Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu,Datuk Zulkifli Noordin mempertikai laporan akhbar The Star yang menyiarkan komentar berhubung Mursyidul Am Pas,Nik Aziz.Menurut beliau,tulisan oleh Joceline Tan bertajuk Tok Guru Has His Favourites itu boleh dianggap sebagai satu penghinaan kepada para ulama Pas.
Jelasnya,komentar berkenaan juga dilihat telah ditulis dan diolah untuk mengangkat dan berkempen bagi kumpulan Anwarinas yang boleh dikatakan sedang kelemasan.
''Saya sebenarnya kerap membaca komentar dan tulisan Joceline.Saya tidak begitu kisah bila ada komentar dan tulisan Joceline yang memperlekeh UMNO atau Barisan Nasional (BN) sama ada secara halus atau secara tidak langsung.Memang kadang-kadang bagus juga UMNO dan BN dikritik supaya ia tersedar daripada diulit mimpi indah dan mengasyikkan.
''Tetapi bila Joceline memperlekeh para ulama dalam Pas,saya tidak boleh biarkan ia berlalu begitu sahaja. Bila Joceline memilih untuk mempertikai para ulama di dalam Pas, beliau telah melampaui batas,'' katanya.
KLIK DI SINI
Joceline di dalam komentarnya cuba memberi persepsi politik yang mudah iaitu Nik Aziz membela Datuk Anwar Ibrahim dan kaum Anwarinas di dalam Pas mempertahankan Anwar.Komentar itu juga,menjelaskan bahawa Anwar diperlukan oleh Pas sebagai jambatan dengan DAP dan dengan cara itu,Pas akan dapat ke Putrajaya bersama Anwar serta DAP.
Oleh itu, katanya, sifirnya mudah,Nik Abdul Aziz + Anwar & Kaum Anwarinas = tolak ulama dan sokong kaum Anwarinas.
''Alasannya, Pas perlu dibawa ke dunia realiti politik dan kaum Anwarinas sahajalah yang sedang berjuang membawa Pas ke dunia realiti.Pemahaman daripada itu ialah cubaan menggambarkan seolah-olah para ulama Pas tidak hidup di alam realiti politik dan masih di dalam dunia kekolotan dan kejumudan politik,'' katanya.
Datuk Zulkifli Noordin menambah,komentar sedemikian adalah tidak wajar daripada seorang wartawan kanan dan Joceline sepatutnya membuat analisis yang bebas dan tidak dilihat berat sebelah.Namun,katanya, membaca tulisan Joceline memberi gambaran beliau mengambil sikap partisan, menyebelahi kaum Anwarinas dan berkempen secara halus untuk kaum Anwarinas yang sedang lemas.
''Apatah lagi komentar seperti ini dibuat tidak beberapa hari menjelang pemilihan Jawatankuasa Pas Pusat. Ini satu sikap yang tidak sepatutnya berlaku. Apatah lagi Joceline sudah tentu lebih daripada sedar para ulama Pas tidak akan membuat apa-apa komen, apatah lagi berkempen secara terbuka untuk sebarang jawatan.Sehingga ia menimbulkan satu persoalan, adakah Joceline ini anti para ulama di dalam Pas?'' soalnya.
Beliau seterusnya meminta Joceline meminta maaf kepada para ulama Pas kerana memberi gambaran seolah-olah mereka tidak hidup di alam realiti politik.

2 comments:
Kenyataan Zulkifli Noordin tepat sekali. Semoga Allah pelihara Malaysia dari Anwar si Munafik.
mcm mana zulkifli boleh kata nik aziz itu ulama?.. ulama sebenar hatinya tidak tertutup.. mindanya tidak terkunci..
Post a Comment