Social Icons

Pages

Thursday, September 08, 2011

ADAKAH MAT INDERA PEJUANG KEMERDEKAAN ??? INI JAWAPAN PROFESOR DR. AHMAD ATORY HUSSAIN !!!



Kenyataan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu atau Mat Sabu pada 21 Ogos lalu yang mengatakan 200 anggota pasukan Parti Komunis Malaya (PKM) yang diketuai oleh Goh Peng Tun dan lelaki Melayu,Mohamad Indera telah membunuh 25 askar Melayu di Bukit Kepong itu sebagai hero tulen,amat jengkel dan sangat dikesalkan.Sebagai rakyat Malaysia,tidak sepatutnya beliau membuat suatu kenyataan yang bercanggah dengan fakta sejarah.Hatta kalau ditanya pun kepada kaum bukan Melayu,umpamanya Tan Sri Profesor Emeritus Dr. Khoo Kay Kim,beliau tidak dapat bersetuju dengan pandangan Mat Sabu.Dari segi matlamat PKM, mungkin ada sedikit persamaan dengan UMNO atau Pas iaitu anti penjajah British. Bukan parti-parti itu sahaja, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Seberkas dan banyak lagi turut menentang British.

Tetapi matlamat sahaja tidak memadai,bagaimana pula dengan modes operandi atau cara mencapai matlamat tersebut ???

Ternyata cara PKM tidak betul dan menyalahi norma-norma kemanusiaan yang membunuh, mengganas, membakar dan merosak harta benda. Kalau yang PKM bunuh itu ramai orang Inggeris boleh juga direnungkan, tetapi yang ramai menjadi mangsa PKM ialah orang Melayu, termasuk juga sejumlah orang Cina.Dari tahun 1948 hingga 1960 sahaja lebih kurang 12,000 askar, polis dan homeguard telah terbunuh dalam mempertahankan negara daripada ancaman komunis.Pendek kata kalaulah PKM memerintah negara ini, Mat Sabu pun belum tentu dapat menjadi Timbalan Presiden Pas. Mungkin Pas pun tak dibenarkan wujud.

Saya tidak faham perasaan orang seperti Mat Sabu ini. Ganjil.Perkataan komunis pun kita gerun menyebutnya, tetapi tidak kepada Mat Sabu.Saya meneliti banyak kenyataan pemimpin Pas, termasuk juga beberapa pemimpin PKR. Saya membuat kesimpulan, sesetengah mereka ini sangat jahil tentang sejarah Malaysia, malah jahil tentang sejarah Melayu, sejarah Islam di Malaysia.Malah tidak ketelaluan saya katakan sesetengah mereka juga tidak tahu adat sopan Melayu, tatasusila Melayu dan alam Melayu.

Sebab itu kebanyakan kenyataan mereka mengenai orang Melayu atau politik Melayu jauh menyimpang ataupun janggal dari sudut adat resam dan sejarah Melayu, hatta ajaran Islam pun jauh menyimpang daripada yang disepakati oleh umat Islam Melayu di negara ini.Saya yakin dan percaya rata-rata cendekiawan Melayu daripada pengajian Melayu jarang mahu bersetuju dengan pandangan songsang atau "kejulingan intelektual" sesetengah pemimpin Pas mengenai Melayu dan Islam.Kenyataan Mat Sabu yang mengatakan hero sebenar adalah anggota PKM yang membunuh anggota polis Melayu di Bukit Kepong itu, melambangkan beliau terdiri daripada jenis orang yang cetek pemikirannya tentang hal Melayu di negara ini.Takkan Mat Sabu tidak faham bahawa sebelum tahun 1957,gerakan-gerakan parti politik di Tanah Melayu sememangnya anti penjajah.


Harus diingat PKM ingin menubuhkan republik Malaya dan tidak mahu mengiktiraf sistem pemerintahan raja berperlembagaan. PKM juga adalah parti perkauman yang mementingkan kepentingan orang Cina.

Apa yang dimaksudkan hero oleh Mat Sabu ??? Dalam konteks Malaysia,seseorang itu dianggap hero adalah orang yang berjaya melindungi raja-raja, agama Islam dan negara. Adakah PKM buat perkara-perkara ini? Jadi, orang yang menjadi pengganas seperti PKM tidak boleh dianggap hero atau pahlawan.

Pada tahun 1948,apabila Persekutuan Tanah Melayu (PTM) ditubuhkan, PKM tidak mengiktirafkan gagasan tersebut dan melancarkan pemberontakan bersenjata menentang British sebelum 1957, juga menentang raja-raja Melayu, termasuk menentang orang Melayu yang tidak mahu mengikut perjuangan mereka selain berperang menentang askar Melayu, homeguard dan polis.Kebanyakan penduduk negara ini termasuk orang Cina tidak mahu PKM menjadi parti politik dan berada di persada pemerintah Tanah Melayu ketika itu. Sebab itu MCA, MIC dan Gerakan ditubuhkan untuk bersaing dengan PKM yang bersifat "ganas" itu untuk menentukan masa nasib kaum tersebut bersama-sama dengan UMNO, MIC di bawah Perikatan dan BN hingga ke hari ini.

Dalam buku sejarah,ada kenyataan yang mengatakan bahawa semua parti politik di Tanah Melayu sebelum merdeka memang pun anti penjajah, seperti Malayan Peoples Anti Japanese Army (MPAJA),PKMM, Hisbul Muslimim,KMM,UMNO dan banyak lagi (terdapat 42 pertubuhan Melayu yang anti-British).Malangnya hanya PKM mengambil pendirian untuk membebaskan negara ini dengan kekerasan menentang British kerana mereka yakin akan menang kerana mempunyai senjata yang diambil daripada tentera Jepun.Peristiwa Bukit Kepong adalah salah satu peristiwa berdarah yang begitu tragik dan ada banyak lagi peristiwa ganas yang dilakukan oleh PKM, yang rata-rata bersifat ganas dan kejam.

Ahli-ahli PKM bukan semua bertaraf warga negara di negara ini.Sebab itu,perjuangan dan ideologi PKM tidak dapat diterima oleh rakyat kerana bertentangan dengan banyak perkara seperti kerakyatan, agama, asal usul, bahasa, budaya, ideologi komunis yang anti agama dan sebagainya.Jika begitu,nampaknya Mat Sabu juga bersetuju dengan perjuangan PKM yang anti agama itu dan menjadi pemerintah di negara ini !!!


Nampaknya apa saja yang berkaitan dengan UMNO terus dinafikan hatta benda yang baik sekalipun. Ini tidak adil.Dalam sejarah revolusi Amerika Syarikat pun, parti yang memerdekakan negara itu bukan Parti Demokrat atau Republikan tetapi Parti Federalist ketika itu (1776). Adakah Presiden Barack Obama menafikan sumbangan Parti Federalist ??? Tidak.

Begitu juga Presiden Sukarno yang memimpin Parti Nasional Indonesia untuk mencapai kemerdekaan, tidak pun ahli-ahli Golkar atau pimpinan Presiden Indonesia hari ini menafikan sumbangan Parti Nasional pimpinan Sukarno dahulu.

Mengenai dakwaan Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman sebagai penjajah dan pegawai British,memanglah semua pegawai Melayu yang berkhidmat sebelum merdeka adalah di bawah kerajaan British.Tetapi,adakah semua mereka itu ejen penjajah,atau penjajah ??? Tidak.Sama juga keadaannya mereka yang berkhidmat dengan kerajaan, ada diantara mereka itu yang sokong Pas,tetapi adakah kita boleh kata mereka ejen UMNO ???

Semua orang Melayu tahu Dato' Onn atau Tunku berkhidmat dengan kerajaan kolonial British. Tetapi tidak pernah kita dengar mereka itu penjajah British !!!

Kalau mereka tak berkerja dengan British, dari mana mereka dapat maklumat mengenai tipu muslihat British ???


Kalau mereka tidak berusaha menyatukan rakyat di negara ini, tidak ada kemerdekaan yang dikecapi oleh rakyat hari ini termasuk Mat Sabu yang boleh menjadi Timbalan Presiden Pas dalam negara demokratik! Mahatma Ghandi pun menjadi pegawai Inggeris semasa India dijajah oleh British! Tapi adakah dia seorang penjajah British ??? Ditakdirkan Pas memerintah negara ini,adakah Hari Kebangsaan yang dirayakan setiap 31 Ogos itu hendak dihapuskan kerana mendakwa kemerdekaan itu UMNO punya ???

Di sinilah kita lihat kedangkalan Mat Sabu.Dia fikir dialah yang pandai.Kalau ya pun hendak ambil hati DAP,janganlah fakta sejarah hendak diubah.Jangan ingat semua orang Cina itu komunis.Kalau semua orang Cina itu komunis,tidak adalah Taiwan,Singapura atau Hong Kong.

Berhati-hatilah buat kenyataan. Jangan anggap orang Melayu ini bodoh sangat !!!

PROFESOR DR. AHMAD ATORY HUSSAIN
Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan,
Universiti Sains Malaysia.

10 comments:

Anonymous said...

setuju sangat dgn professor....sudah sudah lah tu..Pas ke, DAP ke, UMNO ke....jangan fikir Melayu ni Bodoh

Anonymous said...

asm,

Mat sabu tu bukan tak tahu tetapi dia sebenarnya JAHAT, sengaga buat kontrovsersi biar glamour....populuar....sanggup gadai bangsa dan agama....

imah

hafiz said...

Kesian dekat penyokong PAS sebab terpaksa mempertahan kan Pemimpin mereka..walaupun galam hati mereka sungguh sakit untuk menyatakannya

Singh Is Kinng said...

Alahai ... awal2 lagi Prof Ahmad dah lalai dlm buat statement ... yg terbunuh dlm peristiwa Bukit Kepong bukannya askar Melayu ... tetapi anggota polis ...

Namun saya tetap setuju dgn Prof Ahmad ... angin politik masa tu berbeza dgn la ni ... atas kesempitan hidup masa tu ... ramai terpedaya dgn idea Marxist ...

Anonymous said...

Ake ake
setuju gak n3 nih. Sejarah tak menipu tetapi kita selalu tipu sana sini hehehehe
Pas maner ade prinsip kalau asyik menyalahkan orang akibat ketakcerdikanya. Selalu terkemudian timing langkahnya. Angan2 sahaja diutarakan itupun berubah ikut sedap rasa. Macam mat sabu dia perasan dia tu mat indera dihutan maklumat ni. Sudah sah pilihan nya pada kominis masih spin berjuang kemerdekaan kerana lawan penjajah british di era gagasan Per.Tanah Melayu. Sekarang nih pas melawan umno yang memerintah bersama bn di gagasan negara beraja dan berperlembagaan. Semua halal kerana melawan umno dikatakan melawan orang kafir..
Senang jer cara pas berpolitik!!
Patut mat indera dan mat sabu ditipu cina kominis dari dulu sampai sekarang. Membosankan gak

Anonymous said...

Dimana mana negara di dunia ni apabila mereka berjuang menentang penjajah akan timbul dendam apabila kemerdekaan tercapai dgn mengangkat senjata.Kebiasaanya penyokong/talibarut penjajah akan di hukum bunuh walaupun sesama bangsa dan ugama tidak kiralah samaada si barua tu orang biasa atau bangsawan.Yang menjadi masaalah ialah apabila kemerdekaan di capai melalui penderitaaan atau perjuangan orang lain seperti Malaya menerima kemerdekaan dimana kita tidak dapat mengklaskan siapa pejuang serta siapa barua kerana yg menang selalunya hendak menaikkan nama sendiri/kumpulan mereka saja dan menjahanamkan golongan lain.Jadi untuk memperbetulkan masaalah ini sejarah Malaya/Malaysia hendaklah di kaji semula secara objektif tanpa berpihak.Janganlah mengambil pakar pakar sejarah yg hendak cari "makan"untuk mentafsir sejarah kita kerana selalu kita dapati apabila di dalam wacana ilmu akan kata lain dan di khalayak ramai cakap lain demi menjaga sensitiviti serta periuk nasi sendiri.Dalam sejarah kita dapati apa yg di klaskan sebagai "komunis Melayu" adalah golongan agamawan klas ustaz serta tok guru dan kebanyakkan yg di klaskan sebagai pejuang kemerdekaan adalah golongan elitis yg separuh dari umur mereka di habiskan di England samada untuk belajar atau berpoya poya dan apabila balik di berikan jawantan tinggi oleh pihak British.Jadi kita hendaklah kaji balik siapa sebenarnya pejuang dan siapakah barua dan asas perjuangan serta pegangan .

Anonymous said...

Salam,

Minta semua rakyat perlu bersabar, muhasabah diri dan berlapang dada. Jangan cepat melatah. Kita jangan ubah sejarah atas kepentingan politik. Kita perlu ingat, jangan kerana kuasa kita cuba ubah segala-galanya. Cari lah cara lain yang lebih berhemah dan matang tanpa perlu menguris hati sesiapa. Kenapa perlu sentuh tentang sejarah yang lalu? Kita sudah merdeka. Jangan hancurkan kemerdekaan yang telah kita kecapi selama ini. Semua rakyat yang inginkan kebebasan adalah pejuang kemerdekaan. Hanya cara dan niat sahaja yang membezakan. Tidak sepatutnya isu ini ditimbulkan. Minta sangat Timbalan Presiden PAS tidak lagi menimbulkan isu seperti ini. Carilah cara lain. Cubalah buat sesuatu atau mengkritik dengan lebih membina untuk rakyat dan negara. Bukan menimbulkan perkara2 kontraversi yang boleh memecah-belah fikiran rakyat. Fikir-fikirkan lah... Jangan menyesal dikemudian hari kalau sesuatu yang tak dijangka menimpa atas keterlanjuran kita sendiri...

Anonymous said...

Ake ake
Sejarah ada nilai dan pengajarannya. Namun hak untuk mengubah ke atas fakta yang terkandung harus lah bertanggung jawab demi kebenaran dan segala nilai dan pengajaran yang terkandung itu. Pemimpin dan mereka yang merasakan keputusan kewajaran(misal mat indera memasuki wadah kominis)sesuatu perlu menyedari hakikat sejarah walau pun demi memperjuangkan kemerdekaan macam orang lain. Walau demi apa pun islam tidak menghalalkan cara yang bertentangan (kekejaman tak terelak sperti serangan balai polis bkt. kepong) kerana banyak alternatif lain yang lebih baik disegi syarainya. Tindakan secara sedar melayani karenah kominis itulah tanggung jawab yang perlu dipikul oleh mat indera. Saperti dinyatakan banyak manusia tertipu kerana kebaikan(ibadat)yang mereka buat tetapi neraka juga balasanya. Kerana apa? Kita terlalu leka dan memandang fatamorgana.
Sejarah mengajar kesilapan mengikut fakta bukan hujah semata. Keputusan sesaorang mempunyai ganjaran. Kita yang melihat menjadikan iktibar. Bolehkah kita sesuka hati meletakkan tawarikh tanpa mengisi sedikit pelajaran untuk di amal?
He hehhee..bagi aku mat indera seorang pemimpin yang salah buat keputusan dari seorang yang kuat islamnya tetapi terpedaya..dan mengakibatkan kerosakkan semata-mata.
Allah hu alam

Anonymous said...

Apalah yang nak diharapkan sangat kepada para Profesor di IPTA yang kita tahu mereka terhutang budi dengan kerajaan sedia ada. Lagipun kaki dan tangan mereka terikat dengan perkhidmatan awam yang penuh dengan ranjau dan duri.Kalau dah berpangkat Profesor, nak naik lagi ke jaeatan yang lebih tinggi, mungkin jawatan Naib Canselor IPTA. Cuba lihat semua naib canselor di IPTA Malaysia semuanya kaki bodek dan ampu ketua part tertentu, bukannya naik pangkat dengan pengalaman dan kewibawaan sebenar. Ini realiti, bukannya nak menuduh. Tengok Prof Aziz Bari, walaupun beliau seorang pakar Perlembagaan dan pensayarah kanan UIAM dan telah melahirkan ribuan gradun bidang kehakiman, namum kedudukan beliau di tahap itu sahaja sampai sekarang walaupun beliau layak ke jawatan yang lebih tinggi. Dalam isu Mat Indera ni, saya cadangkan kita sama-sama buka mata dan buka minda seluas-luasnya dengan berfikiran kelas pertama. Jika menuduh Mat Sabu menghina keluarga para pejuang dan anggota polis di Bukit Kepong, apakata kita juga jangan menghina keluarga Mat Indera yang setentunya ada kaum keluarganya. Kedua-dua pihak ini baik Mat Indera dan 25 orang polis yang dibunuh Komunis tu juga beragama Islam dan berbangsa Melayu. Sepatutnya bila kita keluarkan kenyataan tu biarlah adil dan saksama.Lagipun Agama Islam dan Rasulullah menganjurkan kita bersikap adil.Jangan individu itu bila tidak sehaluan dengan selera politik kita, dengan cepat kita menghukum. Dalam kajian sejarah, Hukuman Moral perlu dielakkan,barulahj kita boleh dianggap sebagai penulis sejarah yang dihormati seperti Prof Naquid Al-Attas sebagai contohnya.Berkata benarlah walaupun pahit untuk ditelan.Ular yang menyusuri akar tidak akan hilang bisanya.Kita jangan cepat menuduh orang itu seratus peratus bersalah sebelum kita dapat tunjukkan bukti yang dia sebenarnya bersalah.Benar itu sifat Nabi,bohong itu sifat syaitan.Ajaran Islam diDahulukan, Perpaduan Ummah Diutamakan.

Anonymous said...

Betul, Melayu bukan bangsa yang boleh diperbodohkan. Mereka boleh menilai anra kaca dan permata.Zaman generasi celik maklumat,mereka dapat menilainya dengan hati budi yang tinggi. Kepada semua parti politik tak kira PAS,UMNO,GERAKAN,MIC,MCA,DAP,PPP dan PKR,gerak-geri anda diperhatikan oleh rakyat untuk dinilai pada PRU13 akan datang."Perjuangan adalah pelaksanaan kata-kata.Lu fikirlah sendiri.

 
 
Blogger Templates