Social Icons

Pages

Tuesday, June 07, 2011

DAP MEMPORAK-PERANDAKAN INSTITUSI ISLAM ???


http://jebatsari.files.wordpress.com/2008/11/dap_logo_big-11.gif

Pelbagai pihak membantah 'pilihan raya masjid' di Pulau Pinang pertengahan bulan ini yang disifatkan sebagai agenda tersembunyi pihak tertentu yang mahu memporak-perandakan institusi masjid sebagai pusat perpaduan umat Islam.Sambil mempersoalkan motif pilihan raya itu,pemimpin politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menegaskan,jawatankuasa masjid tidak wajar diheret ke kancah politik kepartian yang hanya akan mengakibatkan perpecahan di kalangan anak-anak kariah.

UTUSAN melporkan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri,Datuk Musa Sheikh Fadzir percaya pilihan raya itu sengaja mahu diadakan demi kepentingan pihak tertentu yang mahu melaga-lagakan kepimpinan kariah masjid di negeri ini.Malah katanya,kaedah pelaksanaan pilihan raya itu sendiri tidak jelas dan mengelirukan sehingga boleh menimbulkan suasana kucar-kacir ketika hari pengundian.

"Bagaimana pengundian mahu diadakan sedangkan tiada senarai rasmi daftar pemilih di kalangan kariah. Siapa yang layak mengundi? Di masjid mana seseorang kariah itu boleh mengundi? Semua persoalan ini masih kabur kerana di setiap kawasan terdapat dua hingga tiga masjid.Malah,saya bimbang semua ketidaktentuan ini akan menyebabkan kariah berbalah sesama sendiri. Kita perlu berwaspada kerana ada pihak yang mahu melihat umat Islam bertelagah antara satu sama lain," katanya di sini hari ini.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhzXSKsjt_y5w8a-_MZtxxdTkG5q1gjkTuOyjpavrc2mO_VuTuFhWHPJHwp1THZu8mjoK4wvBJt2qYtL89fH3BFG1F-r7Yp49nzEuO_qhyphenhyphen3GiHQSdMtU7ZCtHaE3iNOaXPp7CEsL6c8T1M/s1600/1.jpg

Jika dilaksanakan sepenuhnya, 'pilihan raya masjid' itu yang dijangka bermula pertengahan bulan ini akan menjadikan Pulau Pinang sebagai satu-satunya negeri yang pernah melaksanakan kaedah pemilihan seumpama itu.

Setiausaha Sekretariat Perhimpunan Melayu Pulau Pinang,Mohd. Nor Suhaili Jamali pula berpendapat,masjid tidak sewajarnya dijadikan bahan eksperimen untuk mengukur sejauhmana sokongan anak kariah terhadap parti-parti politik tertentu.Malah katanya,kaedah pilihan raya secara jelas meminggirkan konsep musyawarah yang menjadi amalan dalam kebanyakan institusi Islam seperti masjid selama ini.

"Islam dan politik tidak boleh dipisahkan tetapi jangan kita guna politik untuk merosakkan Islam dengan memecah-belahkan umat. Ini sangat mengejutkan kerana kita tidak nampak proses ini akan membawa perpaduan kepada kariah.Sistem pelaksanaannya juga tidak jelas dan lemah sehingga tidak memungkinkan ia memberi keadilan kepada anak-anak kariah malah membawa kepada budaya caci-mencaci dan mencari keburukan sesama kariah. Keadilan beginikah yang kita mahu?" soalnya.

Pengerusi Kariah Masjid Jamiul Badawi Kepala Batas,Datuk Arshad Zakaria pula bimbang kaedah pemilihan tersebut bakal menimbulkan perpecahan serius apabila setiap calon membentuk kem masing-masing sehingga menimbulkan suasana tidak tenteram dalam jawatankuasa masjid.Katanya,sebelum ini pemilihan dibuat berdasarkan konsep musyawarah apabila wakil di setiap surau membuat cadangan pemilihan calon masing-masing tanpa mengira fahaman politik.

"Sebab itu sebelum ini kita boleh lihat jawatankuasa tanpa mengira fahaman politik boleh duduk bersama dan mengharmonikan masjid. Saya bimbang kaedah pilihan raya akan melenyapkan suasana begini apabila semua ada kem masing-masing dan berbalah semata-mata untuk menang,"jelasnya.

4 comments:

Anonymous said...

aku rasa kuil hindu,tokong cina,gereja dan tokong budda pun kena adakan pilihan raya yang sama .

Megat Alam Gempita said...

Baguslah, lepas ni buat undian pos, undi on-line, sms...makin caca marba bila urusan agama diberi kepada puak liberal, kafir, komunis, cauvinist.

Puak kafir dah nampak cara nak pecahkan perpaduan islam dan menentang Sultan-sultan Melayu adalah melalui masjid, sebab tu kapir harbi lahanat ni tak segan silu masuk masjid bagi tazkirah, buat majlis berkhatan, sponsor kenduri doa selamat dan tahlil, bagi makan anak yatim dan orang tua dengan duit judi.

Hati umat islam terutamanya lebai berkepiah putih PAS telah dikotorkan dengan duit haram dan idea merapu puak komunis DApig. Sebelum bala Allah tiba, moh kita berjihad menentang idea giler khalipah songsang nih....Allahuakbar!!!

Anonymous said...

divide and conquer... itu lar DAP... saya menyeru umat Islam supaya boikot pilihanraya seumpama ini... berwaspada dengan exco agama yang bertuankan kafir di Penang...

Anonymous said...

kenapa jkkk depa tak buat pilihanraya

 
 
Blogger Templates