Yang Dipertua Pas Shah Alam,Khalid Abdul Samad dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang,Shaari Sungib masing-masing dilantik semula ke jawatan Timbalan Pesuruhjaya III dan Ketua Penerangan Pas negeri selepas dilucutkan daripada jawatan itu pada 2009.Kedua-dua pemimpin itu dilucutkan daripada jawatan itu selepas dipercayai tidak sehaluan dengan Pesuruhjaya Pas negeri ketika itu,Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali.Pelantikan Shaari sekali gus menyaksikan pengguguran Roslan Shahir Mohd. Shahir yang sebelum ini memegang jawatan berkenaan.
Ketika mengumumkan perkara itu,Pesuruhjaya Pas negeri yang baru,Dr. Abd. Rani Osman berkata,pemilihan ahli jawatankuasa tersebut merupakan satu gabungan mantap kerana ia melibatkan kerjasama di antara para ulama, profesional dan aktivis.
"Senarai baru ini dikemaskini bagi menghadapi UMNO dan Barisan Nasional (BN) serta pilihan raya umum yang mungkin diadakan tahun ini," katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan senarai kepimpinan Pas negeri bagi sesi 2011-2013 di Pejabat Pas Selangor hari ini.
ADUN Cempaka,Iskandar Abd. Samad yang juga Exco kerajaan negeri dilantik sebagai Timbalan Pesuruhjaya I manakala bekas Exco Pemuda Pas Pusat,Sallehen Mukhyi pula diumumkan sebagai Timbalan Pesuruhjaya II.
Dengan pelantikan Khalid dan Sallehen,ini bermakna dua Timbalan Pesuruhjaya sebelum ini iaitu Dr. Osman Sabran dan Ahli Parlimen Hulu Langat,Dr. Che Rosli Che Mat digugurkan atas alasan masalah kesihatan.Mohd. Khairuddin Othman pula dikekalkan jawatannya sebagai Setiausaha manakala Izham Hashim pula dilantik sebagai Bendahari yang baru.Jawatan Pengarah Pilihan Raya Pas negeri pula diserahkan kepada Jaafar Samsudin menggantikan Mohamad Radzi Yusof.Meskipun digugurkan daripada jawatan Pesuruhjaya Pas negeri, Hasan tetap dikekalkan dalam barisan kepimpinan negeri apabila dilantik sebagai ahli jawatankuasa.
Turut dilantik sebagai ahli jawatankuasa ialah Exco kerajaan negeri, Dr. Halimah Ali yang juga ADUN Selat Klang, Noraini Hussin, Sany Hamzan, Norhalim Sirome, Mohamad Abdul Rahman dan Mariam Abdul Rashid.

1 comment:
MOGA2 DGN PERLANTIKAN SEMULA ORG2 KUAT PAS NI AKAN LBH MEMANTAPKAN LG PAS SELANGOR DLM MENGHADAPI PEMBANGKANG UMNO/BN SELANGOR...
UMNO SELANGOR MAKIN KELIHATAN TDK BERMAYA!!!
Post a Comment