Social Icons

Pages

Friday, July 29, 2011

SISTEM BIOMETRIK VS DAKWAT KEKAL !!! INI JAWAPAN DATUK SERI NAJIB !!!



Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak membidas sikap Pakatan Haram yang menolak langkah kerajaan mahu memperkenalkan penggunaan biometrik bagi mengesahkan pengundi pada pilihan raya.Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan,pihak Pakatan Haram ini hanya mahu membantah apa sahaja keputusan yang dibuat kerajaan sama ada menggunakan dakwat kekal atau biometrik bagi menambah baik sistem pilihan raya di negara ini.

"Mereka sekadar mahu membantah apa juga yang kita lakukan.Mereka mahu jadikannya isu kontroversi dan mencari kesalahan.Tiada pendirian konstruktif di pihak mereka," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Belia 1Malaysia di Mini Stadium Pendang,Kedah Semalam.


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,Pakatan Haram sebenarnya bukannya mahu mencari sesuatu yang dapat menambah baik sistem sedia ada tetapi mereka hanya mahu mencari kelemahan dalam sistem berkenaan.Katanya,apabila kerajaan mahu memperkenalkan biometrik,mereka mengatakan penggunaan dakwat kekal adalah lebih baik dan beliau percaya jika kerajaan mahu menggunakan dakwat kekal maka pembangkang akan mengatakan biometrik lebih baik.Beliau berkata,kerajaan memutuskan untuk menggunakan sistem biometrik kerana ia merupakan sistem yang saintifik dan tidak boleh dimanipulasi berbanding dengan dakwat kekal.

"Bagi dakwat kekal,anda boleh kenal pasti sumbernya.Anda boleh dapat daripada sumber-sumber lain dan buat perkara yang sama.Ia satu kerugian kepada rakyat yang tidak dapat pergi (mengundi)," katanya.


Dalam ucapannya,kerajaan BN tidak bergantung kepada slogan atau retorik seperti parti pembangkang hingga terpaksa mengubah dari mahu membentuk negara Islam kepada negara kebajikan.Menurut beliau sebaliknya,BN sentiasa mementingkan perancangan teliti untuk melaksanakan perubahan besar kepada rakyat dan negara.ini kerana kerajaan sentiasa berpegang kepada maqasid syariah iaitu untuk menjaga agama,nyawa dan harta benda agar kehidupan rakyat sentiasa terpelihara.Namun tegas beliau,tindakan pihak pembangkang adalah sebaliknya kerana hanya suka memburuk-burukkan kerajaan dan negara serta berbohong kepada rakyat seperti perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai lalu.

No comments:

 
 
Blogger Templates