Debat sejarah yang dimulakan dengan isu Mat Indera kini berjangkit kepada persoalan sama ada ulama lantang Ibrahim Libya yang terbunuh dalam peristiwa Memali pada tahun 1985 merupakan seorang pengkhianat atau tidak.Menjawab persoalan yang diajukan,Timbalan Menteri Pelajaran Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berkata,beliau pernah mendengar pengakuan itu daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri berhubung perkara itu.
“Tentang Memali,ketika saya sedang menuntut di Amerika,Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah menteri pelajaran ketika itu.Saya pengerusi (sebuah) forum.Dia (Anwar) mengatakan Ibrahim Libya adalah seorang penderhaka,Ibrahim Libya adalah individu yang mencetuskan suasana yang boleh menimbulkan huru hara, ketegangan politik,” katanya.
Ketika menjawab soalan dalam forum “Wajarkah sejarah ditulis semula” anjuran Sinar Harian di Shah Alam Semalam,Mohd Puad berkata,beliau sendiri sebaliknya tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Turut menjadi ahli panel Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution,sejarahwan Prof Datuk Dr Ramlah Adam dan Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya Prof Datuk Dr Mohamad Abu Bakar.Saifuddin sebelum itu berkata,beliau masih ingat bagaimanapun kempen dalam pemilihan Umno ketika itu yang menyaksikan ‘pertembungan’ kumpulan Tun Dr Mahathir Mohamad dan timbalannya Tun Musa Hitam menggunakan isu itu sebagai modal kempen masing-masing.
Polemik tuduh-menuduhBagaimanapun,kata Saifuddin, isu itu tamat apabila Sultan Kedah berangkat menziarahi makam Ibrahim Libya yang atau nama sebenarnya Ibrahim Mahmud.
Ditanya pemberita pada sidang media selepas itu,Saifuddin berkata beliau “pertama kali mendengar” dakwaan bahawa Anwar sendiri menyifatkan ulama berkenaan sebagai penderhaka.Bagaimanapun, tambahnya, isu itu telah selesai di luar mahkamah dan keluarganya diberikan pampasan dan menjadi tugas semua pihak memastikan ia tidak lagi berulang.
“Kita tidak mahu terperangkap dalam polemik tuduh menuduh. Setiap fakta yang dikemukakan perlukan pengesahan. Ia tragedi hitam. Ini bukan politk hendak mencari siapa salah,” katanya lagi.

Tragedi Memali pada 1985 menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 pengikutnya di bawah Akta ISA 1960.Mereka didakwa disyaki terlibat dalam kegiatan yang menggugat keselamatan negara.Menurut kerajaan,semasa operasi tersebut,pihak polis telah diserang oleh pengikut-pengikut Ibrahim dengan bersenjatakan senjata api, parang, pedang dan buluh runcing.Pihak polis telah menyeru mereka supaya meletakkan senjata dan menyerah diri secara aman tetapi didakwa tidak diendahkan dan demi mempertahankan diri dan mematahkan serangan tersebut, pihak polis mendakwa terpaksa menggunakan senjata api dan melepaskan tembakan.Peristiwa tersebut, turut mengorbankan empat anggota polis, sementara 23 lagi anggota polis dan 14 orang awam mengalami kecederaan.
1 comment:
Kematian Ustaz Ibrahim Libya bersama sama pengikutnya, adalah perpunca daripada taksub dengan amanat haji hadi dengan Fatwa yang salah. Oleh itu haji Hadi lah yang akan didakwa di Padang Mahsyar kelah.
Post a Comment