Social Icons

Pages

Tuesday, August 02, 2011

ADAKAH MALAYSIA MENGGUNAKAN SISTEM DEMOKRASI ??? INI JAWAPAN DATUK SERI NAJIB !!!


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata,kerajaan sentiasa percaya dan berpegang kepada sistem demokrasi berparlimen dalam memastikan pemerintahan negara benar-benar dibuat oleh rakyat menerusi pilihan raya.Kata Perdana Menteri,tidak ada sesiapa pun yang boleh menafikan bahawa sistem demokrasi berparlimen itu tetap wujud di negara ini meskipun ia sering dibandingkan dengan negara-negara lain seperti United Kingdom dan Amerika Syarikat (AS).

''Rakyat boleh memilih untuk tidak memihak kepada kerajaan pada pilihan raya walaupun saya berharap itu tidak berlaku.Tetapi ia boleh berlaku kerana adanya demokrasi berparlimen yang sangat subur di negara ini," katanya ketika berucap pada Persidangan Tahunan Pimpinan Mahasiswa Malaysia 2011.

BERNAMA melaporkan Datuk Seri Najib Tun Razak menambah,sebuah pilihan raya yang adil dan telus di negara ini juga tidak wajar dipertikaikan kerana sekiranya sistem demokrasi itu boleh dimanipulasi,maka adalah mustahil untuk pembangkang memenangi pilihan raya-pilihan raya tertentu.Malah,beliau turut memberi contoh bagaimana kerajaan Pas berjaya mengekalkan pemerintahan di Kelantan pada pilihan raya 2004 dengan kelebihan satu kerusi yang beza majoritinya hanya dua undi.

''Jika benar kerajaan boleh memanipulasi undi,maka adalah mustahil untuk kita melepaskan Kelantan dengan kemenangan dua undi di kerusi (Pulau Chondong) itu," katanya.

Datuk Seri Najib Tun Razak turut menegaskan bahawa,tidak ada cara untuk undi itu dimanipulasi kerana wakil pembangkang dan kerajaan turut berada di tempat pembuangan dan pengiraan undi sebagai pemerhati.

No comments:

 
 
Blogger Templates