Social Icons

Pages

Wednesday, May 25, 2011

POKOK MENJADI KEGEMARAN TUN MAHATHIR ???

http://2.bp.blogspot.com/-c0_Di1UrJ7A/TcAAyXfR_5I/AAAAAAAABVs/xNOdDqbWexs/s1600/chedet.jpg

Tun Dr Mahathir Mohamad kembali aktif dalam dunia siber selepas "senyap" selama kira-kira 11 hari dengan memaparkan mengenai isu pokok di blog beliau.Artikel mengenai penanaman pokok bertajuk "Planting Trees" dimuatkan dalam laman blog beliau di chedet.co.cc pada kira-kira 2 petang, 23 Mei yg lalu.Beliau sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) setelah dimasukkan ke pusat itu pada 18 Mei kerana demam dan batuk.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang sentiasa prihatin,menulis bahawa kejayaan industri perladangan Malaysia telah "memberi kesan besar terhadap pemikiran kita"

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsR0sR32p5tnglnIYuPnYtJs6EDakPhWqj7ihRZPXMZHOfrI_ERB33HQw16Av9oRhEsIgmDk0ldi4pLLCxT27WCWIoCLIuu04SE5Ii4CQCjAzZK2_TPaWsKAaQQmZikRqtLaZReS2kcpel/s400/FireShot+capture+%2523141+-+%2527MELAYU+OH+MELAYU+-+Che+Det%2527+-+chedet_co_cc_chedetblog_2011_03_melayu-oh-melayu_html%2523more.jpg

beliau berkata "Kita tahu bahawa dengan menanam pokok dalam barisan yang lurus, dengan kedudukan pokok dipisahkan dengan jarak spesifik, kita memaksimumkan potensi pertumbuhannya dan membolehkan pengeluaran susu getah atau penghasilan buahnya dengan lebih baik dan efisien.Kita tidak akan tertinggal satu pun daripada pokok ini apabila kita menoreh getah dan mengambil buahnya."

Tun Dr Mahathir Mohamad juga berkata pokok-pokok di hutan tidak tumbuh dalam barisan lurus.

"Kedudukannya berselerakan. Keadaan ini menyebabkan hutan mempunyai pemandangan atau ciri-ciri istimewa," katanya.

Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat bahawa "atas pelbagai sebab,kita perlu menanam semula hutan yang telah kita cerobohi".Beliau berkata terdapat keperluan untuk mewujudkan hutan-hutan baru.

"Tetapi oleh kerana kita terlalu taksub untuk menanam pokok dalam barisan yang lurus, apabila kita mahu menanam semula pokok di kawasan hutan atau mewujudkan hutan baru, kita menanam pokok dalam cara yang sama.Malahan apabila kita menanam pokok jati dan pokok lain di bahu jalan, ia ditanam dalam barisan yang sempurna. Hutan buatan manusia tidak kelihatan seperti sebuah hutan. Kesemuanya kelihatan seperti pokok di estet-estet," katanya.

"Tetapi ada ketikanya apabila menanam pokok di tepi-tepi jalan, kita mahu mewujudkan kawasan khusus untuk pokok. Dengan itu kita patut menanam hanya satu barisan pokok atau pokok palma yang sebaris dan jarak tertentu," katanya dan menambah kata kedudukan semua pokok itu perlu sama semuanya.Tetapi apabila kita mahu mewujudkan hutan,biarlah pokok tumbuh secara berselerakkan sepertimana dalam hutan," katanya.

4 comments:

nyOk Tua said...

TUN memang sempoi!!!!!!!...

nyOk Tua said...

TUN memang sempoi!!!!!!!...

Unknown said...

I love u ayahanda Tun till the end of my life!

Anonymous said...

Tun M.... pemimpin yang tiada tolok banding di zaman ini. Jikalah Malaysia sehebat Amerika dan dipimpin pula oleh Tun M, pastinya kita menjadi bangsa dan negara yang disegani.
Jasamu sentiasa menjadi ingatan sepanjang zaman dan sejarah negara.

 
 
Blogger Templates