Social Icons

Pages

Monday, April 04, 2011

AHLI PAS MENGAKU MENGKAFIRKAN UMNO !!!



akhirnya salah seorang bekas Ahli Pas telah mengaku bahawa PAS sudah tersasar jauh dan Pengikut Pas yang taksub dengan perjuangan parti PAS juga pernah memulaukan imam UMNO dan menganggap sembahyang tidak sah sekiranya berimamkan mereka.apa benda ni??? adakah orang PAS yang menentukan Dosa dan pahala ???

UTUSAN melaporkan Aziz Jusoh mendakwa,ada di kalangan ahli Pas menganggap perkahwinan yang dinikahkan oleh jurunikah UMNO juga tidak sah dan perlu dinikahkan semula.

"Malah,sembelihan orang UMNO juga tidak boleh dimakan sebagaimana yang disebarkan menerusi ceramah Pas pada waktu itu dan ia menjadi ikutan sebilangan besar umat Islam yang taksub termasuk saya sendiri.Pada fahaman saya, penceramah Pas pada waktu itu memang mengkafirkan orang-orang UMNO," dakwanya.

Aziz membuat pendedahan tersebut pada Majlis Selamat Tinggal Pas di Kampung Gong Tinggi malam tadi yang turut dihadiri Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri,Datuk Dr. Awang Adek Hussin dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh,Zawawi Othman.

Aziz mendakwa,akibat terlalu taksub dengan fahaman Pas dia tidak pernah menunaikan solat Jumaat dalam mukimnya jika imam pada hari itu adalah penyokong UMNO dan sanggup ke masjid lain yang dikenal pasti diimamkan oleh penyokong kuat Pas atau solat di rumah berimamkan siaran langsung di radio.

"Semua ini dilakukan kerana terlalu setia kepada perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam dan menjanjikan syurga kepada penyokongnya.Kini saya sedar perbuatan itu adalah salah dan menyimpang daripada ajaran Islam sebenar. Saya sudah bertaubat dan meminta ianya tidak menjadi ikutan orang lain terutama penyokong Pas yang masih taksub terhadap parti itu," akuinya.

Aziz mendakwa,fahaman yang disebarkan oleh penceramah Pas lazimnya menjadi amalan penyokong akar umbi yang kurang mendalam ilmu agama mereka sehingga sanggup melakukan apa sahaja walaupun ianya bertentangan dengan ajaran Islam sebenar.

"Mereka (penceramah Pas) tidak boleh menafikan perkara ini kerana saya adalah salah seorang penyokong yang taksub dan berbuat demikian semata-mata kerana terlalu setia terhadap perjuangan parti itu sebelum ini," dakwanya.

INI KER FAHAMAN PAS SAMPAI SANGGUP MELAKUKAN APA SAHAJA DAN BERKENAAN DOSA PAHALA BOLEH PULA DI NILAI OLEH ORANG PAS SENDIRI

ALLAH SAHAJA YANG TAHU KITA BERDOSA ATAU TIDAK BUKANNYA PENGANUT PAS

3 comments:

Anonymous said...

betui tu hanya Allah lebih mengetahui..tidak sedar kah..kite boleh terjurus ke arah dosa yg x diampunkan iaitu dosa syirik....sedar lah semua hanya dgn rahmat Allah sahaja menentukan kehidupan dunia dan akhirat...-annum

Anonymous said...

saya kesian dengan penceramah ini. peristiwa yang disebutkan tak silam sekitar tahun 86. begitu lamanya tuan penceramah menjadi jahil murakap ( belajar ilmu dengan ikut-ikutan)sehingga tidak tahu mana salah mana benar. mungkin sekarang ini tuan sudah berguru dan dapat mengenal pasti "kesesatan pas?"tuan kalau sudah pasti berikanlah dalil nakli dan akli yang menyebabkan tuan sudah "bertaubat" agar orang lain tidak turut sesat

Anonymous said...

senang- senang mengkafirkan orang lain,apakah kita mengistiharkan hanya kumpulan kita sahaja yang islam? inilah yang telah terjadi di setengah setengah negara Arab dan di pakistan, yang mana islam telah berbunuhan sesama seagama,ambil iktibar lah.. jangan sampai ia nya terjadi di sini.

 
 
Blogger Templates