Dengan mempertahankan tulisannya,“Bigdog”, yang mencetuskan provokasi berhubung dakwaan wujudnya konspirasi untuk menjadikan Kristian agama rasmi negara menegaskan,dia tidak akan membuat permohonan maaf atas laporannya, yang disifatkan banyak pihak sebagai fitnah.Selain menjadikan Kristian agama rasmi negara,"BigDog" juga mendakwa ia akan melantik perdana menteri dalam kalangan penganut agama itu.
Ekoran pendedahan penulis blog “Bigdog” itu,Utusan Malaysia telah memetik laporan tersebut dan disiarkan pada Sabtu lalu dengan tajuk “Kristian Agama Rasmi?” yang mendapat bantahan dan dikritik banyak pihak termasuk daripada pemimpin PAKATAN dan BN.
Laporan muka depan akhbar Utusan Malaysia itu turut disiarkan dalam beberapa blog."BigDog" yang enggan namanya didedahkan menerusi entri bertajuk “Making Christianity the official religion?” mendakwa paderi-paderi Kristian mahu perdana menteri dilantik daripada kalangan penganut agama itu.Selain itu, nama Ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dari DAP juga diheret dalam tulisan blog berkenaan kerana beliau dilaporkan hadir bersama.
“Tidak (akan minta maaf), atas alasan apa saya perlu minta maaf ??? Kenapa saya perlu minta maaf ??? Kepada siapa saya harus minta maaf ??? “Saya tidak akan minta maaf, saya tidak tahu sebab apa (perlu minta maaf), mereka perlu baca balik laporan saya itu, kalau tidak faham saya boleh jelaskan,” kata “Bigdog”.
Ditanya sama ada laporan yang ditulis itu benar atau palsu,“Bigdog” enggan memberikan sebarang komen.Sebaliknya hanya berkata: “Saya tidak boleh cakap, sebab ia sudah jadi kes polis,sudah ada laporan polis dibuat.Jadi biar polis siasat dulu,” katanya.
Selain enggan meminta maaf,“Bigdog” enggan menarik balik laporan yang telah ditulis itu sambil menyifatkan tiada alasan untuk dia berbuat demikian.Sebuah lagi blog yang turut mendakwa kewujudan konspirasi itu telah memadamkan entri-entri itu.Selain blog “Bigdog”,blog “Marahku” merupakan blog yang dipetik Utusan Malaysia yang dalam laporan itu menuduh DAP mungkin terlibat dalam konspirasi tersebut.
“Buat apa saya perlu tarik balik? Saya tidak akan biarkan sahaja ia di situ,” kata “Bigdog”.
“Bigdog” juga menuduh DAP menghasut dengan cuba meminda undang-undang negara untuk menjadikan mereka yang beragama Kristian menjadi perdana menteri, dengan menunjukkan gambar berbintik-bintik yang didakwa mereka sebagai pakatan rahsia antara DAP dan pastor-pastor di sebuah hotel di Pulau Pinang minggu lalu.Bagaimanapun pemimpin-pemimpin DAP telah menafikan perkara tersebut sambil mengulangi pendirian mempertahankan Islam sebagai agama rasmi negara ini.
Penganjur program itu — Pertubuhan National Evangelical Christian Fellowship (NECF) bersama Global Day of Prayer, Marketplace Penang dan Penang Pastors Fellowship menegaskan dakwaan terhadap komuniti adalah pembohongan dan telah pun menafikan dakwaan blogger berkenaan.
Rakan Blogger “Papa Gomo” mengecam tindakan yang dilakukan “Bigdog” mengeluarkan laporan berunsur fitnah dan tidak benar.Selain itu,“Papa Gomo” juga mahu “Bigdog” ditahan di bawah ISA jika terbukti laporan yang dikeluarkan itu berunsur fitnah.
MANA BUKTI YANG SAHIH BIGDOG ???
SAYA NAK LIHAT BUKTI YANG TERDAPAT DALAM ENTRI AKAN DATANG !!!
KALAU ADA BUKTIKAN !!!
AAAAUUUFFF !!!! AAAUUUUFFFF !!!
SAYA NAK LIHAT BUKTI YANG TERDAPAT DALAM ENTRI AKAN DATANG !!!
KALAU ADA BUKTIKAN !!!
AAAAUUUFFF !!!! AAAUUUUFFFF !!!
No comments:
Post a Comment