Social Icons

Pages

Thursday, June 02, 2011

PAS MEMINTA SEMUA NEGERI PAKATAN TUNAIKAN MANIFESTO 2008 !!!



Dewan Pemuda Pas Pusat mengingatkan kepada kerajaan negeri pakatan pembangkang supaya segera menunaikan segala manifesto 'negara berkebajikan' yang dibuat pada 2008.

Pada masa yang sama,Ketuanya,Nasruddin Hassan turut menggesa Kerajaan Negeri Pas Kelantan dan Kedah supaya memperbaiki semua kelemahan parti itu di peringkat negeri masing-masing.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhvyKKR5i4e076Qxkyr-5alEYqHTsCAbvAkjEF-lwKg2auXtKZibjY2U0_arHrAtW6WxGhNPKb8sYvkpE1jCCvHAwdRk2xYCriGYIvi5qSNhJ6Zy__ZHyH-eB24umHLutV1SPKUk6nEkE9b/s1600/PAS-440.jpg

"Kita tidak mahu kekalahan teruk pada 2004 berulang jika semua perkara ini tidak diselesaikan dengan segera sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 kerana rakyat menilai kita.Ini kerana pada PRU-13 nanti pengundi muda akan mencapai tujuh juta orang atau menepati 50 peratus dan mereka ini terdedah kepada semua maklumat," katanya ketika menyampaikan ucaptama sempena Muktamar Dewan Pemuda Pas.

UTUSAN melaporkan Mengulas lanjut,Nasruddin berkata,komposisi pengundi muda seperti itu menjadi isyarat bahawa kebangkitan anak muda untuk melakukan perubahan sosial, ekonomi dan politik bukan perkiraan yang kosong.Sebaliknya jelas beliau, ia benar-benar berpotensi untuk meletus dan hakikat tersebut telah pun terbukti di beberapa negara Asia Barat sehingga menyaksikan kerajaan yang memerintah ditumbangkan.



Dalam pada itu,Dewan Pemuda Pas juga menggesa supaya semua parti dan pemimpin politik di negara ini mengamalkan budaya politik berakhlak dengan menitikberatkan soal keadilan dan kesaksamaan.Katanya, budaya politik yang berteraskan fitnah dan pembunuhan karakter sama ada membabitkan pihak pembangkang mahupun kerajaan perlu dihentikan dengan serta-merta.

PAS DAH DESAK UNTUK TUNAIKAN MANIFESTO !!!

KEPADA SEMUA NEGERI YANG DITAWAN OLEH PAKATAN TUNJUKKAN !!!

TOLONG UTAMAKAN RAKYAT !!!

Wayne - Find me on Bloggers.com

1 comment:

Tuan Tanah said...

aik dah nak masuk lagi sekali punya election dah..xkan baru nak suruh tunaikan janji??selama ni wat pe?tido ke?

MARI KITA DESAK KERAJAAN HAPUSKAN SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN UNTUK BINA BANGSA MALAYSIA!!!

 
 
Blogger Templates