Social Icons

Pages

Saturday, April 09, 2011

PAKATAN SUDAH TERDESAK DI SARAWAK !!!



Taktik PAKATAN yang melakukan serangan peribadi terhadap pemimpin Sarawak menunjukkan bahawa mereka amat terdesak untuk meraih undi pada pilihan raya negeri ini


BERNAMA melaporkan Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Tan Sri Dr George Chan berkata Barisan Nasional (BN) telah menjangkakan PAKATAN akan menggunakan taktik itu memandangkan mereka tidak mempunyai sebarang isu yang kukuh untuk dibangkitkan.

"Ini hanya menunjukkan sikap pengecut mereka dan semakin ketandusan idea," katanya pada sidang akhbar di pejabat SUPP Miri.

Beliau diminta mengulas taktik PAKATAN yang didakwa menyebarkan Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) sebagai percubaan untuk mencemarkan imej Pengerusi BN Sarawak dan Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Tan Sri Dr George Chan berkata orang ramai perlu meragui dakwaan yang dibuat oleh PAKATAN memandangkan mereka gagal mengemukakan sebarang bukti kukuh untuk menyokong dakwaan itu.Mengenai isu yang dibangkit oleh PAKATAN bahawa kerajaan BN negeri mengamalkan sikap pilih kasih dalam mengasingkan tanah bagi projek ladang sawit secara besar-besaran, beliau berkata perkara itu tidak pernah berlaku selama ini.

Beliau berkata kerajaan menggalakkan syarikat yang terbukti mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh untuk memulakan projek ladang kelapa sawit secara besar-besaran supaya mereka dapat membina kilang minyak sawit,yang akan turut memanfaatkan pekebun kecil untuk menjual produk mereka.

"Jika kami melantik syarikat kecil, mereka tidak akan mempunyai wang untuk membina kilang dan siapakah yang akan rugi? Sudah tentulah pekebun kecil juga," katanya.

JANGAN TERPEDAYA DENGAN SIKAP PAKATAN,PAKATAN SUDAH TERDESAK !!!

KALAU ADA BUKTI TOLONG TUNJUK,TAK PERLU NAK MEMBOHONG RAKYAT SARAWAK !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates