Polis telah melengkapkan siasatan kes Timbalan Presiden Pas,Mohamad Sabu @ Mat Sabu yang mendakwa dilanggar oleh sebuah kereta Proton Waja milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) ketika perhimpunan haram di ibu negara,9 Julai lalu.Menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar,kertas laporan berkenaan telah siap dan dihantar ke pejabat Peguam Negara (AG),baru-baru ini.
"Saya tidak ingin mengulas lanjut,namun kertas siasatan telah siap dan dihantar kepada AG," katanya ketika ditemui pemberita selepas menutup Bengkel Pembangunan Aplikasi Siasatan Trafik di sini,semalam.
Datuk Seri Khalid Abu Bakar turut memberitahu,beberapa kertas siasatan lain berkaitan penganjuran perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) juga telah dihantar kepada AG.
"Ada kertas siasatan telah dihantar kepada AG, malah ada juga yang dipulangkan semula kepada pihak polis dan kita akan hantar kembali dalam masa terdekat.Setakat ini apa yang boleh saya beritahu adalah siasatan kini pada peringkat akhir," jelasnya.
Ditanya tentang tarikh pendakwaan terhadap beberapa individu yang terlibat secara langsung dengan Bersih,Datuk Seri Khalid Abu Bakarmenjelaskan, ia bergantung kepada keputusan AG.
"Terpulang kepada AG dan kita masih menunggu keputusan itu,setelah pihak mereka menilai kertas siasatan yang dilakukan polis," katanya.

No comments:
Post a Comment