Social Icons

Pages

Thursday, June 02, 2011

BLOGGER.COM AKAN DI TUTUP ???


Blogger.com telah membuat sesi membaik pulih laman web berkenaan sejak 11 mei 2011, namun sehingga kini proses tersebut masih belum lagi pulih sepenuhnya. Spekulasi pun mula berlegar di internet dengan khabar angin bahawa ini lah proses pembaik pulih yang paling lama dalam sejarah blogger .com dan timbul rencana bahawa laman web berkenaan akan ditutup pada 25 Jun 2011.

Seperti yang dikatakan di laman web Softpedia, Memang benar akan dilakukan penutupan pada bulan June akan datang. Tapi bertenang duhulu, Laman Blogger yang akan di tutup tersebut bukanlah secara keseluruhannya, melainkan akaun blogger lama yang mendaftar sebelum tahun 2007.

Sebelum Blogger.com di ambil alih oleh Google, laman web tersebut menggunakan sistem akaun mereka sendiri sehingga tahun 2006. Setelah proses pengambil alihan dilakukan. Pengguna diminta melakukan pemindahan pada 2007.


Selama empat tahun, Ternyata intergrasi tidak dilakukan secara automatik sehingga pada akhirnya blogger.com memutuskan akan menghapuskan akaun bagi pengguna lama.

Bukan hanya akaun lama yang di berhentikan, bahkan blog yang mempunyai hubung kait dengan pengguna lama juga akan dihapuskan jika pengguna tersebut tidak melakukan pemindahan ke sistem yang baru sebelum 25 Jun 2011 ini.

Sebelum ini, Google juga menghadapi masalah yang sama di YouTube dan telah mengeluarkan peringatan serupa baru-baru ini. Mereka meminta para penggunanya untuk memiliki akaun Google terlebih dahulu.

Dari infomasi semasa,pihak google akan memberi keterangan lebih lanjut sebelum penutupan dilakukan sebelum 25 Jun 2011.

UNTUK SELANJUTNYA

KLIK DI SINI

Wayne - Find me on Bloggers.com

2 comments:

taipingmali said...

nak tutup pun tutup lah,,,,jom cepat kita buka akaun Tumblr.

aesalno said...

amende la yang ko lapor ni... tu bukan blogger.com yang nak tutup la mangkuk!.... adeh na....

 
 
Blogger Templates