Social Icons

Pages

Monday, June 20, 2011

SAH !!! PAS TEROMPAH DAP !!!



Pengakuan Mursyidul Am Pas,Nik Aziz mengenai ketidakpuasan hati ahlinya dengan tindakan parti menukar istilah perjuangan 'Negara Islam' kepada 'Negara Berkebajikan' jelas membuktikan pemimpin dan parti itu sebagai 'terompah' DAP.Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata,pengakuan itu juga membuktikan kepimpinan Pas lebih takut dan berusaha menjaga hati DAP sebagai sekutu pembangkangnya daripada mengambil kira pandangan ahli-ahli parti sendiri.

"Jadi, Nik Abdul Aziz serta kepimpinan Pas memang jelas lebih takut kepada DAP kerana penukaran konsep perjuangan kepada 'Negara Berkebajikan' hanya diumumkan pada muktamar parti itu, baru-baru ini.Sepatutnya, penukaran konsep itu dilakukan lebih awal melalui referendum atau forum yang diperdebatkan ahli-ahli Pas untuk dipersetujui,tetapi tiba-tiba sahaja diumumkan pada muktamar.Ini satu jenaka," katanya'

UTUSAN melaporkan Dr. Mohd. Puad Zarkashi membalas kenyataan Nik Aziz yang menyifatkan pemimpin UMNO itu sebagai 'Ah Chong' dan 'terompah' MCA kerana mencabar Pas menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu,ekoran perubahan konsep perjuangan Pas.Pada satu majlis di Kota Bharu,Nik Aziz turut mengakui terdapat segelintir ahli Pas sendiri yang tidak berpuas hati dengan perubahan slogan perjuangan kepada 'Negara Berkebajikan' oleh parti itu.

http://terompahbesi.files.wordpress.com/2011/05/img_3965.jpg?w=300&h=200

Lebih mengejutkan,Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan turut mengakui pengguguran nama Islam dalam slogan itu kerana terdapat kaum Cina,India dan ahli UMNO yang takut dengan perkataan Islam dalam perjuangan Pas sebelum ini.

Dr. Mohd. Puad Zarkashi menambah,beliau kali ini enggan mencabar Pas menggugurkan perkataan Islam dalam parti,sebaliknya merayu parti itu melaksanakannya segera kerana ia semakin mengelirukan masyarakat termasuk yang beragama Islam.

"Kenyataan Nik Abdul Aziz adalah pelik dan mengelirukan dan ia jelas membuktikan Pas semakin terdedah kepada kelemahan serta kesilapan. Jadi atas prinsip moral, mereka tidak patut memperjudikan perkataan Islam yang suci itu. Cukuplah," katanya.

Sementara itu,pada satu majlis di Batu Pahat Dr. Mohd. Puad Zarkashi turut menyifatkan pertukaran istilah perjuangan Pas itu terjadi kerana wujud perjanjian di antara Pas dan DAP yang didalangi oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim demi kepentingan politik pihak pembangkang.

2 comments:

Anonymous said...

TEROMPAH KER SELIPAR KER, YG PNTNG UMNO/BN MESTI DIKUBURKAN PRU 13...


KO KATA LA APA SAJA PUN, RAKYAT TETAP TAK KAN UNDI UMNO/BN LG...

Anonymous said...

bukan rakyat yang tak nak undi umno.tp hanya orang pas yang tegar yang pilih hampas.

 
 
Blogger Templates