Social Icons

Pages

Sunday, May 22, 2011

PAS DAN BOB LOKMAN MENGGUNAKAN PELAJAR UNTUK PROGRAM POLITIK ???



Tomahan tidak berasas Pas terhadap UMNO selama ini akhirnya memakan diri apabila Himpunan 10 Ribu Jentera Pemuda Pas Kelantan di Padang Perdana malam Semalam menjadi bukti bagaimana parti itu memperalatkan pelajar sekolah agama dan maahad tahfiz di seluruh negeri ini dalam program politik mereka.Lebih mengejutkan,rata-rata pelajar terbabit yang berpakaian jubah lengkap dengan lencana sekolah masing-masing,didatangkan dari seluruh negeri termasuk Gua Musang,menggunakan bas-bas sekolah yang beratur panjang di beberapa lokasi berhampiran.

UTUSAN melaporkan Apa yang lebih mengejutkan apabila ucapan beberapa pimpinan Pas dalam program tersebut turut meniupkan kebencian dan penentangan di kalangan pelajar terbabit terhadap UMNO dan Barisan Nasional (BN).


Antara yang berucap pada program itu ialah Mursyidul Am Pas,Nik Aziz,Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan,Mohd. Zaki Ibrahim,Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi,Kewangan dan Kebajikan negeri,Datuk Husam Musa.

Turut berucap,Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan,Belia,Sukan dan NGO yang juga penganjur program,Abdul Fattah Mahmood dan Ketua Pemuda Pas Kelantan,Abdul Latif Abd. Rahman dan bekas pengacara serta penulis lirik,Bob Lokman.

Husam dalam ucapannya antara lain berkata,pelajar terbabit merupakan sebahagian daripada pelajar Yayasan Islam Kelantan (YIK) iaitu produk kerajaan Pas Kelantan dalam usaha parti itu memecahkan tembok Putrajaya.

Abdul Fattah berkata, pelajar terbabit yang berusia belasan tahun merupakan barisan yang akan menjatuhkan pemerintahan negara pada masa hadapan bagi diberikan kepada golongan yang berhak dan mampu membawa keadilan.

Sementara itu,Bob Lokman pula berkata, untuk mencapai kesejahteraan akhirat maka mereka perlu korbankan dunia dan dunia yang dimaksudkan adalah UMNO yang beliau dakwa gilakan keduniaan.

"Pas parti yang tahu destinasi di akhirat.Korbankanlah dunia,korbankan UMNO," katanya.

Pada perhimpunan itu, pelajar terbabit turut membaca ikrar Pemuda Pas antara lain berbunyi: "Kami Pemuda Pas Negeri Kelantan,yang berhimpun pada hari ini, dengan ini berikrar Allah matlamat hidup kami, al-Quran perlembagaan kami, jihad jalan kami, mati syahid cita-cita kami".

3 comments:

pemerhati HAMpas said...

"Pas parti yang tahu destinasi di akhirat. Korbankanlah dunia, korbankan UMNO, kata Bob Lokman ..."

Bob ni samada : 1. tak habis belajar dan/atau salah dengar ajaran guru, 2. hanya dengar2 cakap orang tanpa mengetahui perkara sebenarnya, 3. gurunya sendiri tidak sampai ketahap yg boleh memberi kefahaman kpd muridnya, yakni ada kekurangan, 4. atau campuran/ gabungan 1, 2 dan 3 sekaligus.

Bob menganggap UMNO itu dunia bagi PAS? jadi korbankan UMNO bermakna menolak dunia bagi penyokong PAS? YANG PAS BERCITA2 NAK MENGUASAI PUTRAJAYA TU TAK KE DIISTILAHKAN MEMBURU DUNIA?

usahlah berpolitik dgn Allah Ta'ala, kerana Dia Amat Maha Mengetahui segala2nya!

pergilah belajar lagi baru berceramah bab2 agama, memalukan saja ...

kesianlah pelajar2 tu yg bercita2 utk mencari keredhaan Ilahi akhirnya terjebak dlm permainan politik yg bertopengkan agama ...

"PAS TOLAK ISLAM, AMALKAN ISLE"
"DLM ISLAM, SYURGA ADALAH RAHMAT ALLAH"
"DLM ISLE, SYURGA HAKMILIK PAS"
"PAS BUKAN ISLAM, TAPI SEBUAH GERAKAN BERTOPENGKAN AGAMA UTK MENGEJAR CITA2 DIDUNIA, SEDANGKAN ISLAM ADALAH AGAMA KURNIAAN ALLAH KPD HAMBANYA YG IKHLAS UTK MENCARI KEREDHAANNYA"

Anonymous said...

Astagfirulllah, BESARnya DOSA Nik Aziz memperalatkan Agama, kanak-kanak yang sepatut ditarbiyah supaya bersyukur, berfikiran positif dan benci membenci dan hormat pada ketua negara dan sayang pada Tanah air..

Lain tak de modal, PAS PAS PAS je..sudahlah mereka sempit fikiran, anak orang lain pun dihasut sama.

Bilalah orang Kelantan nak buka mata siapa Nik Aziz ni sebenarnya..

Anonymous said...

Sama2 lah kita lihat ..sejauh mana
seruan (yang tak elok/baik) yang di sampaikan oleh pemimpin2 hamPAS ini kapada pelajar2 sekolah tersebut. Mereka boleh membuat seruan beribu-ribu kali....tapi mereka lupa...Dia lah yang menyampaikan. Mudah2 an Dia tak akan menyampaikan seruan (yang tak baik/elok) pada pelajar2 tersebut.

 
 
Blogger Templates