Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata penduduk Sarawak akan mempunyai masa depan yang lebih baik di bawah kepimpinan Barisan Nasional (BN), iaitu sebuah kerajaan yang mempunyai masa depan dan matlamat yang jelas.
"Anda mempunyai masa depan yang cerah, jangan biarkan ia berlalu pergi. Kami telah pun merangka masa depan bagi tempoh 10 tahun akan datang, satu rangka tindakan menyeluruh ke arah mencapai Wawasan 2020," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat.
BERNAMA melaporkan Beliau menasihati penduduk Miri agar tidak terburu-buru,sebaliknya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada BN.
"Kami mahu sebuah kerajaan lebih kuat yang diwakili oleh semua kaum di Sarawak agar kita dapat bekerja bersama-sama demi masa depan Sarawak," katanya pada majlis itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan dan Menteri Air, Tenaga dan Teknologi Hijau Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Turut hadir ialah calon BN,Datuk Lee Kim Shin bagi kerusi DUN Senadin, Andy Chia (DUN Pujut), Rosey Yunus (DUN Bekenu) dan Ripin Lamat (DUN Lambir).Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberi jaminan kepada rakyat bahawa peralihan kuasa di Sarawak akan berlaku dan ia akan dilaksanakan dengan cara yang baik memandangkan pemimpin negeri ini telah mengumumkan rancangan untuk melepaskan jawatan apabila tiba masanya.
"beliau (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) perlu menyediakan pemimpin pelapis seterusnya untuk mengambil alih kepimpinan dalam memastikan kestabilan yang berterusan di negeri ini.Saya boleh beri jaminan ia akan berlaku. Ia akan berlaku. Jangan jadikan ini isu," tegas Perdana Menteri.
Beliau berkata kerajaan persekutuan akan turut membantu dan memberi sokongan kepada penduduk Sarawak dalam membuat persiapan ke arah masa depan mereka.Perdana Menteri menegaskan tiada kerajaan alternatif yang lebih baik daripada BN dan menurutnya pertumbuhan ekonomi dan keyakinan pelabur dan pihak luar terhadap Malaysia adalah bukti bahawa Malaysia di bawah BN mempunyai masa depan baik.
Katanya beberapa pilihan raya kecil yang diadakan di seluruh negara baru-baru ini yang memberikan kemenangan besar kepada BN juga membuktikan sokongan sudah kembali kepada BN.Oleh yang demikian beliau menggesa rakyat Sarawak untuk bekerjasama dan berganding bahu dan berada dalam kerajaan untuk menggerakkan Sarawak khususnya dan negara amnya ke tahap kemajuan lebih tinggi.Beliau juga yakin rakyat di negeri ini akan mendapat banyak faedah apabila Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) dilaksanakan sepenuhnya.
Datuk Seri Najib Tun Razak turut membidas DAP yang telah melabelkan pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebagai "Orang Utan",menyatakan mereka kejam dan tidak seperti pemimpin SUPP yang bersifat budiman dan berpengalaman dalam berkhidmat kepada rakyat.
Mengenai pemimpin pembangkang Anwar Ibrahim,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Anwar telah kehilangan kewibawaannya,meskipun dalam kalangan sekutunya sendiri.Beliau berkata rancangan Anwar untuk mengambil alih kerajaan pada 16 Sept, 2008 adalah pembohongan paling besar yang dilakukannya dalam abad ini.
SILA LIHAT GAMBAR DI BAWAH
SIAPA LAGI LAMA ???
NEGERI MANA LEBIH MAJU ???
MANA JANJI PAKATAN YANG DULU KONONNYA DALAM 100 HARI BUAT MACAM-MACAM KALAU MENANG MASA PRU 2008 ???
SEKARANG NAK TABUR MACAM-MACAM JANJI PULA DI SARAWAK !!!
KALAU TIADA BUKTI DI BAWAH NEGERI PAKATAN TAK PERLU JANJI MACAM-MACAM !!!
"Anda mempunyai masa depan yang cerah, jangan biarkan ia berlalu pergi. Kami telah pun merangka masa depan bagi tempoh 10 tahun akan datang, satu rangka tindakan menyeluruh ke arah mencapai Wawasan 2020," katanya pada majlis pemimpin bersama rakyat.
BERNAMA melaporkan Beliau menasihati penduduk Miri agar tidak terburu-buru,sebaliknya meletakkan sepenuh kepercayaan kepada BN.
"Kami mahu sebuah kerajaan lebih kuat yang diwakili oleh semua kaum di Sarawak agar kita dapat bekerja bersama-sama demi masa depan Sarawak," katanya pada majlis itu yang turut dihadiri Timbalan Ketua Menteri dan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan dan Menteri Air, Tenaga dan Teknologi Hijau Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Turut hadir ialah calon BN,Datuk Lee Kim Shin bagi kerusi DUN Senadin, Andy Chia (DUN Pujut), Rosey Yunus (DUN Bekenu) dan Ripin Lamat (DUN Lambir).Datuk Seri Najib Tun Razak turut memberi jaminan kepada rakyat bahawa peralihan kuasa di Sarawak akan berlaku dan ia akan dilaksanakan dengan cara yang baik memandangkan pemimpin negeri ini telah mengumumkan rancangan untuk melepaskan jawatan apabila tiba masanya.
"beliau (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) perlu menyediakan pemimpin pelapis seterusnya untuk mengambil alih kepimpinan dalam memastikan kestabilan yang berterusan di negeri ini.Saya boleh beri jaminan ia akan berlaku. Ia akan berlaku. Jangan jadikan ini isu," tegas Perdana Menteri.
Beliau berkata kerajaan persekutuan akan turut membantu dan memberi sokongan kepada penduduk Sarawak dalam membuat persiapan ke arah masa depan mereka.Perdana Menteri menegaskan tiada kerajaan alternatif yang lebih baik daripada BN dan menurutnya pertumbuhan ekonomi dan keyakinan pelabur dan pihak luar terhadap Malaysia adalah bukti bahawa Malaysia di bawah BN mempunyai masa depan baik.
Katanya beberapa pilihan raya kecil yang diadakan di seluruh negara baru-baru ini yang memberikan kemenangan besar kepada BN juga membuktikan sokongan sudah kembali kepada BN.Oleh yang demikian beliau menggesa rakyat Sarawak untuk bekerjasama dan berganding bahu dan berada dalam kerajaan untuk menggerakkan Sarawak khususnya dan negara amnya ke tahap kemajuan lebih tinggi.Beliau juga yakin rakyat di negeri ini akan mendapat banyak faedah apabila Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (Score) dilaksanakan sepenuhnya.
Datuk Seri Najib Tun Razak turut membidas DAP yang telah melabelkan pemimpin Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebagai "Orang Utan",menyatakan mereka kejam dan tidak seperti pemimpin SUPP yang bersifat budiman dan berpengalaman dalam berkhidmat kepada rakyat.
SILA LIHAT GAMBAR DI BAWAH
SIAPA LAGI LAMA ???
NEGERI MANA LEBIH MAJU ???
MANA JANJI PAKATAN YANG DULU KONONNYA DALAM 100 HARI BUAT MACAM-MACAM KALAU MENANG MASA PRU 2008 ???
SEKARANG NAK TABUR MACAM-MACAM JANJI PULA DI SARAWAK !!!
KALAU TIADA BUKTI DI BAWAH NEGERI PAKATAN TAK PERLU JANJI MACAM-MACAM !!!
2 comments:
semoga pengundi cina akan mendengar amanah PM supaya mereka tidak terpinggir kerana tidak mempunyai wakil dalam kerajaan. janji yang manis dari pembangkang akan jadi racun kelak seperti orang kena diabete jika mereka mengundi parti pembangkang kerana tidak ada hala tuju dan program untuk pembangunan. pilihlah parti yang ada hala tuju dan pemimpin akan wawasan untuk negara dan rakyat jelata. bersyukurlah kerana hidup di bumi bertuah sarawak
yang bersatu walaupun terdapat ramai suku kaum. apa yang diharapkan adalah kerajaan dapat menyambung perpaduan rakyat ini. bukan parti pembangkang yang membangkitkan perasaan kebencian sesama kita atas dasar kepentingan politik sempit mereka.
Pengundi cina tak kesah undi pembangkang....tengok kat bandar bandar, DAP menang pun akan ada penbangunan dan penambahan infrastruktur..... Kat kampun / rumah panjang,...BN bagi tiang, bumbung zink dan papan... tu je... Paling menyakitkan hati bila kerajaan bagi juta juta duit kat sekolah cina, lepas tu BN masih kalah....Apa erti semua ini? So nasihat saya sebagai rakyat kat DS Najib, BECAREFUL kat those MATA SEPET yang ada disekeliling UMNO... Nampak macam sahabat, tak mustahil dia orang ni yang bersikap TALAM DUA MUKA....
Post a Comment