Social Icons

Pages

Thursday, May 26, 2011

PEMILIHAN MUKTAMAR PAS UMPAMA DAM AJI ???


Bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat,Datuk Ghazali Ahmad menyifatkan,pemilihan parti itu umpama permainan dam aji.Ini kerana kata beliau ia bakal menyaksikan pertembungan antara golongan ulama bagi merebut jawatan Timbalan Presiden tetapi dalam masa yang sama menyerlahkan percaturan kumpulan yang condong kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim melaksanakan strategi mereka.

''Saya katakan begitu (umpama dam aji) kerana percaturan kumpulan yang condong kepada Anwar lebih bijak menyusun orang-orang mereka dan hanya menunggu masa untuk sampai kepada sasaran,'' katanya.

http://mediapermatangpauh.files.wordpress.com/2010/06/menipu1ibadah.jpg?w%3D400%26h%3D300

Bercakap kepada media UMNO Online,Datuk Ghazali Ahmad berkata,Presiden Pas,Datuk Seri Abdul Hadi Awang mungkin lemas dengan asakan puak-puak yang 'berkiblatkan' Anwar.Oleh itu,katanya Abdul Hadi perlu pantas melakukan sesuatu jika beliau mahu melihat parti itu terus bergerak sejajar dengan laungan bersama kepimpinan ulama.

''Pertembungan antara Nasharudin Mat Isa dengan Tuan Ibrahim Tuan Man sudah pasti akan memecahkan undi golongan ulama dan yang paling selamat adalah Mohamad Sabu dan kita andaikan beliau menang di kerusi berkenaan.Seterusnya di kerusi Naib Presiden,Datuk Husam Musa,Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar,kita turut buat andaian mereka mendapat kepercayaan perwakilan dan di situlah kita akan nampak berakhirnya kepimpinan ulama di dalam Pas,'' katanya.



ADA PULAK PEMILIHAN PAS UMPAMA DAM AJI ???

BARU PERTAMA KALI SAYA DENGAR NI !!!

KITA SAKSIKAN SIAPA YANG AKAN MENDAPAT JAWATAN ITU NANTI !!!

No comments:

 
 
Blogger Templates