Social Icons

Pages

Friday, July 22, 2011

CALONKAN ANJING PUN BOLEH MENANG ???




AKHBAR Nanyang Siang Pau terbitan 18 Julai 2011 menyiarkan artikel mengenai komen seorang pemimpin bawahan DAP di laman sosial,Facebook bahawa parti DAP akan menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 walaupun ia meletakkan seekor anjing menjadi calon.

Artikel bertajuk ‘Calonkan anjing pun boleh menang ???’ tersiar dalam ruangan Pendapat Yuanlun di halaman A13 akhbar berkenaan.

Menurut penulis yang menggunakan nama samaran,Qian Wei Tian,walaupun komen yang disiarkan dalam laman sosial berkenaan bertujuan mempersendakan Barisan Nasional (BN), ia jelas sekali bukanlah sesuatu yang sepatutnya ditulis.Komen itu dibuat kerana pemimpin berkenaan terlalu yakin bahawa tiupan angin menyokong pembangkang pada PRU Ke-13 sangat kuat,terutama sekali di kawasan pengundi bermajoriti Cina.Kepimpinan DAP menganggap mereka sudah semakin hebat kerana masyarakat Cina sudah pasti akan menyokong parti itu. Tanggapan itu telah menghina kebijaksanaan dan kebolehan pengundi Cina yang sebenarnya boleh mengubah keputusan mereka pada bila-bila masa dan bukannya menjadi pak turut sahaja.


Dalam perkembangan lain,baru-baru ini,Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor dari DAP, Datuk Teng Chang Kim secara keras mengkritik akhbar Cina.Beliau menyifatkan pemberita dan akhbar Cina seperti sampah yang sudah tidak bernilai lagi.Pada mulanya penulis tidak faham kenapa seorang ahli politik yang begitu kanan dan berketurunan Cina bersikap sedemikian. Sedangkan,beliau memerlukan akhbar Cina bagi menyampaikan maklumat kepada kaum itu.

Apakah hasilnya jika beliau mengkritik dan menghina akhbar Cina ??? Adakah beliau sudah menjadi malaikat, yang boleh menghumban jauh-jauh akhbar Cina ???

Setelah membaca komen yang disiarkan dalam Facebook pemimpin bawahan DAP berkenaan, segala persoalan yang bermain dalam fikiran penulis berhubung tindakan Chang Kim akhirnya terjawab.Beliau sudah tidak perlukan akhbar Cina untuk membuat sebaran propaganda parti itu,kerana Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Pinang itu tetap akan menang pada pilihan raya akan datang.Chang Kim 1,000 kali ganda lebih baik daripada seekor anjing,buat apa lagi perlukan akhbar Cina ???


Kepada pemimpin DAP yang menganggap mereka disokong sepenuh oleh masyarakat Cina, mereka seharusnya memberi perhatian terhadap kata-kata seorang sasterawan Cina di Malaysia yang bernama,Chang Mu Chin.Menurut beliau: “Ada orang yang menganggap alat yang mempunyai kuasa ghaib (seperti propaganda melalui Internet) sudah berada di tangan mereka. Oleh itu, akhbar dan media Cina boleh diketepikan dan dipijak-pijak.”

Sebenarnya,sehebat macam mana sekali pun kuasa dunia Internet, ia tidak semestinya dapat mempengaruhi keseluruhan jiwa masyarakat Cina. Walaupun pepatah Cina ada menyatakan ‘dapat tawan jiwa rakyat bermakna dapat menawan pemerintahan’. Tetapi, bagi orang yang hanya membuat tanggapan bahawa diri mereka telah dapat menawan jiwa rakyat, belum tentu dapat menguasai pemerintahan.Untuk menawan jiwa rakyat,kita perlu lakukan perkara yang sebenar, iaitu turun padang untuk berkhidmat dan berjumpa dengan pengundi.Bukannya hanya dengan membuat dakyah dan berteriak untuk menawan jiwa rakyat.Jika ini tidak dapat dilakukan oleh DAP, ia bermakna parti itu hanya memperkecil-kecilkan pengundi Cina dan terlalu meletakkan harapan tinggi akan disokong oleh kaum berkenaan.

KEMATANGAN DEMOKRASI MALAYSIA

Akhbar China Press bertarikh 14 Julai 2011 pada halaman C13 berkongsi pandangan mengenai perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 2.0. Artikel dalam ruangan perbincangan umum rakyat yang tidak mencatatkan nama penulis bertajuk ‘Selepas Bersih 2.0 Malaysia nampaknya lebih dewasa dan lebih tegap sedikit.’

Sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai, ramai rakyat yang khuatir kerana sejak dahulu sehingga sekarang, negara kita dikatakan seperti kanak-kanak yang masih perlu dipegang tangan untuk berjalan, dalam mengharungi demokrasi.Mereka merasa cemas dan risau, jika kanak-kanak terbabit dibiarkan berjalan sendirian dia akan jatuh tersungkur ke dalam longkang. Terdapat juga kebimbangan kanak-kanak itu akan diculik oleh penjahat.Sebab itu, pada hari perhimpunan berkenaan, rakyat negara ini dan seluruh dunia menumpukan sepenuh perhatian terhadap apa yang sedang berlaku di Kuala Lumpur dan Malaysia. Mereka ingin melihat bagaimana kanak-kanak yang tidak lagi dipimpin tangannya belajar berlari dalam mengharungi demokrasi.



Akhirnya, selepas 9 Julai, semua pihak menyedari bahawa demokrasi di Malaysia sebenarnya sudah matang. Kanak-kanak yang cuba belajar berlari secara sendirian itu, sebenarnya sudah dewasa.Sifat kanak-kanak yang berpendapat memang wajar rakyat tidak mendapat hak dan keadilan, perasaan senang hati untuk menerima rasuah dan penyelewengan serta rela pemikirannya dilemahkan telah dibuang.Yang ada hanya sifat-sifat orang dewasa yang mempunyai lebih banyak keyakinan pada diri sendiri.

Maknanya, demokrasi di negara ini bukan lagi ditentukan oleh segelintir pihak, sebaliknya seluruh rakyat sendiri yang akan memperjuangkannya.Mereka juga membantah amalan rasuah, kerana ia hanya akan menguntungkan pegawai dan kakitangan kerajaan tertentu dan politikus yang tidak bertanggungjawab.

RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:

Acilut said...

Jangan kecoh... Sabar...

DAP meletakkan anjing sebagai calon mereka. Ditakdir DAP menang!

Bermakna penyokong DAP meletakan seekor anjing menjadi wakil mereka!!!

Menyokong dan melantik anjing sebagai ketua?...
Dimana mertabat mereka sekarang...
Sebenarnya merekalah yang lebih rendah dan hina daripada anjing...
dan itulah realitinya...

Setelah mendapat segala kemudahan dan kesenangan di bumi Melayu, Malaysia...

Tidak pernahpun mereka bersyukur...

Sebaliknya...

Disalaknya pula kaum Melayu yang pemurah ini...

Inilah anjing2 kurap DAP!!!

Anonymous said...

Salam perjuangan dan salam tinta berdarah dari saya untuk semua blogger. saya dah follow dan pautkan blog tuan di blog saya.Harap tuan dpt memautkan blog saya dalam senaraian tuan demi alif ba ta. Ini blog saya http://keris7lok.blogspot.com/ . Matlamat saya untuk berblog adalah untuk menangkis serangan-serangan serta fitnah-fitnah dari Penipu Rakyat dan mempertahankan parti keramat UMNO dan mendukung Artikel/Perkara 11, 152,153 dan 160..

Pesanan saya kepada mana-mana blogers PR yang cuba merosakkan nama baik parti UMNO/BN atau ingin memusnahkan parti UMNO/BN..tinta berdarah Keris 7 Lok menanti..aku takkan menyebarkan dakyah fitnah..kerana aku punya agama ISLAM..aku takkan menyebarkan pembohongan yang menjadi punca perpecahan kaum..kerana aku punya bangsa MELAYU..dan aku takkan memburukkan negara aku...kerana aku punya tanahairku MALAYSIA..

Anonymous said...

kita bagi dorang pikir lebih. cakap terang2, tak sokong bn kalu bn perintah negara korang bengkrap. nak cari makan atau nak cari gaduh. jgn harap sama itu pas atau pkr, itu olang melayu sudah tolak, lu kalah lu tau la, itu skolah cina pun nanti kita kasi tutup, menteri cina sudah tak la.mca kalah sama dap. ni bukan pas ma, ni umno. lu akan kata haya banyak susah mau cari makan ma.pikir itu pas boleh tolong, betut boleh ka.

 
 
Blogger Templates