Social Icons

Pages

Saturday, July 23, 2011

MAT SABU DILANGGAR KERETA WAJA DAN AKAN SAMAN POLIS ??? PULAK !!!


Timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu berkata tidak ada sebab baginya menipu apabila kononnya mendakwa sebuah kenderaan polis merempuh motosikal yang diboncengnya ketika dalam perjalanan menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai lalu.

“Buat apa saya tipu,siapa mahu masuk hospital,duduk saja,tidak boleh berceramah hentam Umno yang zalim,” katanya kepada Harakahdaily di Georgetown, malam semalam.

Malah dakwanya,tayangan video yang dipaparkan oleh polis kepada media pada Khamis lalu bagi menyangkal tuduhan mengenai kemalangan itu adalah tidak benar.


“Gambar kereta yang merempuh saya yang sedang membonceng motosikal tidak kelihatan dalam gambar kerana Pajero milik polis berada di hadapan.Jika tidak pasti nampak kereta polis (Proton Waja) merempuh sehingga saya terjatuh dari motor,” katanya.

Sehubungan itu,menurut Harakahdaily lagi,bagi menangkis tohmahan jahat polis, mat sabu sudah pun mengarahkan peguam PAS,Mohamed Hanipa Maidin supaya menyaman Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman,Datuk Saleh Mat Rashid yang melemparkan tuduhan, menghina dan memfitnahnya.pada taklimat di Bukit Aman itu berkata menurut siasatan polis,timbalan presiden PAS itu juga hanya cedera ringan dan diberi rawatan unit pesakit luar.Justeru,katanya,polis tidak faham mengapa beliau perlu berkerusi roda.

“Kami tidak tolak kemungkinan mengambil tindakan ke atasnya.Tidak terdapat sebarang perlanggaran di sini.Ini dibuktikan melalui CCTV yang terdapat di kawasan tersebut. Rakaman itu menyaksikan motosikal yang dibonceng Mat Sabu terbabas ketika melakukan pusingan U dan terlanggar Pajero polis," katanya.


Tambahnya,hasil siasatan menunjukkan Mat Sabu sebenarnya terjatuh selepas motosikal yang dinaiki hilang kawalan di sebelah kanan jalan.mat sabu pada wawancaranya dengan portal yang suka spin dalam isu sebegini,Malaysiakini pada Rabu lalu kononnya menafikan mat sabu berlakon dan mengemukakan gambar x-ray yang menunjukkan skru sepanjang 2.5 inci terpaksa dimasukkan ke belakang pelipat lutut kanannya yang mengalami kecederaan.

“Alhamdullilah berkat doa rakan-rakan semua pembedahan lutut saya untuk memasukan besi sudah pun selesai,” katanya kepada Harakahdaily semalam.

mat sabu berkata, jika polis tidak teragak-agak menyamannya kerana mendakwa dia menipu, pihak beliau juga tidak teragak-agak untuk menyaman polis atas dakwaan memfitnah dirinya.

KATA KENA LANGGAR DENGAN LAND ROVER LEPAS TU KETA WAJA PULAK

JOM LAYAN VIDEO DI BAWAH



ANWAR IBRAHIM DAN MAT SABU SAMA SAHAJA RAJA DRAMA !!!

KEPADA PEMBACA YANG ADA TWITTER FOLLOW ME @BADUTRAKYAT

6 comments:

Anonymous said...

mat sabu ni otak dia yang sepatutnya diskru.

Anonymous said...

patut bedah otak mat sapu ni kemudian di tanam kat kepala lutut dia,baru sepadan dgn perangainya tu

Anonymous said...

Diharap pihak polis jgn takut. Tunjukkan kebenaran. Hari tu Mat Sabu kata lutut dia yg sakit (berbalut kt lutut).... susah nk jalan punya psl disebabkan tersalah bohong sbb itulah kita tgk kt gambar baru ni atas keting dia pulak yg berbalut. Ini sudah mcm crite 3 Abdul. Tp kali ni 3 Mat pulak.

Dia nk saman polis??? Kan nama dia dh dimaklumkan dlm senarai yg dikeluarkan polis tidak boleh ada dlm area KL pd 9/7/2011. Knape dia masuk jgk. Org yg melanggar arahan apatah lg arahan keselamatan rasanya boleh laku ke saman tu.

Anonymous said...

Betul ke kaki dia sakit. Tk nmpk bengkak pun? Muka pun steady aje. Selalunya jika hal berkaitan lutut ni... mana boleh bengkokkan. Doktor mesti suruh luruskan kemudian baru balut. Saya pernah kena psl tu tahu. Jika tk caya cuba tanya sesiapa yg ada member doktor.

Anonymous said...

dalam report polis pada 14/7/11, mat sabu kata kereta waja yang langgar.

Anonymous said...

Dalam Malaysiakona bertarikh 11 Julai 2011, Mat Sabu di langgar Land Rover, jadi mane dulu yg kita nak ikut??? Laporan polis bertarikh 14/7 ke atau Malaysiakona 11/7??

Kalau betul Mat sabu dilanggar Waja polis dan membuat laporan polis pada 14/7, kenapa tiada seorang penganut PR pun yg menegur surat khabar lidah setan mereka tu?? Bila polis keluarkan video mengenai dakwaan Mat Sabu berdasarkan laporan media 11/7 tu baru penganut PR nak melompat2 macam kanggaru...

Bukan satu akhbar je yg mengeluarkan berita Mat sabu tu, ade lagi selain Malaysiakona. Jadi siapa yg menipu dalam hal ni??

 
 
Blogger Templates