Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man diramal melangkah bergaya ke kerusi nombor dua PAS dengan sokongan ulama yang kini beralih arah kepadanya.Setelah berkhidmat selama tiga penggal,Timbalan Presiden PAS Nasharudin Mat Isa dijangka dihumban keluar daripada kepimpinan tertinggi parti Islam itu oleh tokoh ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Tuan Ibrahim juga diramal bakal melangkah bergaya ke kerusi nombor dua PAS dengan sokongan ulama yang kini beralih arah kepadanya,sekali gus turut mengetepikan pemimpin popular di peringkat akar umbi Mohamad Sabu.Hasrat golongan ulama mahu mengangkat Tuan Ibrahim sebagai 'ayam tambatan' baru bagi menggantikan Nasharudin tidak dapat dibendung lagi apabila dikatakan beberapa kali memujuk Tuan Ibrahim yang pada mulanya enggan bertanding.
Menurut pemerhati politik PAS Mohd Sayuti Omar,penyertaan Tuan Ibrahim,kini naib presiden dilihat seakan-akan "firman" yang mampu memenangkannya.
"Penyertaan Tuan Ibrahim ini seperti firman, tidak kiralah daripada atas atau bawah (hierarki parti)," katanya.
"Bagaimanapun kelemahannya,(apabila) perwakilan melihatnya sebagai oportunis kerana mengumumkan kesediaan di saat-saat akhir (sebelum tarikh akhir penerimaan).Oleh kerana dapat pencalonan banyak, beliau pun masuk."
MALAYSIAKINI melaporkan Mohd Sayuti yang juga ketua pengarang Siasah akhbar yang banyak melaporkan kegiatan PAS bagaimanapun tidak menyatakan dengan jelas dari mana datangnya "firman" itu secara terperinci.
Sementara itu menurut sumber yang dekat dengan golongan ulama, usaha mengetengahkan Tuan Ibrahim dijalankan oleh beberapa "pemikir" di belakang Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kebanyakannya terdiri daripada beberapa "ilmuan" dan ahli akademik.
Pujuk,Ziarah Rumah
Menurutnya,bagi menjayakan agenda ini,beberapa pemimpin penting PAS,antaranya Ketua Dewan Ulama Dato Harun Taib diutuskan menemui dan memujuk Tuan Ibrahim secara berterusan sehingga didakwa memberikan tekanan kepadanya untuk bertanding.
"Peranan ini dimainkan oleh Dewan Ulama dan apa yang disebut sebagai 'Geng Terengganu'. Usaha mereka ini termasuklah mengadakan ziarah ke rumah Tuan Ibrahim. Usaha yang sama juga dijalankan pada (Ketua Pemuda) Nasrudin Hasssan," jelasnya.
Menurut sumber lagi,golongan ulama dalam PAS terpaksa mengambil langkah drastik itu kerana mereka tidak boleh lagi bergantung kepada Nasharudin untuk menjalankan agenda kumpulan itu.
"Imejnya sudah terjejas," katanya merujuk kepada prestasi anggota parlimen Bachok itu yang menjadi sudah menjadi cakap-cakap di kalangan pemimpin PAS.
Kemasukan Tuan Ibrahim sebelum ini dilihat ekoran kebimbangan golongan ulama terhadap asakan kuat Mohamad yang bertanding untuk jawatan itu buat kali kedua dan menjadi yang paling awal mengumumkan hasratnya itu.Ia juga dikatakan mengambil perkiraan jumlah pencalonan Tuan Ibrahim yang memberangkang.Menurut sumber,pesuruhajaya PAS Pahang itu mendapat 39 pencalonan di belakang Mohamad (47) dan Nasharudin (43).Bagaimanapun, terdapat difahamkan sekurang-kurangang 15 kawasan yang menyokong Tuan Ibrahim gagal menghantar pencalonan pada masanya untuk diterima.Sementara itu, ramai penganalisis politik rata-rata melihat pertembungan tiga penjuru untuk merebut kerusi nombor dua itu bakal berlangsung sengit dan tiada kemenangan mudah akan berlaku.
Tapi Dia 'Nobody'
Ramai daripada mereka sepakat bahawa pertembungan sebenar masih antara Tuan Ibrahim dam Mohamad Sabu. Nasharudin pula dilihat agak terkebelakang dan masih bergelut mempertahankan sokongan sedia ada, di samping memenangi hati golongan profesional PAS.Felo Kanan Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB),Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Madya Dr Kamaruzaman Yusoff mengakui bahawa kali ini Nasharudin masih menghadapai protes terhadap kepimpinannya yang besar.
"Cuma persoalannnya,ke mana undi itu akan pergi ??? Sama ada pada Mat Sabu atau Tuan Ibrahim. Tetapi saya dok jangka, kemungkinan besar Tuan Ibrahim akan memang. Kemungkinan ada kompromi dengan Mat Sabu (di saat akhir)," katanya.
Bagaimanapun,menurut Dr Kamaruzaman,cabaran bagi kumpulan ulama apabila berlakunya perpecahan undi di antara Nasharudin dan Tuan Ibrahim dan populariti Mohamad sebagai pemidato terkenal yang didakwa kukuh menguasa beberapa negeri seperti Sabah, Johor, se sebahagian Selangor dan Kelantan.
Sementara itu,Ketua Eksekutif Institut Hal Ehwal Demokrasi dan Ekonomi (IDEAS) Wan Saiful Wan Jan pula berpendapat sebaliknya.Baginya, walaupun Mohamad masih memikul beban pemikirannya yang berbeza, pendekatan kempennya setakat ini "bagus" dan tidak berlebih-lebihan.
"Ia berjalan dengan betul," katanya sambil memberita dalam PAS, calon yang lebih berkempen boleh mengundang kekalahan.
Walaupun Tuan Ibrahim dianggap cabaran itu, tetapi bekas 'selebriti agama' itu dilihat "nobody" (bukan sesiapa) dalam sepak terajang poitik tanah air dan hanya berpengaruh dalam lingkarannya sendiri sahaja,dakwa Wan Saiful.
No comments:
Post a Comment