Social Icons

Pages

Thursday, July 21, 2011

KERAJAAN HARUS SEKAT ANWAR IBRAHIM DI INDONESIA !!!


Kerajaan perlu bertindak menyekat segala kegiatan Anwar Ibrahim yang dipercayai giat membina rangkaian dan memperkukuhkan hubungan dengan Indonesia.Ini kerana kegiatan Ketua Pembangkang itu dalam memberi tekanan antarabangsa terhadap kerajaan Malaysia sangat berbahaya kepada keselamatan negara.

Satu temubual telah di buat oleh media berhubung dengan kenyataan tersebut.Pensyarah Geopolitik,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata,jika benar kegiatan seperti itu berlaku maka ia bukan sahaja akan memporakperandakan hubungan antara kedua-dua negara malah turut menjejaskan imej kerajaan di peringkat global.


"Jika kemungkinan ini berlaku, ia satu petanda yang tidak sihat. Saya lihat tindakan itu tidak sesuai dengan status beliau sebagai ahli politik kanan. Ini kerana kalau masalah negara kita diperjelas, dibentang dan dikritik di luar negara, ia sudah pasti akan memberi gambaran tidak baik.Negara umpama sebuah keluarga, buat apa nak bercerita keburukan ahli keluarga kita kepada orang lain. Kenapa mesti meminta pandangan pihak luar untuk menyelesaikan masalah negara sendiri?" katanya.

Beliau mengulas mengenai tindakan Ketua Pembangkang itu memperluaskan pengaruh 'Anwarisme' dengan mengadakan siri jelajah dan dialog bersama rakyat di negara jiran tersebut,baru-baru ini.



Prof. Madya Dr. Mohd. Fuad Mat Jali berkata,tindakan memburukkan nama negara itu juga seakan-akan memberi ruang kepada pihak luar untuk mencabuli urusan dalaman negara.Ini memandangkan,banyak ruang yang boleh digunakan dalam menyelesaikan masalah tanpa perlu merujuk kepada pihak luar yang belum tentu memihak kepada negara.

"Mereka (pihak luar) boleh memberi pandangan tetapi penglibatan mereka mesti paling minimum serta tidak boleh mempengaruhi rakyat dan keamanan negara," ujarnya.

Sementara itu dalam masa yang sama,ulasan oleh Presiden Persatuan Pemikir Profesional Melayu Malaysia, Prof. Datuk Dr. Kamaruddin Kachar beranggapan hanya segelintir pihak sahaja yang masih mempercayai Anwar.Ini kerana,kredibiliti Penasihat PKR sudah jatuh merudum dan tidak lagi dilihat sebagai seorang intelek sebaliknya sebagai pemberontak yang berhadapan dengan keruntuhan moral.


"Itu (membina dan memperkukuhkan rangkaian dengan negara luar) memang taktik Anwar untuk kata dia masih berkuasa.Tetapi keyakinan orang semakin luntur kerana perbuatan memberontak dan tabiat peribadi yang tidak bermoral.Sebenarnya yang percaya (dengan Anwar) sedikit,malah boleh dibilang dengan jari.Yang lain diupah," katanya.

ANDA NAK LAGI PANAS ???

KLIK DI SINI

ADAKAH ANDA MASIH PERCAYA PADA ANWAR IBRAHIM ???

KALAU BETUL ANWAR IBRAHIM TIDAK BERSALAH,KENAPA TAK SAMAN DATUK ESKAY ???

KENAPA TAK NAK TUNJUK JAM OMEGA ???

KENAPA TAK BERI DNA ???

KENAPA TAK BERSUMPAH ???

RENUNG-RENUNGKAN

1 comment:

Dot said...

"Father, please accept my confession"

"OFF COURSE"!!!!!!!!!!!!!

hahahahahaa...memang ke lautla perginya!!!

 
 
Blogger Templates