Social Icons

Pages

Friday, June 03, 2011

DEWAN ULAMA MELULUSKAN USUL TOLAK VIDEO SEKS !!!


https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgxi_FMc1X6cDp1H2qS92t2BV-qRcH2TmWTdlCW6sP7eD4dl3SruHbr9JIVghsALXV8G7Mwg_aJxCXHj-Z3BpakJihcfNsmCFJZmEb8PFBsgjZ9dNE0KknK-8rOvgr1uu5LHcLvTKxeUM8/s1600/2.jpg

Dewan Ulama PAS Pusat hari ini sebulat suara meluluskan usul menolak video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim,selepas dibahaskan.Menurut usul itu,video itu kononnya disifatkan sebagai satu fitnah jahat yang dibuat secara terancang oleh pihak tertentu untuk tujuan politik.Keputusan itu diumumkan oleh pengerusi tetap Hamdan Mohamad selepas mendapat persetujuan perwakilan dalam muktamar dewan itu di markaz tarbiah PAS di Gombak,Kuala Lumpur.

Ketika membentangkan usul itu,wakil Dewan Ulama Kelantan Nik Razi Nik Mat mengutuk kerajaan Malaysia yang didakwanya membenarkan penyebaran video itu.

"Kerajaan Malaysia tidak ada imej.Dahulu perdana menteri yang memerintah 22 tahun menuduh bekas timbalannya liwat (sic),pada masa penerapan nilai-nilai Islam (dilakukan)," kata adik kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu.

Selain itu,Nik Razi juga membidas mufti yang didakwanya tidak memberikan sebarang pandangan dari perspektif Islam berhubung isu berbangkit itu.

Sasar pengundi Melayu

Menyokong usul tersebut,perwakilan dari Kedah mendakwa fitnah video seks itu digunakan oleh BN bagi menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.Katanya, BN tidak mempunyai modal kerana setiap isu yang dibangkitkan, mampu ditolak oleh Pakatan Rakyat.Bahkan,menurut perwakilan itu,video seks itu digunakan untuk menghilangkan kepercayaan PAS terhadap Pakatan.

"Mereka sebenarnya sasar pengundi Melayu.PAS bertanding 65 peratus di kawasan Melayu.Jadi PAS akan hadapi risiko dengan (fitnah) video ini," katanya sambil mendakwa terdapat di kalangan pengundi percayai pada video itu.

Perwakilan itu juga mendakwa,ulama dalam Umno sebagai "syaitan bisu" kerana berdiam diri walaupun ada yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi.

19 comments:

zahari1950 said...

Fitnah jahat amendanya?...Jikalau pakatan jahat sekalipun, video tersebut tetap dan telah mendedahkan satu perbuatan terkutuk yang haram disisi Allah. Jikalau PAS tak mahu bincangkan perbuatan zina macam tu bagaimana nak jatuh hukum hudud atau menggunakan kaedah Qarinah. Fitnahkah apabila satu aksi bersetubuh secara haram (zina) dirakamkan sebagai satu pembuktian?. Apa nak disebut pelakun dalam video tersebut?. Adakah ianya satu perbuatan sopan santun, lemah lembut, berbudi bahasa, berpekerti mulia yang direstui Allah. Juga perbuatan tersebut boleh dijadikan contoh oleh muda mudi zaman ini. Adakah perbuatan zina ini halal atau harus di sisi Allah. Begitukah yang digalakkan oleh PAS. Atau biarkan perbuatan zina oleh seseorang pemimpin diteruskan janji jangan didedahkan kerana jika didedahkan bermakna orang yg mendedahkannya adalah seorang yg jahat yg lebih jahat dari orang berzina. Sana sini tuduh UMNO kafir. Tapi perbuatan berzina di bela pula. Islam apa macamni?.

Anonymous said...

saya bersetuju dengan tuan zahari1950 benda jelas lagi bersuluh nah dipadamkano

Anonymous said...

salam,

keturunan datok saya, keturunan ayah saya, keturunan saya dan keturunan anak2 saya tidak pernah, dan tidak akan mengiktiraf Parti Pas sebagai parti islam, ianya hanyalah parti politik yang bukannya ulama tulin yang akan ke syurga, tetapi ulama songsang yang akan ke neraka jahanam.

-art-

Anonymous said...

Syabas en zahari1950..satu penjelasan yang amat tepat dan jitu!

Anonymous said...

Kalau video tu pelakunnya adalah pemimpin umno, jamin 200% dewan ulama pas akan mengutuk pemimpin berkenaan. Tapi oleh kerana pimimpin pakatan syaitan mereka yang terlibat sebab tu mereka menolak. Sebab tu aku dah kata pas ni memang parti "ASSOBIAH". Aku berani cabarlah puak2 pas ni cari pakar dari seluruh dunia suruh buat satu video dengan pelakunya pemimpin umno macam video si "KAKIPUKI PANDIKUTTI" tu, kalau boleh uploadkan kat youtube biar kita orang tengok, mesti semua rakyat sokong pas bahawa video tu adalah fitnah dari umno.Kalau tak boleh buat, tak payah dok menyalak nak tegakkan islam lah wahai puak2 assobiah, dah terang2 siapa pelaku dalam video tu pun kamu tak boleh terima kenyataan. Pergi jahanamlah parti ajaran syaitan (pas) kau tu.

Anonymous said...

Kita tengok balik waktu gambar pemimpin kecil umno bergambar dengan perempuan bukan isterinya, riuh satu malaysia dok kutuk umno, padahal hanya satu gambar jer, Ini dah terang video yang tulin, tak ada siapa boleh buat lakunan macam tu kecuali memakai topeng wajah si pulan tu. Tapi mereka tak mau terima. Memang pas ni akan buat islam ikut parti, bukannya parti ikut islam. Memang sah (pas) itu sebenarnya parti ajaran syaitan.

--Ganasnyer--

Anonymous said...

1. Dah ada orang yang sanggup bersumpah laknat keatas dirinya sendiri kalau dia berbohong.
2. Dia tak sumpah laknat pun kat orang yang pelaku dalam video tersebut.

Sampai tahap macam ni pun kenapa harus buta mata,buta hati.Cubalah pula Dewan Ulama request/pujuk/slow talk/cabar tertuduh pelaku tersebut bersumpah laknat.Dari situ kita tahu akan kebenarannya.Tak ada salahnya bersumpah laknat untuk menegakkan kebenaran, lebih-lebih lagi tuduhan zina.Asyik nak escape jer,macam takut jer.Sikap macam ni lah yang menguatkan lagi tuduhan keatas tertuduh Pelaku dalam video tersebut.
Ketepikan fahaman politik seketika.
Sebagai rakyat Malaysia berbangsa melayu renunglah PEPATAH KERAMAT NI

JANGAN POLITIK KAN UGAMA.

BERPOLITIKLAH DEMI BANGSA MELAYU.

BERUGAMA LAH DEMI ISLAM.

BANGSA MELAYU AKAN BERSATU

ISLAM UGAMA JUNJUNGAN KITA.

Anonymous said...

ugama apa binatang PAS ni? Islam liberal? ini antara pokok dalam Islam. Zina mempunyai banyak mudaratnya termasuk antaranya nasab keturunan.
lni lah pertama kali dalam sejarah Malaysia berlakunya kebodohan oleh sekelumpuk orang secara rasmi oleh satu pekara yang mereka kononnya arif iaitu ugama Islam.
Sekalipun PKR, DAP tidak pernah menyatakan penafian mereka secara sebulat suara di dalam mana mana mesyuarat rasmi mereka.
Ini lah yang lebih terang lagi bersuluh iaitu PAS menjadi anjing PR sambil dibabi kan oleh mereka. PAS telah menjadi benteng utama membela penzinahan.
Alangkah jijiknya!

Da'e Din said...

Salam buat yang beragama Islam...
Izinkan Sy meluahkan pendapat yg hanya sedengkal ini ye..TK.
Setahu Sy wahai sahabat2ku,menurut hukum Syara',hukum zina tersabit hanya dengan 4 org saksi(yg bkn fasikh)...sumpah laknat boleh dibuat hanya selepas melalui proses mahkamah dan jika hakim arahkan.Jika betul itu Anwar,bukan dgn ini caranya untuk membuktikan.Contoh terbaik kita, Rasulullah sendiri tidak menghukum Muaz b Malik dgn sewenangnya...
(cuba soroti kisah itu) Kenapa Pas dn Anwar tidak ikut kata mereka?Sudah tentu org yg berilmu tidak mahu ikut org yg jahil..Mudah bukan... Sahabt Anonymous...jgn terburu2 memberi pendapat..dengar dulu pendapt2..moga Allah redha kita semua yg ingin kepada kbenaran dan Islam sebenar...Amin.TK.

Anonymous said...

PAS kafirun penyembah iblis. PAS bukan Islam. Da'e Din tu dah terikut agama songsang PAS. Dalam Islam ada banyak hukum tapi cuma sikit je hukuman (hukum hudud). Ni bermakna Islam is about self policing. Kalau nak sumpah laknat tak dilarang dalam Islam. Tak payah guna mahkamah pun. Yang 4 saksi tu dia boleh diperolehi dengan cara sains seperti DNA, ujian darah dll. Cuma saksi atau doktor yang memeriksa kena orang Islam. Dia jadi saksi through science dan boleh nampak kejadian tu melalui cara sains. Allah pencipta segala alam tapi kenapa u buat tuhan macam bodoh macam u? Inilah yang jadi bahan ketawa ugama lain sebab iblis2 PAS ni. Orang Islam sentiasa berdoa agar Allah bagi hancur PAS iblis ni.

Da'e Din said...

Izinkan Sy menambah sedikit...
Setahu Sy y daif ini..pada zaman Nabi tidak pernah terjadi kes zina yg tersabit dgn 4 org saksi..tetapi dgn pengakuan si pelaku sendiri spt Muaz..ini membuktikan ketinggian iman yg sgt hebat pada setiap muslim di zaman tersebut...
Ketika zaman sahabat, pernah terjadi x silap sy Saidina Ali telah menyaksikan perlakuan zina tetapi tiada tambahan 3 saksi..Apabila Saidina Ali lapor dan tuduh si polan di depan Saidina Umar, Saidina Umar tanya betul ke??jika salah engkau akan disebat 80 kali kerana menuduh..Saidina Ali terus berkata "demi Allah aku tersilap"..(lihat,walaupun benar zina terjadi tetapi Saidina Ali tarik balik krn kekurangan saksi)...Pst..
(Hukum Islam bkn utk menghukum tetapi untuk mengajar)...Pst...
(klu di dunia x tersabit,di akhirat pasti,Allah Maha Tahu).TK.

ariff said...

khas utk die din....
kalau zaman sekarang ni bapa rogol anak pun nak 4 saksi ke....ramailah anak luar nikah...kalau pkr,pas.dap memerintah...zaman sekarang gunakan sains dan teknologi spt dna ketetapan 99 % ketepatan...nak buat sumpat laknat pun susah,,,bagi dna pun tak nak...nak sman eskay pun takut...nak buat perakaman kata palsu pun tak nak..bukan kena byr...kalau tak buat kenapa takut,,,ni tak asyik menyalah org lain...kompirasi datk najib,,,bn,,umno,,,habis semua org salah ,,,,yang betul parti pas,pkr,,dan dap... cam ni nak jadi pemimpim... kalau ekonomi jatuh pasti akan salah salah kan umno,, tu keja nak menyalahkan org lain je,,kemudian tabur fitnah org bawa ke ceramah ke semua negeri...

Da'e Din said...

A'ah kan...nampak cm logik je.tp logik yg x berlandaskan Al-Quran pn x gune sahabat Ariff..menang kt dunie je x gune.dunie smentare je.Akhirat tu selamenye...klu tercampak kt nerake nk salahkan syaitan pn x gune..Pst..
(Ni la kot natijahnye ambk hukum Al-Quran tu sekerat je, xnak ambk semue,nk terang pn payah..kan haru biru jdk nye)
Pst...aku tanye Ustaz nnt ea.bab hukum hakam ni kene merujuk yg pakar,kang main pki logik akal nmpk cm betul tp rupenye tersimpang..mintak dijauhkan.
Sy x ckp Sy sokong Pas or PR..klu Umno tu betul Sy ckp betul..tang salah kene la ckp salah tak gitu?
Yg psl politik,Pas memang ade kekurangan..PKR ntah ape hale tuju..DAP menakutkan(MCA n DAP bertelagah dlm politik, tp dlm kaum mereka unite)..org Islam asyik bertelagah..org bkn Islam tepuk tgn suke, xyah susah2 diorg usaha..fikir2kan lah..ko nk pangkah BN ko punye pasal..nk PAS g la undi.tp aku nk tanye ko..ko ade x terpike nk rujuk ustaz ke..mufti ke..Islam PAS ko ckp jahanam..Islam ko lak??same je aku tgk..ko kutok org selambe mambe jek..ke ko nk Islam cm Umno?kang aku kutok Umno ko mrh..dlm Umno byk seleweng..tp ade byk yg baik gak..same la mcm Pas..Tuan Guru, Harun Din..bkn calang2 org..tp ade gak yg agenda sendiri cm AP Shah Alam tu..so?(komen2)ni la fungsi pembngkang..dlm pentadbiran..fungsi ulama' ialah menegur sekiranya pemimpin tersilap..xde pembangkang SS(syok sendirik) la jwb nye..zalim..dah tu xde org yg tegur..so?(komen2)

Anonymous said...

da'e din

semua parti politik mana ada sempurna.tp bab yang dibincangkan ni agak berat.sebabnya yang dia orang dok pertahankan ni,dok gila nak jadi pemimpin negara.ok lah jika anuar tak nak bersumpah aku tak kesah.tp bg la dna.klu tak nak bg dna,buatlah ujian ketepatan suara.

oklah sekarang aku cakap anuar tak yah bersumpah kerana banyak songehnya.tp takkan tak leh bg dna kot atau ujian ketepatan.amacam berani tak.?????dah isu sumpah banyak masalah sangat

aku pon heran kenapa dia orang dok bela anuar sangat.

aku masih ingat lagi semasa dulu umno dan pas.aku rasa pas tak lah macam ni teruk.

yang nik ajis dengan songehnya.dulu siap cabar tun M letak jawatan.sekarang sampai dah nak nyanyuk pon dok menggila nak pegang jawatan lagi.apa hal ni tok nik.tolong jawap sat!!!!s

Da'e Din said...

Salam,maaf,lame gak aku berfikir,perlu ke aku menjawab persoalan ini..sebab terlintas secarat tiba2 di benak fikiranku kata2 seorang ulama' masyaikh ketika aku mengikutinya di N9..Syeikh Muhammad Fuad Kamaluddin Al-Maliki Al-Rembawi yg berkata orang yg berilmu ialah orang yg tidak banyak bercakap..org yg banyak bercakap menunjukkan kedengkelan ilmunya sendiri..yg mana beliau membawakan kisah Imam Nawawi yg hanya menjawab 3 drp 27 soalan yg diajukan kpd beliau..selebihnya beliau menjawab dgn "Wallahua'lam" wlupun sebenarnya beliau sgt arif...dan bukankah ada pepatah kita, semakin banyak bercakap semakin banyak terzahir salahnya...
...asif 'ala kulli hal...

Amar Sabri said...

Hangpa pi laman ni..ada video best punya...
Layan no..muhaha.

http://www.fariszaz.com/2011/03/pendapat-ulama-berkaitan-fitnah-zina.html

Anonymous said...

Dewan Ulama cuma tolak video Seks. Bukan tolak perlakuan seks dalam video tersebut. Maknanya: bagi Dewan Ulama: perlakuan seks sumbang hero tersebut itu tidak salah dan dibenarkan. Boleh buat selalu. Yang tak boleh ialah pendedahan kebenaran video tersebut kerana boleh menjejaskan undi parti untuk berkuasa.
Kalau Dewan Ulama ada wibawa, saman sahajalah Dato` Eskay yang membuat pendedahan tersebut. Kalau setakat meluluskan usul, tak payah le ulama, budak sekolah rendah pun boleh buat.

Amar Sabri said...

Aah...betui2..pandai hang no(layankan ja lah)..
(ni la yg dinamakan taksub Umno memBABI buta)..
Muahaha..ada gak no org cm hangpa ni.
Saudare Dae Din..
Hang tok sah nk berabih masa la dengan depa ni..respek kt hangpa..komen2 hangpa tu buat Sy berfikir..dasyat..
Islam for all aspect...
Not Parti for Islam...
Umno ka Pas ka DAP ka klu ke arah Islam kita undi la..Pi la mengaji lbh ckt..hangpa n pon..Muahaha.

Da'e Din said...

Salam bagi yg beragama Islam dan Salam Sejahtera bagi yg bukan beragama Islam..
Sesungguhnya setiap agama adalah mengajarkan ahlinya kepada kebaikan..dalam Islam, Islam mengatakan setiap manusia itu suci bersih ketika lahir..
Ini bermkna setiap manusia sebenarnya baik, dan jika menjadi jahat,manusia itu pasti tidak akan pernah berpaling jika dia menemui kebenaran...
Terima kasih atas komen saudara Amar Sabri..
Setiap pujian itu harus dipulangkan kepada Allah..
Sy hanya hambanya yg daif dan hina..

Kepada saudara2 penyokong BN di blog ini...Sy memohon ampun jika ade kate2 yg mengguris...
Niat di hati hanya ingin mempertikai ape yg tidak same di benak ini..berkongsi ilmu..dan menerime pndapat sahabat2 di pihak yg berlainan..

Buat saudara Anonymous...
Anda masih ingat Sy pnh mengutuk SDR YB Khalid Samad(AP Shah Alam)?
Sy berpendapat begitu atas isu Kalimah ALLAH utk bkn Islam...
Tp...
Di sini Sy ingin berkongsi 1 video, yg mane Sy amat tertarik dgn setiap kata2 beliau...
Klu betul kita sokong...
Klu salah kita tegur...
Tegur berilmu...
Bkn mengkafirkan...
Allah berfirman...klu seorang mukmin mendoakan sahabatnya..
Sesungguhnya akan kembali kepada dirinye sendiri...
Klu ko kafirkan org??
Jwpn:Lu Pikir la Sendiri kate Nabil..ahaks.

http://www.youtube.com/watch?v=XmVXNyDLhBA&feature=related
(ni die..merungkai semue persoalan saudara Anonymous, malah ade persoalan bonus lg utk difikirkan saudare)
Enjoy your watching..layan smpi hbs yo..huhu.

 
 
Blogger Templates