Lima daripada lapan mangsa kejadian tanah runtuh di Hulu Langat yang dimasukkan ke Hospital Ampang pada Sabtu dilapor berada dalam keadaan stabil.Tiga lagi kritikal,kata Ketua Polis Daerah Kajang ACP Ab Rashid Ab Wahab.
BERNAMA melaporkan Beliau berkata kesemua mangsa dibawa ke hospital itu pada pukul 4.46 petang hingga 8.23 malam.
Mereka yang stabil dikenali sebagai Aizat,cedera tangan kiri,Muhd Alauddin Sobri,pelajar tingkatan 2 Sekolah Menengah Pandan Mewah,patah tangan kiri,Muhd Syafiq Ibrahim warden,patah kaki kanan dan terkehel di bahagian leher,Khairul Anuar Nasri,luka kaki kanan dan Siti Fatimah Ibrahim,warden yang dikatakan mengalami trauma akibat kejadian tanah runtuh itu.Ab Rashid berkata kesemua mereka cedera akibat dihempap runtuhan tanah.Tiga lagi mangsa yang kritikal dikenali sebagai Hairi, Izudin dan Muhd Harris Izzudin Sharul Azmi.
Sehingga awal pagi,seramai 12 orang maut,sembilan cedera dan empat lagi masih tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa
No comments:
Post a Comment