Dewan Ulama PAS Pusat menyalahkan media mengenai laporan pelbagai isu negatif mengenai pemimpin serta parti pembangkang kononnya menyifatkannya sebagai perbuatan memutar-belitkan fakta bagi melemahkan pakatan pembangkang.Ketua Penerangannya Nik Zawawi Salleh ketika menggulung perbahasan ucapan dasar ketua Dewan Ulama Datuk Harun Taib berkata puluhan juta ringgit dibelanjakan oleh pihak tertentu untuk menyerang pembangkang.
"Ada kalanya isu yang dibangkitkan hanya untuk menjerat. Bagaimanapun, pemimpin PAS kini dapat membaca dengan baik isu dibangkitkan dan kurang melatah.Ada isu yang boleh digunakan untuk menyerang dan ada isu kita perlu mendiamkan diri kerana ada yang sengaja dibawa itu hanya untuk menutup isu yang lain," katanya.
No comments:
Post a Comment