Social Icons

Pages

Saturday, July 23, 2011

QARI DAN QARIAH MALAYSIA JUARA WALAUPUN MALAYSIA KALAH DENGAN SINGAPURA !!!


Qari dan qariah Malaysia, Amirahman Abas dan Suraya Abu Hassan muncul johan kategori masing-masing pada Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Antarabangsa Ke-53 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini,malam ini.Amirahman yang membacakan surah Nahl bermula ayat 65 meraih markah 89.26 peratus manakala Suraya yang memperdengarkan surah Al-Zahraa bermula ayat ke-57 pula mendapat 88.67 peratus.Kedua-duanya menyampaikan bacaan mereka pada malam ini, iaitu malam terakhir majlis tilawah tersebut yang dihadiri kira-kira 5,000 pengunjung dan disiarkan secara langsung menerusi TV1.

Kemenangan itu membolehkan qari Malaysia tersebut masing-masing menerima hadiah wang tunai RM32,200 berserta trofi dan sijil.Hadiah-hadiah disampaikan Sultan Kedah,Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.Dalam pada itu, qari Filipina,Saudi M. Gandisa muncul naib johan apabila mengumpul markah 88.67 peratus dan tempat ketiga, Abdel Bast Mohamed dari Mesir dengan 87.88 peratus.

Bagi kategori qariah, tempat kedua dimenangi peserta Indonesia, Noor Khalidah Kapsul Anwar yang memperoleh markah 88.30 peratus dan ketiga, Nur Azizah Sholichin dari Singapura dengan 86.17 peratus.Pemenang tempat kedua dan ketiga bagi kedua-dua kategori masing-masing menerima hadiah wang tunai RM22,400 dan RM13,600 berserta sijil.Peserta lain tilawah tersebut pula menerima sagu hati berupa hadiah wang tunai RM4,800 berserta sijil.

Bagi kategori qari,tempat keempat dimenangi qari Iran, Hamidreza Abbasi dan kelima, qari Brunei, Awang Ismail Sulaiman.Qariah dari Brunei, Dayang Nuurfaezah Emran pula menduduki tempat keempat, manakala kelima, Rahima M. Panondiongan dari Filipina.

Majlis tilawah yang berlangsung sejak 16 Julai lalu bertema 'Persefahaman Asas Perpaduan Ummah' menyaksikan 81 peserta (50 qari dan 31 qariah) dari 50 negara mengambil bahagian.Penghakiman tilawah tahun ini dilakukan 16 hakim dipengerusikan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Othman Mustapha.Turut berangkat Sultanah Kedah, Tuanku Haminah Hamidun.

Majlis malam ini turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri,Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Timbalannya, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim.– Utusan

2 comments:

Anonymous said...

tahniah!

Dot said...

kerajaan nak menyambut ramadhan adakan tilawah & berbagai majlis sesuai dgn ketibaan ramadhan setiap tahun. tp timbalan presiden pas tahun ni sibuk buat press conference utk membelit!!! elokla tu..Allah SWT dah buka pekong kamu mat sapu.. makin lama makin merapu!!

*tahniah dato zambry krn memansuhkan lesen peniaga2 masa bulan Ramadhan nanti. smua pbt akan benarkan peniaga menjalankan aktiviti berjual beli tanpa halangan lesen lagi. peniaga2 pulak jgnlah ambil kesempatan plak!! ingat sikit..segalanya akan ajdi berkat jika jujur & amanah semasa berjual beli tambahan lagi di bulan puasa yg mulia!!!

 
 
Blogger Templates