Social Icons

Pages

Thursday, May 26, 2011

PAS AKAN MENGHAKIS KEPIMPINAN ULAMA ???


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvyKKR5i4e076Qxkyr-5alEYqHTsCAbvAkjEF-lwKg2auXtKZibjY2U0_arHrAtW6WxGhNPKb8sYvkpE1jCCvHAwdRk2xYCriGYIvi5qSNhJ6Zy__ZHyH-eB24umHLutV1SPKUk6nEkE9b/s1600/PAS-440.jpg

Pemilihan kepimpinan Pas dalam muktamar kali ini dikatakan bakal menjadi platform utama kepada satu gerakan bagi menghakis penguasaan golongan ulama di dalam parti itu.Dengan berslogankan matlamat untuk tidak lagi menjadikan Pas sebagai sebuah parti lama,parti serban dan jubah,suara-suara yang menuntut perubahan kepimpinan dikatakan semakin kuat kedengaran.

UTUSAN melaporkan Satu sumber dalaman Pas memberitahu,berbanding tahun 2009,perancangan kelompok yang ingin menamatkan penguasaan ulama di dalam parti itu pada pemilihan kali ini adalah lebih terancang dan tersusun.

Kata sumber itu,matlamat perubahan yang ingin dilakukan bukanlah bermaksud untuk memperkukuhkan Pas tetapi bagi memastikan barisan kepimpinan yang dipilih dikuasai oleh mereka yang turut bersimpati dengan Ketua Pembangkang,Anwar Ibrahim.



''Mereka menyedari kepimpinan Pas sekarang yang diterajui oleh Datuk Seri Hadi Awang dan Nasharudin Mat Isa tidak begitu memihak kepada Anwar berikutan masalah moral yang dihadapi oleh Ketua Pembangkang berkenaan.Oleh itu dengan berslogankan tinggalkan jubah dan serban, mereka secara halus mahu menamatkan penguasaan ulama yang tidak memihak kepada Anwar,'' kata sumber berkenaan.

Sumber itu menjelaskan,sasaran utama kumpulan yang kononnya berhasrat mewujudkan kepimpinan Pas yang lebih progresif tersebut ialah memastikan pemimpin di peringkat tertinggi terutamanya bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden dikuasai oleh kelompok yang menyokong gerakan mereka.

Sementara itu,perancangan untuk menamatkan penguasaan golongan ulama dalam Pas bukanlah isu baru malahan ia pernah didedahkan oleh Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin dalam blognya baru-baru ini.


Dalam tulisannya,Zulkifli mendedahkan,sudah ada satu perancangan sulit dibuat untuk menukar saf kepimpinan Pas yang dikuasai oleh para ulama kepada golongan yang dikenali sebagai "Kaum Si-Tanggang" dalam muktamar yang bakal berlangsung.

Menurut Zulkifli,beliau mendapat maklumat satu gerak saraf dan kempen halus sedang dijalankan untuk meletakkan calon-calon yang kononnya dikatakan lebih bersifat moden dan professional menggantikan kepimpinan "serban jubah" yang kelihatan kolot dan kekampungan.

4 comments:

Ular Menyusur Akar said...

Ada ke dalam PAS itu ulamak? Yang isthihar diri ulamak dan tak ulamak, serupa je.... takde apa yang berubah sebenarnya. Yang ada, sokong nuar dengan tak sokong nuar adakah.

Mohd said...

Senarionya adalah:
Puak Ulamak tidak menyokong Anwar dan tidak mahu terus dijadikan kaldai dan anjing suruhan DAP.
Puak Erdogan menyokong Anwar dan mahu terus PAS dijadikan kaldai dan anjing suruhan DAP.
Spt yg kita semua maklum, sudah tentulah Anwar akan menaburkan wang yg banyak utk memastikan bhw orang2nya akan jadi perwakilan nanti.
Lebai2 PAS ni kalau tengok duit, serban dan jubah pun terlucut. Tengok saja bagaimana duit Dana Memali utk anak2 yatim dari Peristiwa Memali telah dirembat oleh lebai2 PAS hingga licin.
Seharusnya jika lebai2 PAS ini bijak sikit, ikutlah kata2 Nik Aziz,"Jika diberi kain, pakai; Jika diberi pitih, ambil tapi pangkah Ulamak"

Anonymous said...

YAHOOOO..HIDUP ERDOGAN..HIDUPPPANWAR...ELOK LA KALAU PUAK ULAMAK MCM INI DI TENDANG DENGAN CEPAT..TABALKAN ANWAR SEBAGAI DE FAKTOR PAS PULAK...YAHOO HIDUP MAT SABU...YAHOO HIDUP NIKI AZIZ. YAHOO HABIS PUAK-PUAK ULAMAK BALIK DUDUK DI CAWANGAN SAHAJA...YAHOOOOO.

Anonymous said...

Biasa lah...tuhan akan gantikan2 mereka tuh sebab mereka tak ada benda pun di pegang(prinsip). Tau nak tegakkan benang basah depa jer..janji mana tau menang. Depa bukan susah aper pun..menang dikatakan tuhan redho!.. kalah dikatakan pula ujian Allah! Perkara pokok tentang dalema PAS di lupa.

Tapikan aku makin terasa malah merasakan..PAS ni dah jadi batu loncatan politik dan bukan lagi batu loncatan perjuangan Islam.

Semua membuat PAS kian berdebu dan terkibar benderanya usang dan koyak rabak.

 
 
Blogger Templates