Social Icons

Pages

Saturday, May 21, 2011

KENYATAAN TERBARU POLIS MENGENAI KES SIMBAH ASID !!!

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi_sIciODRJyat-qoqvADssk0qzbD3n1IhQ5tbh0drU50KOy18B29TLWP_8c__jn1QCrI-YEOJ60nTUL9Yo3t7iKugBZTGHFUVIHxYYGebXK1DRWixA-bx_ZH_w9Olxu-EZefKb_BnNWhA/s1600/wajah-suspek-simbah-asid.jpg

Polis memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak mereka cerita dan terus menyebarkan maklumat palsu mengenai kes simbah asid yang dilaporkan berlaku di sekitar Lembah Klang.

Ketua Polis Kuala Lumpur yang juga Pengarah Logistik Bukit Aman Datuk Zulkifli Abdullah berkata polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya penyebaran maklumat palsu itu mewujudkan kegusaran masyarakat.

"Ini perbuatan yang boleh disifatkan sebagai nakal melampau dan menyusahkan orang.. ia hanya akan menambahkan ketakutan kepada masyarakat dan menimbulkan suasana tegang serta menggugat ketenteraman awam.Maka saya hendak memberi amaran kepada mereka ini agar hentikan perbuatan tidak bertanggungjawab itu atau bersedia berhadapan dengan tindakan," katanya kepada pemberita selepas majlis makan malam Polis Kuala Lumpur bersama anak-anak yatim di Pusat Latihan Polis (Pulapol).

BERNAMA melaporkan Beliau berkata mereka yang menyebarkan maklumat palsu boleh disiasat mengikut Seksyen 505 Akta Kanun Keseksaan kerana menyebar berita yang boleh mencemaskan orang ramai.Penyebaran maklumat palsu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS),laman sosial seperti Twitter dan Facebook semakin berleluasa termasuk dikatakan berlaku dua kes simbah asid di Shah Alam,semalam,sedangkan ia hanya berita palsu.

Dalam perkembangan kes kematian Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbani Mohamed pada 6 April lepas,Datuk Zulkifli Abdullah berkata pihaknya masih menunggu keputusan daripada pihak Peguam Negara bagi tindakan selanjutnya.

3 comments:

Anonymous said...

bagi orang yang dok wat keja gila ni sepatutnya klu dpt tangkap ambik asid tu curah sikit2.sampai lah dia mati.jangan curah semua nnt mati cepat.jadi kurang menyiksanya.oleh itu curah sikit2 bg mati pelan2

Anonymous said...

hindraf in action!

Anonymous said...

salam

Polis pun double standard, kononnya nak ambil tindakan akta kanun keseksaan 505,habistu PKR, PAS, daPIG hindraf yang buta berita palsu tak pulak ambil tindakan

 
 
Blogger Templates