Social Icons

Pages

Wednesday, May 25, 2011

KENYATAAN TERBARU DATUK AHMAD MASLAN BERKENAAN HARGA BARANG !!!


Empat kerajaan negeri yang dikuasai pembangkang dicabar menurunkan harga barang-barang keperluan terutama petrol berikutan tindakan mereka yang sering menjadikan isu harga barang sebagai modal politik.Ketua Penerangan UMNO,Datuk Ahmad Maslan berkata,perkara itu bukan sesuatu yang mustahil kerana mereka boleh memberi subsidi sama seperti yang dilakukan Kerajaan Persekutuan ketika ini.

Jika itu tidak mampu dilakukan,katanya,pembangkang sewajarnya tidak memanipulasi isu tersebut kerana ia seakan-akan membohongi rakyat kononnya mereka mampu menurunkan harga barang-barang tersebut.

“Ketika ini, modal paling hangat bagi pembangkang adalah kenaikan harga barang di mana BN diertikan sebagai ‘Barang Naik’.Saya cabar mereka berikan subsidi sama seperti Kerajaan Persekutuan.Kerajaan Parti keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang didakwa kaya-raya mungkin boleh memulakan langkah itu melalui Penasihat Ekonomi negeri, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

UTUSAN melaporkan Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bersama setiausaha akhbar serta pegawai perhubungan awam 35 kementerian.Datuk Ahmad Maslan menambah,keprihatinan kerajaan mengawal harga barang terbukti menerusi beberapa mekanisme kawalan harga yang tidak terdapat di negara lain.

“Hanya kerajaan Malaysia yang ada barang kawalan berjadual, Skim Kawalan Harga Musim Perayaan serta pemberian subsidi yang berjumlah lebih RM10 bilion.Itu pun pembangkang mahu minta turun lagi. Kalau mampu, mereka tambahlah subsidi Kerajaan Persekutuan di negeri masing-masing untuk jual kepada rakyat dengan harga murah. Kalau tidak,tak payah gunakan isu itu sebagai modal ceramah politik mereka,” katanya.

No comments:

 
 
Blogger Templates