Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pengakuan Raja Petra Kamaruddin yang menafikan pembabitan Perdana Menteri dan isterinya,Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu menunjukkan kebenaran selama ini telah terbukti.Datuk Seri Najib Tun Razak juga berkata walaupun secara peribadi beliau selama ini menganggap isu itu sudah tutup namun pengakuan pengendali portal berita Malaysia Today itu dapat membuktikan ia ditimbulkan semata-mata untuk menjatuhkan imej beliau dan isterinya.
BERNAMA melaporkan Beliau Memberitahu kepada pemberita selepas merasmikan Hotel Seri Malaysia Lawas dan upacara pecah tanah projek Hospital Baru Lawas,Perdana Menteri berkata kenyataan Raja Petra telah mendedahkan wujudnya cubaan daripada pihak tertentu untuk menghalang beliau daripada menjadi Perdana Menteri.Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Raja Petra dalam temu bual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3 Datuk Ashraf Abdullah di Perth,Australia baru-baru ini yang disiarkan di Buletin Utama TV3.
Dalam temu bual itu,Raja Petra mendedahkan akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan model Mongolia,Altantuya Shaariibuu adalah berdasarkan maklumat dan desakan beberapa individu bertujuan menyekat Datuk Seri Najib Tun Razak daripada menjadi Perdana Menteri.Menurut Raja Petra,beliau sendiri tidak pernah menuduh Datuk Seri Najib Tun Razak mahupun Datin Seri Rosmah Mansor terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia itu dan beliau kini tidak lagi mempercayai cerita individu berkenaan.
Katanya individu berkenaan mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik termasuk Penasihat PKR Anwar Ibrahim dan mereka mendesak tindakan itu diambil bagi menyekat Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu akan meletakkan jawatan.Raja Petra turut mendedahkan individu yang memberinya maklumat berkenaan terdiri daripada Nik Azmi Nik Daud,John Pang dan penulis blog Din Merican,selain seorang pegawai perisik angkatan tentera yang dikenali sebagai Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat sama.
Ketika ditanya sama ada beliau mengenali individu yang disebut Raja PetraDatuk Seri Najib Tun Razak berkata : "Ada yang saya kenal,ada yang tidak."
Mengulas lawatan sehari suntuk beliau ke kawasan utara Sarawak khususnya di bahagian luar bandar hari ini,Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sentimen yang ditunjukkan oleh rakyat yang ditemuinya meyakinkan beliau bahawa Barisan Nasional mempunyai peluang amat baik untuk memenangi pilihan raya negeri ini.Bagaimanapun,Datuk Seri Najib Tun Razak menasihatkan calon-calon BN yang bertanding untuk menggunakan baki tempoh berkempen yang ada untuk terus menyakinkan lagi pengundi di kawasan masing-masing agar menyokong mereka.
Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Pengerusi BN turut menolak dakwaan terbaru pembangkang tentang keyakinan mereka untuk memenangi sekurang-kurangnya 25 kerusi dalam pilihan raya negeri kali ini sebagai tidak berasas.Katanya dakwaan itu hanyalah taktik perang psikologi pembangkang dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10, apatah lagi jumlah kerusi itu tidak cukup untuk menubuhkan kerajaan.
Dalam lawatan seharinya,Perdana Menteri sempat singgah di bandar Marudi di daerah Baram, kawasan perkampungan tanah tinggi Bario dan Ba'Kelalan, sebelum ke Lawas.Datuk Seri Najib Tun Razak meneruskan lawatan rasmi beliau ke bandar Limbang untuk merasmikan Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (KIK) Tedungan serta melakukan kunjungan mesra di Pasar Tamu Limbang sebelum kembali ke Miri.
SILA LIHAT GAMBAR DI BAWAH
SIAPA LAGI LAMA ???
NEGERI MANA LEBIH MAJU ???
MANA JANJI PAKATAN YANG DULU KONONNYA DALAM 100 HARI BUAT MACAM-MACAM KALAU MENANG MASA PRU 2008 ???
SEKARANG NAK TABUR MACAM-MACAM JANJI PULA DI SARAWAK !!!
KALAU TIADA BUKTI DI BAWAH NEGERI PAKATAN TAK PERLU JANJI MACAM-MACAM !!!

3 comments:
"Kalau Najib betul-betul telah melulusan peruntukan itu , rakyat lagi marah, dan mahu tahu ke mana pergi dana itu dan juga peruntukan-peruntukan sebelum ini. Kenapa sehingga kini masih ramai masyarakat Iban, Bidayuh, Melanau, Dayak dan sebagainya terus miskin?, kata Tian kepada TVSelangor.
Punca rakyat miskin
“Ini yang menjadi persoalannya sekarang, Kita mahu tahu punca rakyat Sarawak terus miskin, jika benar Putrajaya menyalurkan begitu banyak wang kepada kerajaan negeri Sarawak,” tambah beliau.
Najib semalam mendakwa BN jauh lebih mampu daripada Pakatan Rakyat untuk menyalurkan bantuan kepada Sarawak dan merujuk kepada program-program yang diperkenalkan beliau.
Namun hakikat adalah Sarawak negeri keempat paling miskin di Malaysia meskipun mempunyai hasil minyak, balak dan sumber semulajadi yang lain.
Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang memerintah Sarawak untuk 30 tahun dibelit dengan dakwaan rasuah dan penyelewengan kuasa. Keluarga beliau dituduh memiliki harta benda bernilai berbilion ringgit di dalam dan luar negara.
Terdahulu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng menjanjikan RM 1 billion untuk kemudahan awam seperti jalan, air dan bekalan elektrik di kawasan luar bandar jika Pakatan Rakyat diberi mandat menubuhkan kerajaan negeri.
Guan Eng juga berkata kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga akan menuntut kerajaan Persekutuan menaikkan royalti minyak daripada lima peratus kepada 20 peratus untuk menampung dana itu.
Tian berkata Pulau Pinang dan Selangor menjadi contoh jelas keupayaan Pakatan Rakyat membela penduduk dengan mengekang rasuah dan menjalankan urus tadbir telus.
"Rakyat Sarawak patut tanya ke mana pergi dana yang diperuntukan oleh kerajaan pusat itu, kalau dana telah diperuntukan, tetapi orang Dayak masih miskin ia jelas amalan rasuah yang teruk.
"Orang Dayak yang hidup dalam pendalaman masih menanti-nanti, dari mana, bagaimana, dan kemana dana ini pergi dan kenapa mereka sehingga hari ini tidak dapat apa-apa faedah dari peruntukan yang dijanjikan Barisan Nasional" tambah Tian.
Juak tergar tidak akan lekang menuduh sudah di beli 2 juta,4 jtua 10 juta!!!!!!!
salam,
semoga tuan dapat membantu mempromosikan blog baru ini:
http://nalurirakyat.blogspot.com/2011/04/panas-antara-ds-najib-dan-anwar.html
tq...
Post a Comment