Social Icons

Pages

Friday, July 01, 2011

PEJABAT UMNO DISIMBAH CAT KERANA BERSIH ???


Dua pejabat Umno bahagian Cheras dan Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur telah disimbah dengan cat kuning dan dilempar dengan beberapa ekor ayam mati.

Dalam blog Umnobahagiancheras.blogpsot,ketua bahagiannya,Datuk Syed Ali Al-Habshee dipetik berkata kejadian tersebut disedari kakitangan pejabat itu pada jam 8 pagi.Menurutnya, beliau kesal dengan kejadian tersebut dan mendakwa perbuatan "jahat" itu berunsur provokasi menjelang perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini.


Dalam blog itu juga,Datuk Syed Ali Al-Habshee mendakwa tujuan membaling ayam dan menyimbah cat untuk membangkitkan kemarahan orang Melayu dan seterusnya akan berlaku pertelingkahan antara kaum khususnya di Kuala Lumpur.Sehubungan itu,Datuk Syed Ali Al-Habshee menasihatkan ahli akar umbi supaya tidak melatah kerana perbuatan itu bertujuan merosakkan perpaduan kaum dan menjejaskan keamanan negara.Beliau menyifatkan insiden tersebut sesuatu yang serius dan meminta polis segera menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terbabit.


Sementara itu, menurut blog riziqin.blogspot.com,Pemuda Umno bahagian Bandar Tun Razak membuat laporan di Balai Polis Salak Selatan berhubung kejadian yang sama ke atas pejabat bahagian itu.Dalam perkembangan berkaitan,Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) mengutuk perbuatan pihak yang tidak bertanggungjawab menyimbah cat dan membaling ayam yang disembelih di kedua-dua bangunan itu.Dalam kenyataan media,ketua pemudanya,Kamaruzaman Mohamad berkata perbuatan tersebut jelas bertentangan dengan Islam.


Minggu lalu,kejadian yang hampir sama berlaku di Kangar,Perlis apabila berlakunya insiden cat hijau disembur pada sebuah kereta dan dinding bangunan,antaranya mengajak orang ramai turun menyertai perhimpunan BERSIH.Sehubungan itu, Pemuda Pakatan Rakyat negeri membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

LEPAS NI MESTI PAKATAN KATA SEMUA NYA UMNO BUAT !!!

DAH TAHU SEMUA TU !!!

KALAU KALAH SEMUA SALAH SPR !!!

KALAU MENANG DIAM PULAK !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates