Social Icons

Pages

Friday, April 08, 2011

TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD MELANCARKAN MANIFESTO UNTUK BARISAN NASIONAL !!!



Barisan Nasional (BN) mengumumkan manifesto parti bertemakan Jaminkan Masa Hadapan Anda Dengan BN yang menggariskan sembilan perkara utama dalam usahanya untuk mengekalkan kemenangan penting dalam pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April ini.

Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud melancarkan manifesto itu pada satu majlis pemimpin bersama rakyat di Dewan MUC.


Teras utama manifesto dengan slogan "Rakyat Makmur Kehidupan Selesa Negeri Aman"

1. Memelihara keamanan,keharmonian,kestabilan dan tadbir urus yang baik untuk Sarawak

2. Memelihara alam sekitar,budaya,warisan dan kepercayaan semua kaum

3. Menyediakan peluang pekerjaan untuk semua

4. Menjana lebih banyak peluang perniagaan untuk semua

5. Menyediakan peluang pendidikan untuk anak-anak kita

6. Menjamin hak rakyat ke atas tanah mereka dipelihara

7. Meningkatkan mutu dan kualiti hidup golongan yang miskin dan kurang bernasib baik

8. Memastikan mutu jalan raya,bekalan air dan elektrik, khidmat kesihatan dan perumahan sentiasa dipertingkatkan

9. Mempunyai rancangan jelas untuk memastikan Sarawak berada di landasan ke arah menjadi negeri terkaya di Malaysia.

BN menjadi parti politik pertama melancarkan manifesto bagi pilihan raya negeri ke-10.

Parti PAKATAN,DAP dan PKR dijadual melancarkan manfesto mereka serentak Hari Ini.SNAP pula mengedarkan manifesto parti itu melalui calon-calon.

Manifesto BN yang diterbitkan dalam empat bahasa -- Bahasa Malaysia,Inggeris,Iban dan bahasa Cina memuatkan perutusan Tan Sri Abdul Taib Mahmud,yang antara lain menyebut tentang pencapaian BN dan rancangan yang akan dilaksanakan kerajaan pada tahun-tahun mendatang.Manifesto setebal 32 muka surat itu turut memperincikan sektor-sektor yang menjadi teras kerajaan BN dalam bidang-bidang utama.

Bertajuk "Bersama Memajukan Sarawak : Rakyat Didahulukan,Pencapaian Diutamakan", antara topik yang diliputi adalah tadbir urus yang baik,pengurusan alam sekitar,peluang perniagaan dan pekerjaan di Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE), pendidikan,pembaharuan pajakan tanah dan hak milik tanah.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu isteri Taib, Puan Sri Amar Ragad Kurdi Taib, Menteri Kewangan negeri Datuk Sri Wong Soon Koh,Menteri di Pejabat Ketua Menteri Datin Fatimah Abdullah dan calon BN bagi kerusi Nangka Dr Annuar Rapaee.

5 comments:

Anonymous said...

Rakyat Sarawak sudah merdika 48 tahun .... takkanlah tahap kematangan politik demokrasi masih rendah seperti rakyat negara2 diperintah oleh diktator dunia... boleh dijual beli / dirasuahkan dengan harga yang murah?

Siapakah yang menjadikan mereka melarat & terpinggir dari arus kemajuan? Sedangkan kekayaan Bumi Kenyalang amat besar.. kemana perginya hasil mahsul komoditi balak, perladangan, perdagangan, industry, perlombongan termasuk royalti minyak negeri Sarawak?

Sudah tiba rakyat Sarawak buka mata dan minda merdika..... kembalikan hak milik rakyat asal ... jangan biarkan diri kita' ditipu berkali2 oleh orang yang sama, TAIB MAhMUD & the BN gang. ... inilah peluang & masa untuk buat PERUBAHAN POLITIK ... wahai rakyat Sarawak yang tercinta!

UBAH!... rakyat Sarawak buktikan TSUNAMI POLITIK SARAWAK pada PRN Sarawak ke 10 pada 16 April 2011 ini! Undilah Calun2 PR untuk PERUBAHAN secara demokratik dan bermaruah!

“SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENGUBAH NASIB SESUATU KAUM SEHINGGA MEREKA MENGUBAH NASIB DIRI MEREKA SENDIRI”
[ Surah Ar-R’ad: 11]

Anonymous said...

>> Rabu, April 06, 2011

OTTAWA (CANADA) / LONDON (UK).

Human rights and environmental campaigners from Malaysia, Canada, the United Kingdom and Switzerland have today protested against corruption in front of property companies associated with the family of Abdul Taib Mahmud ("Taib"), the Chief Minister of the Malaysian state of Sarawak. The protests took place in front of Sakto Corporation in Ottawa and Ridgeford Properties Ltd in central London.

The Canadian and British governments are being asked to freeze the assets of nine Taib-associated companies in Canada and two companies in the UK which are estimated to be worth hundreds of millions of US dollars.


Surprising that the World considers Taib Mahmud as a corrupted criminal but to the BN government he is a 'honourable' Chief Minister..!!!


It must be a case of BIRDS OF THE SAME FEATHER [CORRUPT CRIMINALS] FLOCK TOGETHER.


It is a shame that we.., the Malaysians are quiet about the rampant misuse of power by the BN thieves. Is it an indication that the Malaysians have no guts and expect others to fight our 'battles'... SAD...!!!

Anonymous said...

Hari ini penamaan calon Pilihanraya Negeri Sarawak, kepada rakyat Sarawak kalau masih nak simpan penyangak dalam gambar tu... sendiri mau ingatlah.... kah..kah...kah....

Gambar tersebut adalah Protest Anti Taib Mahmud di Ottawa dan London pada 28hb February 2011
Anda mungkin juga

Anonymous said...

Tumbangkan Dinasti Taib Mahmud.


Yang ini pulak sejak dulu, kini dan mungkin jika tiada perubahan dalam PRU Sarawak akan terus bermaharajalela membelasah segala hasil bumi negeri Sarawak untuk kepentingan diri dan ahli keluarganya sahaja.

Orang Sarawak ramai yang maklum akan kebobrokan malaun bernama Taib Mahmud ni, tapi mereka sendiri yang merelakannya... nak buat macam mana lagikan. Setiap kali PRU asyik nak pangkah/undi semua parti komponen BeEnd di Sarawak nih, kena ugut sikit dah kecut...

Sekali ini, cuba buat perubahan "one's and for all" tumbangkan semua Parti Komponen BeEnd di Sarawak dan merdekakan negeri Sarawak dari tangan2 perompak BeEnd ini. Dan lihatlah hasilnya nanti.

Ayuh tumbangkan Dinasti Taib Mahmud dari mukabumi Sarawak....

Anonymous said...

Ubah???hhhaaakkk tuuuuiihhh...meluat aku..mcm mana negeri lain..ubah juga dm masa setahun..sekarang apa jd??Allah Bersama UMNO dan BN..xyah cita pasal minyak dan mcm2 lg..sekarang ni rakyat sarawak menderita ker???udah2lah..PKR dan PAKATAN nak tabur janji 200 konon-konon..aku anak sarawak,aku tahu pentadbiran CM aku..PALOI...

 
 
Blogger Templates