencing Al Juburi dan ajaran sesat Parti Angkatan Syaitan (PAS) tu pasal bodoh mangkok ayun tu. Ilmu pengetahuan cetek tapi masih berhasrat nak keluarkan pendapat yang bodoh tanpa fakta. Nasib lu le Bro!!! kerana dilahirkan didunia ini sebagai keturunan yang bodoh dan tolol.

Anonymous said...

9;26

LU CAKAP PUN SEROPA SEBIJI MACAM ORG BODOH LA BRO..MERAPU2 MARAH2...TAK DE FAKTA..

CAKAP KO TU ANGIN JER...KOSONG!

ORG UMNO PUN BINGAI GAK MCM LEMBU..

MEMERINTAH LAMA DAH...TAPI BANGSA SENDIRI PUN TUNGGANG LANGGANG!!! SEBAB APA? SEBAB PEMIMPIN UMNO KUAT MENTEDARAH RASUAH, SAMA LA DGN KO!!! TAK CAYA CUBA TENGOK KES TOYO...INI PUN NASIB BAIK TUHAN NAK TUNJUK KESETANAN DIA, DGN DIA JATUH, RUPANYA DLM SENYAP HABIS DIA SONGLAP...INI KEJE DIA ROPANYA...SAMA LA DGN PEMIMPIN UMNO/BN LAIN..KAKI SONGLAP, SEBAB TU TAKUT JATUH...KALU JATUH, PASTI TERNGANGA MULUT RAKYAT TENGOK RASUAH DAN SALAH GUNA KUASA..SAMPAI 10 KETURUNAN PUN MAKAN TAK ABIS!!!

TU LA DIA RUPANYA PEMIMPIN AGONG UMNO....

TAHI UMNO!!!

arE-chIX said...

huh,marah kt kerajaan,tp keja under kerajaan gk..mrah kt kerajaan,tp antar anak2 sekolah kerajaan jugak....marah keraajan,bila sakit pegi hospital kerajaan jugak...ckp kerajaan itu kerajaan ini,kerajaan telan duit rakyat,cakap ekot sedap mulut je...hidup susah sngat da ke??da kebuluran sangat ha?sempoit sangat hidup tu?da jd pengemis da ke?sengal tol r...

Anonymous said...

KALU UMNO/BN TUMBANG PUN KERAJAAN TETAP ADA JUGAK...NAMANYA KERAJAAN BARU PULAK, KERAJAAN RAKYAT PAKATAN RAKYAT...

KITA BUKAN LAWAN KERAJAAN TP LAWN UMNO/BN...BODOH!

UMNO KE YG BAGI DUIT, KEMUDAHAN YG KO SEBUT TU...ITU SEMUA DUIT CUKAI RAKYAT DAN HASIL BUMI...

DUIT DAN HARTA NI LA YG UMNO ROMPAK...BODO!

Anonymous said...

pehal aku tgk dlm poster byk tua bangka berserban n berkopiah..? Mne DAP n yg lelain.. aku tgk penyokong PAS je yg excited.. malu plak aku tgk tua bangka berserban/kopiah terjerit terlalak kat perhimpunan tu nanti.. sial bodoh jadi kalo dh kne rasuk ngan ilmu hitam PAS.... YG berserban, yg berjubah, yg bertudung labuh la yg paling excited kalo bnde cmni.. korang memalikan agama sendiri..

 
 
Blogger Templates