SIAPA sebenar Ahmad Indera atau Mat Indera ??? Persoalan ini mencetuskan polemik selepas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mendakwa Mat Indera yang mengetuai serangan komunis di Balai Polis Bukit Kepong, 61 tahun lalu, sebagai pejuang kemerdekaan.
Malah,isu itu terus menimbulkan kontroversi apabila sebuah buku yang diterbitkan Yayasan Warisan Johor didakwa menyenaraikan Mat Indera antara 22 tokoh pejuang di Johor. Ikuti penjelasan Menteri Besar Johor,Datuk Abdul Ghani Othman mengenai status Mat Indera.
Mat Indera rancang serangan ke atas Bukit Kepong
MAT Indera atau nama sebenarnya Ahmad bin Indera ialah anak Johor yang terbabit dalam gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan.
Beliau pada awalnya, seperti individu lain juga yang berjuang atas platform masing-masing, dengan matlamat yang sama iaitu membebaskan negara daripada belenggu penjajahan.
Bezanya, Mat Indera membabitkan diri dalam gerakan haluan kiri dengan menjadi ahli kepada sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Muhammad.
"Kemuncak pembabitan Mat Indera dalam gerakan ganas dan kejam PKM itu ialah peristiwa serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950"
Sayap pemuda PKMM dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam. Haluan kiri ini termasuk juga gerakan Parti Komunis Malaya (PKM) yang mempengaruhi pelbagai gerakan buruh dan masyarakat awam.
Apabila pihak berkuasa British menguatkuasakan Undang-Undang Darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu (selepas tindakan militan dan ganas PKM membunuh peladang British), semua parti politik berhaluan kiri seperti PKMM, AWAS, API dan PKM diharamkan.
Oleh itu, ramai ahli gerakan haluan kiri ini memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM ataupun meneruskan hasrat berjuang di atas platform lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).
Perjuangan melalui parti dan gerakan (UMNO) yang sah itu adalah lebih teratur dan meluas dengan membabitkan pelbagai pertubuhan Melayu di Semenanjung, yang akhirnya berjaya menuntut kemerdekaan tanah air dan membina sejarah serta melangsungkan tamadun moden pasca merdeka di negara ini.
Bagaimanapun, Mat Indera memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British.
Tindakannya terus menyertai PKM dan menyertai gerakan militan adalah haram, tidak sah dan tidak benar dengan menggunakan taktik kekejaman dan kezaliman, sehingga menyebabkan dia termasuk dalam golongan yang bertindak secara salah dan terpesong.
Ini berlainan daripada pemimpin haluan kiri yang lain seperti Dr Burhanuddin, Ahmad Boestamam, Ishak Haji Muhammad ataupun Ibrahim Yaakub tidak memilih untuk bertindak secara militan.
Kemuncak pembabitan Mat Indera dalam gerakan ganas dan kejam PKM itu ialah peristiwa serangan komunis ke atas balai polis Bukit Kepong, Muar pada 23 Februari 1950. Fakta yang diperoleh daripada pelbagai sumber oleh sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan bahawa Mat Indera telah merancang operasi ganas itu terhadap pegawai polis British, tetapi telah diingkari oleh anggota di bawah kepemimpinannya yang menyerang dengan kejam semua sekali anggota polis dan keluarga mereka di balai polis Bukit Kepong.
Sebagai seorang daripada pemimpin Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya (PKM) yang diharamkan, Mat Indera adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.
Natijahnya, dia telah dianggap oleh penduduk tempatan di kampungnya sebagai pengganas yang kejam dan zalim, sehingga mengancam ketenteraman dan keselamatan orang awam di tanah air. Sedangkan, ketika itu orang lain sedang bertungkus-lumus berjuang untuk mendapatkan kemerdekaan dengan kaedah yang lebih wajar, benar dan aman yakni melalui rundingan, bukan melalui kekejaman dan keganasan PKM yang memusnahkan nyawa, jiwa dan harta benda negara.
Mat Indera juga didapati berusaha keras mempengaruhi dan mengajak rakyat Melayu untuk menyertai kegiatan haramnya dalam gerakan PKM yang mempunyai cita-cita yang lebih buruk daripada Malayan Union British sebelum itu.
Komunis memang menentang pentadbiran British di Tanah Melayu secara militan bersenjata untuk menubuhkan People’s Democratic Republic of Malaya yang membawa natijah penghapusan kedaulatan Melayu di tanah airnya dan penguasaan bangsa asing di negeri Melayu.
Malaysia yang pada ketika itu dengan nama Persekutuan Tanah Melayu sangat-sangat bertuah kerana ramai penduduk tidak menyokong PKM, sebaliknya bersama-sama pasukan kerajaan membanteras kekejaman pengganas komunis.
Itulah yang berlaku sehingga tertangkapnya Mat Indera apabila kepemimpinan peringkat masyarakat di Kampung Parit Baru, Seri Medan sendiri yang merancang dengan kerjasama polis untuk memerangkap dan memberkasnya ketika dia datang ke kampung berkenaan.
Akhirnya Mat Indera berjaya ditangkap dan dijatuhi hukuman mati kerana peranannya dalam tindakan ganas dan jenayah membunuh dengan kejam sebagai anggota pergerakan komunis militan dan pengganas yang diharamkan sehingga ke hari ini.
Sokongan penduduk ini memberi sumbangan besar yang menyebabkan pengganas komunis gagal mencapai cita-cita mereka iaitu menubuhkan Republik Komunis Malaya.
Dalam hal ini, sudah tentu perjuangan pengganas komunis amat berbeza sekali dengan perjuangan UMNO yang diasaskan oleh Datuk Onn Jaafar dan diteruskan oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, iaitu menuntut kemerdekaan melalui rundingan dan menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu Berdaulat berlandaskan Demokrasi Raja Berperlembagaan.
Berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong itu, Mat Indera dengan sengaja dan sedar menjadi anggota gerakan pertubuhan besar pengganas komunis PKM, sebagai Ketua Rejimen ke-10, yang kejam serta zalim serta mengancam keselamatan dan ketenteraman orang awam pada ketika itu.
Dia bukan seorang ‘pejuang’ untuk mendapatkan kemerdekaan negara yang pada masa itu sedang diusahakan secara rundingan aman dan lebih berhemah serta bertamadun.
Sehingga hari ini, ketika rakyat negara ini sudah merdeka dan berkerajaan sendiri sejak 1957, gerakan PKM tetap diharamkan. Gerakan itu diharamkan kerana cita-cita komunisme yang bertentangan dengan ajaran Islam, ketuhanan dan bersifat menindas perbezaan pendapat dalam sistem demokrasi, walaupun sudah ada perjanjian peletakan senjata parti itu di Betong (Thailand) dengan kerajaan Malaysia pada 1989.
Dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ) segala kajian, penulisan dan catatan yang berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak seperti Mat Indera, adalah data kemasyarakatan berkaitan seorang anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa sejarah yang berlaku di negara ini, khususnya di Johor dalam perjalanan sejarah negara mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Penulisan dan catatan berkenaan menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia kini, untuk mengayakan lagi khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi demi generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan masa akan datang.
Sumber
KLIK DI SINI
DAN
KLIK DI SINI
RENUNG-RENUNGKAN

3 comments:
Arwah dato saya pernah bercerita tentang Mat Indera . Ketika beliau dibawa ke Mahkamah Tinggi JB untuk dibicarakan . orang ramai berkumpul diperkarangan mahkamah JB untuk melihat Mat Indera dibawa ke muka Pengadilan.
Ketika beliau berada di tingkat dua Mahkamah dan dikawal ketat oleh anggota Polis . Arwah Dato saya memanggil (melaungkan nama Mat Indera) ditengah tengah keriuhan orang ramai .
Tanpa disangka sangka Mat Indera datang ketepi bangunan dan menyahut sapaan. Orang ramai terdiam seketika.menyaksikan peristiwa tersebut. Ternyata mereka berdua adalah sahabat lama. Walaupun ditengah keriuhan Mat masih mengecam suara sahabat lamanya.
Dato saya Pencen sebagai anggota Polis yang banyak bertempur menentang Pengganas . Mereka tidak pernah bersua dimedan pertempuran. Tapi masing masing tahu akan pendirian politik dan peranan mereka pada masa itu.
Arwah pernah kata …Mat sudah terlanjur . walaupun niat asalnya murni untuk menentang penjajah. tetapi didalam kegairahan tersebut dia telah dipergunakan oleh Komunis…….
Pak Tua.
saya sangat berminat dengan cerita tuan ini. boleh tak perkenalkan diri.
ayat ini yang paling saya suka
Arwah pernah kata …Mat sudah terlanjur . walaupun niat asalnya murni untuk menentang penjajah. tetapi didalam kegairahan tersebut dia telah dipergunakan oleh Komunis…….
saya harap janganlah ada mana mana pemimpin yang mengulangi kembali sejarah mat indera ini.
terlanjur perahu boleh diundur
terlanjur kegairahan ish ish ish
binasa diri
Saudara Renkeinji,
Tiada satu pun cerita yang saya ceritakan ini boleh dijadikan fakta sejarah .Ia sekadar cerita dari seorang datuk kepada seorang cucu sambil menikmati Ubi rebus dipetang hari.Itulah suasana kehidupan kami ditahun tahun 70an..
Menurut Arwah datuk menyebut nama Mat indera ketika itu sudah cukup menggerunkan penduduk kampung disekitar Lenga, Bukit Kepong , Pogoh ,Codan,Chempelak, sagil dan kawasan sekitar Segamat/ Muar dan Batu pahat.
Walaupun ada yg percaya kononnya Mat indera tidak akan "mengapa-apakan" orang melayu. Peristiwa Bukit Kepung membuktikan sebaliknya.
Reputasi Mat Indera selepas peristiwa bukit kepong begitu sinonim dengan keganasan . Sesiapapun yang waras dan hidup ketika zaman tersebut percaya Mat Indera adalah Komunis melayu.
Arwah Yusof Rono dalam satu temuramah di RTM sekitar tahun 70an Pernah menceritakan bahawa ketika Komunis berjaya menakluk balai Polis Bukit Kepong. Beliau didalam keadaan cedera dan tidak bermaya bertindak "mematikan diri" sebagai ikhtiar terakhir. Para Komunis Cina segera "mencucuh" puntung kayu dan bara kepada Mayat para pejuang "The Malay Alamo" diBukit Kepong Tersebut.Beliau Telah putus harap dan hanya berserah kepada Allah.
Tiba tiba beliau mendengar 'suatu arahan" didalam bahasa Melayu.."sudah sudah cukup..!!!" dan kita berundur sekarang !!!.Sentimen Komunis Ingin mencampakkan semua Mayat Polis /isteri dan anak anak mereka yg terkorban kedalam api supaya rentong dan mereka Puas.Namun Sejarah merekodkan Yusof Rono Terselamat dari dibaham Api.(Mungkin inilah satu satunya Jasa mat indera)
Saya tidak pernah bertemu Sarjan Jamil. Tetapi Arwah datuk selalu menceritakan Sarjan jamil sering berkunjung ketempat kami -khusus untuk melawat (Ipar .? /saudara ?)nya yg tinggal berhampiran dgn Kg kami. Arwah datuk dan sarjan jamil sama sama berkhidmat didalam pasukan Polis.Menurut Arwah dato kali terakhir beliau bertemu sarjan jamil kira kira (2 minggu ?/2 bulan ? ) sblm Sarjan jamil gugur didalam perjuangan mempertahankan Balai Bukit Kepung.
Tambah datuk tiada sesiapa pun didalam Polis / Tentera ketika itu yg memikirkan bahawa meraka mempertahankan Kerajaan British. Sebaliknya Polis bertindak sebagai benteng kepada rakyat dan menyokong usaha usaha Tunku dan dato Onn didalam usaha mendapatkan kemerdekaan.
Nenek Saya (masih hidup)kini berusia 95 tahun dan pernah berkhidmat sebagai SC selalu menceritakan bahawa keadaan ketika itu sangat genting dan katanya "kalaulah boleh di masukkan semula anak anak yg masih kecil kedalam perut dia akan lakukan "...bahana susah dan runcingnya keadaan ketika itu. Tiada Ibu yg sanggup untuk membesarkan anak dizaman yg tiada ketentuan dan keselamatan.
Hari ini selepas 61 Tahun semudah itu kita memutarkan sejarah.Menganggap Komunis sebagai Hero nyata satu kenyataan "Buta Sejarah" , Jahil , Kurang Ajar dan Biadap.
Sebagai waris pejuang kami sama sekali tidak Rela dan redha diatas kebiadapan Mat Sabu menghina Perjuangan datuk datuk kami. Dia wajib bermuhasabah diri dan memohon maaf.
Marilah sama sama kita sedekahkan Al fatihah keatas roh pejuang pejuang kemerdekaan yg memungkinkan kita hidup bebas dan merdeka hari ini.
Renkeinji- Tidak perlulah saya memperkenalkan diri ,kerana itu tidak penting.Yang utama kita sama sama menghargai Kemerdekaan ini.
Pak Tua.
Post a Comment