Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini selamat menjalani pembedahan lutut kirinya, yang cedera akibat bersukan,melalui pembedahan "arthoscopic" di Hospital Kuala Lumpur (HKL).Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata pembedahan dilakukan secara minimum dengan memasukkan peralatan skop untuk melihat kerosakan lututnya, dan menerusi skop tersebut, alat pembedahan digunakan untuk membaiki kecederaan tersebut bermula pada pukul 8.30 pagi.Pembedahan berjalan dengan baik dan hanya mengambil masa selama 45 minit,katanya dalam satu kenyataan hari ini.
"Para doktor yang bertanggungjawab puas hati dengan hasil pembedahan tersebut," katanya.
BERNAMA melaporkan Dr Hasan berkata Perdana Menteri telah dinasihatkan supaya berehat di hospital sehingga Rabu ini,beliau dijangka boleh memulakan semula tugas pada minggu hadapan.Khamis lalu semasa mengadakan lawatan kerja ke Kedah,Datuk Seri Najib Tun Razak memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan menjalani pembedahan itu ekoran kecederaan dialaminya semasa melakukan sepakan penalti ketika bermain futsal sempena sambutan Hari Belia pada Mei lalu.
Perdana Menteri berkata pembedahan itu tidak mengambil masa lama untuk pulih, dan beliau dijangka boleh bekerja semula selepas tiga hari menjalani pembedahan.Sebelum ini,lutut tersebut pernah tercedera semasa Datuk Seri Najib Tun Razak bermain bola sepak ketika menjawat jawatan Menteri Belia dan Sukan dalam perlawanan terakhir bersama bekas legenda bola sepak negara Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari.Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Belia dan Sukan dari Ogos 1986 hingga Oktober 1990.

No comments:
Post a Comment