Calon Bebas,Dominique Ng Kim Ho mencuri tumpuan pada proses penamaan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Padungan apabila tiba ke Pusat Penamaan Calon Berkelompok di Dewan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) diiringi oleh kira-kira 30 penyokongnya.
UTUTSAN Melaporkan Kehadiran kumpulan itu pada pukul 9.20 pagi di MBKS dengan membawa sepanduk memaparkan gambar Dominique serta simbol bunga raya,membuatkan para wartawan dan jurugambar berebut mendapatkan tempat terbaik bagi merakamkan perarakan tersebut.Selain itu, kehadiran mereka yang sedikit lewat,iaitu selepas kesemua calon Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR),DAP dan seorang lagi calon Bebas bagi DUN Padungan,Pending dan Batu Lintang diejek dengan sorakan 'bo yong' yang membawa maksud 'tidak berguna' dalam bahasa Mandarin.Ejekan itu dilakukan oleh kira-kira 400 penyokong PKR dan DAP yang tiba ke pusat berkenaan sejak awal lagi.
Selain 'kelewatan' itu, Dominique juga menjadi perhatian apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terpaksa membuat pengumuman pengesahan calon bertanding bagi DUN Padungan kira-kira pada pukul 12.15 tengah hari, sedangkan pengumuman sama dibuat sejam lebih awal bagi DUN Pending dan Batu Lintang.Ia berikutan bantahan yang dibuat oleh wakil DAP terhadap pendaftaran nama 'Dominique' dalam kertas undi kerana nama tersebut tidak tertera dalam kad pengenalan bekas Pengerusi PKR Sarawak itu.
Dominique ketika ditemui pemberita selepas pengumuman itu memberitahu, bantahan oleh DAP agak mengejutkan kerana beliau telah menggunakan nama serupa dalam kertas undi ketika menjadi calon DAP sebanyak dua kali dalam siri pilihan raya negeri sebelum ini.
"Saya lihat DAP telah menampar muka sendiri dengan bantahan itu (kerana pendaftaran 'Dominique' dibenarkan oleh SPR)," katanya.
Kepada satu soalan,penyandang kerusi DUN Padungan itu yang mengumumkan keluar dari PKR sejak semalam,menasihatkan parti lamanya serta pakatan pembangkang supaya memilih calon yang lebih berkebolehan dan telus bagi mewakili mereka pada pilihan raya akan datang.
"Tiada gunanya Pakatan Rakyat (pakatan pembangkang) melaungkan pelbagai slogan, calon yang dipilih haruslah benar-benar percaya terhadap apa yang mereka perjuangkan dan saya telah membuktikan integriti saya," ujarnya.

No comments:
Post a Comment